TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama' of the Ahli Sunnah wal Jama'ah

 

 

Hujjatul Islam Imam Al Ghazali

 

Nama sebenar Imam Al Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad.

 

Beliau lahir pada tahun 450H (1058M) di Thusia, Khurasan.

 

Semasa kecil, Al Ghazali menuntut ilmu fiqh di tempat kelahirannya dengan Sheikh Ahmad bin Muhammad Ar Razikani.  Beliau kemudian ke Jurjan untuk menuntut dengan Imam Abi Nasar Al Ismaili.  Kemudian beliau ke Nisapur dan menuntut dengan Imam Al Haramain.

 

Pada tahun 488H Al Ghazali ke Makkah untuk menunai haji.  Selepas mengerjakan haji, beliau ke Syria dan kemudian mengunjungi Baitul Maqdis.

 

Al Ghazali kemudiannya menetap di kota Damascus/Damshik dan beribadat di Masjid Umawwi.  Di sinilah beliau mengarang kitab “Ihya Ululmiddin”.

 

Al Ghazali kemudian berpindah ke Baghdad, kembali ke Nisapur dan akhirnya ke tempat kelahirannya di Thusia hingga ke akhir hayatnya.  Beliau meninggal dunia pada hari Isnin 14 Jumadil Akhir 505H (1111M).

 

 

 

Home page for TRADITIONAL ISLAM:

www.geocities.com/traditionalislam/, traditionalislam.freeservers.com/, or traditionalislam.tripod.com