|
نحمده
ونصلى على
رسوله الكريم MARTABAT
TUJUH OLEH: MUHAMMAD
'UTHMAN EL-MUHAMMADY Nota
ini, insya' Allah, akan membicarakan dengan ringkas, setakat memadai, tajuk 'Martabat
Tujuh" sebagaimana yang terkenal dalam teks-teks Melayu-Jawi, dan dalam
kalangan ahli persuratan dan ulama di Dunia Melayu, dan mengaitkannya pula
dengan unsur-unsur yang ada dalam setengah penulisan tasauf yang ada dalam kalangan
Ahlis-Sunnah wa'l-Jama'ah, dengen
menyebut ciri-ciri dan dasar-dasarnya. Kemudian akan dibicarakan kedudukannya
dalam konteks fahaman ilmu atau epistemologi Ahlis-Sunnah, adakah ia mempunyai 'tempat'
yang memang sesuai baginya, yang perlu dibicarakan oleh mereka yang tertentu
yang mempunyai persiapan-persiapan tertentu, ataupun, sebaliknya, ia sesuatu
yang perlu dilupakan dan ditiadakan dalam wanaca keagamaan Dunia Melayu yang
berpegang kepada Ahlis-Sunnah wal-Jama'ah semenjak dahulu sehingga sekarang,
walaupun ada usaha untuk 'menyemak'nya oleh setengah kalangan. Dahulunya tajuk
ini dibicarakan oleh kalangan mereka yang dikirakan 'ahli' sebenarnya; tetapi
sekarang isu ini sudah 'keluar' daripada 'tempat'nya, dan dibicarakan
oleh 'semua' pihak. Oleh itu timbullah keperluan untuk
membicarakannya.Penulis ini yang tidak memandang dirinya ahli dalam bidang ini,
tetapi yang bergantung kepada para ulama yang muktabar dan hasil-hasil para
penyelidik bidangnya, mengharapkan perbincangan ini berlaku dalam keadaan 'fikiran
yang dingin' dan sejahtera,
demi untuk mencapai sesuatu yang jernih dan
menyelamatkan, tanpa melanggar adab-adab yang dikehendaki terhadap ilmu
dan para ulama, Allah memberi rahmat kepada mereka.Amin. "Input-input"
yang berguna amat dialu-alukan untuk menyempurnakan perbincangan bersama. Tasauf
Di Dunia Melayu Imam
al-Ghazali rd dalam kitab Ihya' 'Ulumi'd-Din yang terkenal itu
membahagikan tasauf kepada dua bahagian, iaitu tasawwuf mu'amalah dan tasauf
mukasyafah.(1), yang mu'amalah ialah berkenaan dengan isu-isu seperti bersuci,
beribadat, sifat-sifat yang buruk yang perlu dihilangkan daripada diri dan
sifat-sifat yang baik yang perlu dijadikan perhiasan diri. Demikian pula di
dalamnya termasuk soal-soal kehidupan seperti nikah-kahwin, usaha mencari rezeki
yang halal, kehidupan berjiran, dan persoalan-persoalan yang sedemikian. Perkara-perkara
yang dimasukkan ke dalam bidang 'mukasyafah' ialah perkara-perkara yang
menyentuh hakikat-hakikat tentang roh dan jiwa, hakikat ketuhanan, hubungan
Tuhan dengan alam, hal-ahal alam yang kekal abadi yang selain
daripada fardu 'ain dalam pembicaraan.Maka boleh dik,atakan bahawa
pembicaraan tentang 'Martabat Tujuh' ini adalah termasuk ke dalam bahagian atau
bidang yang disebut 'mukasyafah' itul, Dalam
hubungan dengan perkembangan Islam di Dunia Melayu, nampaknya dalam beberapa
abad awal perkembangan itu situasinya berkebetulan
dengan masa perkembangan tasawwudf dan tarikat-tarikat
dalam erti yang biasa dimengerti. Ini adalah selain daripada hakikat
bagaimana amalan-amalan rohaniah itu memang sudah ada pada zaman awal lagi, dan
berkembang dengan baiknya, sebagaimana
yang disebutkan oleh ibn Khaldun dalam al-Muqaddimahnya dan juga
oleh ulama sufi dalam teks-teks mereka yang terkenal seperti Risalah al-Qushairiyyah
dan Kashf al-Mahjub antara yang sekian banyaknya itu. Imam al-Ghazali
rd menulis kitab berkenaan dengan tasawwuf yang menyentuh soal-soal akhlak dan
pembentukan rohani secara 'moderat' mengikut setengah pihak, bagaimanapun ia
menulis pula teks-teks seperti Mishkat al-Anwar misalnya, dan Tahafut
al-Falasifah serta juga al-Maqsad al-Asna yang menghuraikan
makna-makna yang sangtat dalam tentang Nama-Nama tuhan.Beliau meninggal dalam
tahun 1111 , dan ibn 'Arabi rd yang
banyak mempengaruhi para sufi kemudian, dengan al-Futuhat al-Makkiyyahnya
dan Fusus al-Hikamnya meninggal tahun 1240; manakala Shaikh 'Abd al-Qadir
al-Jilani rd meninggal dalam 1166, dan Shaikh Abul-Hasan al-Shadhili rd
meninggal dalam tahun 1258.
Dan Islam yang berkembang di Dunia Melayu nampaknya banyak menunjukkan pengaruh
tasauf dan amalannya. Dengan itu nampaknya tasauf merupakan sesuatu unsur yang
sangat penting dalam perkembangan Islam di rantau ini.(2) Nampaknya
sebutan tentang "Martabat Tujuh" ini dikaitkan dengan nama Hamzah
Fansuri dan muridnya Syamsuddin al-Sumatrani
atau Syamduddin Pasai, serta juga 'Abdur-Rauf Singkel yang hidup yang bergiat di
Acheh dalam abad ke 16 dan ke 17.(3) Hamzah
Fansuri mengeluarkan fahamannya dan pengelamannya melalui tulisan prosa
dan puisi, dan ia muncul sebagai ahli puisi sufi yang teragung di rantau ini.
Dalam karangan-karangannya ia mengeluarkan kata-kata
yang menyatakan tentang 'keesaan yang wujud' ('wihdatul-wujud') yang
terkait dengan nama ibn 'Arabi rd yang terkenal itu. Nampaknya ia mengamalkan
tarikat Qadiriyyah dan mungkin juga ia 'khalifah' tarikat yang berkenaan. Pengarang
yang terkenal seorang lagi di Acheh ialah Shamsuddin Pasai (men.1630)
yang mengharang dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu; beliau tidak muncul
sebagai penggubah puisi tetapi tulisannya lebih sistematis, dan memberi huraian
tentang ajaran metafisika yang sama dengan gurunya tentang 'keesaan yang wujud'.
Pada van Bruinessen nampaknya beliau pengarang yang pertama dalam Dunia Melayu
memberi huraian berkenaan dengan martabat tujuh ini , yang merupakan adaptasi
daripada teori ibn 'Arabi tentang emanasi atau
'faid' dari Tuhan yang popular di rantau ini.(4)
Dalam hubungan dengan ini mungkin beliau mengikuti contoh pengarang
Gujerat Muhammad b.Fadl Allah al-Burhanpuri yang menghuraikan doktrin yang sama
dalam Tuhfah al-Mursalah ila Ruh al-Nabi , yang siap digubahnya pada
1590, dan kemudian menjadi popular di kalangan Muslimin Dunia melayu.(5)Mungkin
beliau mengenali kitab ini di Acheh, atau di Makkah, atau di India. Burhanpuri
beramal dengan tarikat Shattariyyah,
dan selepas meninggal Shamsul-Din tarikat itu menjadi popular dari kalangan
mereka yang pulang daripada menunaikan haji. Mungkin
boleh ditambah beberapa maklumat berkenaan dengan teks-teks karangan Syams
al-Din Pasai ini.Antaranya ialah: Jawhar al-Haqa'iq (30 halaman dalam
Bahasa Arab), karyanya yangpaling lengkap, disunting oleh Van Nieuwenhuijze,
yang membicarakan martabat tujuh dan jalan mendampingi diri sengan Tuhan;
kitab Risalah Tubayyin Mulahazat al-Muwahhidin wa al-Mulhidin fi Dhikr
Allah (berbahasa Arab), lapan halaman, diedit oleh Van Nieuwenhuijze,
mengandungi huraian tentang perbezaan antara kaum yang berpegang kepada tauhid
yang benar dan kaum yang mulhid; kitab
Mir'at al-Mu'min (70 halaman) dalam Bahasa Melayu, menjelaskan keimanan
kepada Allah, RasulNya, kitab-kitabNya, para malaikatNya, akhirat, qada'Nya, dalam akidah Ahlis-Sunnah wa al-Jama'ah (mengikut Imam
Asy'ari dan Maturidi rd). Kitab Sharah Ruba'I Hamzah Fansuri, 24 halaman
berbahasa Melayu, menjelaskan pengertian wihdatul-wujud. Kitab Syarah Sya'ir
Ikan Tongkol (20 halaman, dalam Bahasa Melayu),ulasan 48 baris syair Hamzah
Fansuri yang mengupas nur Muhammad dan cara mencapai fana' fi'Llah. Kitab Nur
al-Daqa'iq (dalam 9 halaman, berbahasa Melayu, ditranskripsi oleh A.H. Johns
(1953) huraian tentang rahasia ma'rifat , dalam martabat tujuh. Kitab Tariq
al-Salikin (18 halaman, berbahasa Melayu), menjelaskan istilah-istilah
seperti wujud, 'adam, haqq, batil, wajib, mumkin, mumtani', dan yang sepertinya.
Kitab Mir'at al-Iman atau Bahr al-Nur,12 halaman, berbahasa Melayu,
membicarakan ma'rifah, roh, dan martabat tujuh.Kitab al-Harakah , 4
halaman, ada yang berbahasa Arab dan ada yang berbahasa Melayu, membicarakan
ma'rifah atau martabat tujuh.(6) Kemudian
ulama yang terkenal yang menentang Shamsu'l-Din Pasai dan Hamzah Fansuri ialah
Nuru'l-Din al-Raniri rh, dan mungkin akibat penentangannya yang teruk, ia
terpaksa meninggalkan bumi Acheh. Shaikh
Nurul-Din menuduh ajaran Hamzah Fansuri sebagai 'panteisme' dan membandingkannya
dengan falsafah Vedanta Hindu dan ajaran Buddha Mahayana di Tibet.(7) Seorang
ulama basar Acheh ialah 'Abdul-Ra'uf Singkel rh
(1615?-93) .Beliau berada di Mekah dan Madinah selama 19 tahun
kemudian kembali ke Dunia Melayu.Nampaknya para penduduk ranrau ini
sangat ramai menunaikan haji berbanding dengan
para penduduk rantau lain walaupun jarak mereka dengan Mekah adalah jauh. Dan
dengan adanya masyarakat mereka di sana yang kuat perpaduannya, maka pengaruh
ulama Mekah besar di rantau ini. Antara ulama di sana yang berpengaruh di
rantaum ini ialah Ahmad al-Qushashi rh, Ibrahim al-Kurani rh, dan anak Ibrahim
bernama Muhammad Tahir yang berada di Madinah. Pada
pendapat van Bruinessen (8) Qushashi (men.1660) dan Kurani
(men.1691) merupakan sintesis tradisi India dan Mesir yang berupa warisan
kesarjanaan fikh dan tasawwuf Zakaria al-Ansari rh dan 'Abd al-Wahhab al-Sha'rani
rh di satu pihak dan perlibatan
dengan pengambilan bai'ah dalam tarikat-tarikat
dari India terutamanya
Shattariyyah dan Naqswhabandiah di satu pihak lainnya. Katanya tarikat-tarikat
ini diperkenalkan oleh Shaikh Sibghatullah yang menetap
di Madinah dalam tahun
1605.Kurani pula , yang ia adalah seorang bangsa Kurdi, mempunyai kemahiran
dalam sastera berbahasa Parsi dari India, danj selain daripada kepakarannya
dalam hadith beliau mempunyai minat yang mendalam tentang metafisika. Dalam
menghadapi kontroversi-kontroversi, maka ulama India berpaling kepadanya untuk
mendapat bimbingan. Demikian pula orang-orang Dunia Melayu. Kerana permintaan
mereka maka ditulisnya syarah terhadap kitab Tuhfah al-Mursalah mengikut
cara fahaman Ahlis-Sunnah wa al-jamaah. (9) Beberapa
generasi lamanya orang-orang Dunia Melayu mempelajari ilmu agama di Semenanjung
Arab dengan ulama yang datang selepas daripada Kurani,
dan mereka menuntut bai'ah dalam tarikat Shattariyyah, kadang-kadang
dengan kombinasi tarikat-tarikat lainnya. Maka melalui tarikat Syattariyyahlah
idea-idea metafisika sufi dan
pembahagian-pembahagian atau klasifikasi berdasarkan ajaran martabat tujuh
menjadi sebahagian daripada kepercayaan
Orangt-Orang Jawa yang popular. Hampir-hampir
seabad kemudian Orang-Orang Dunia Melayu di negeri
Arab sangat tertarik kepada Syaikh Muhammad bin 'Abd al-Karim al-Samman
rh (men.1775) di Madinah,
yang sangat dipercayai mempunyai keberkatan yang sangat besar, bertugas sebagai
penjaga makam Nabi salla'llahu 'alaihi wa sallam dan mengarang beberapa buah
kitab tentang metafisika sufi; beliau
berpengaruh kerana ia pengasas tarikat Sammaniyyah; banyak kisah-kisah 'manakib'
yang menunjukkan kekeramatannya, yang tersebar di Dunia Melayu. Murid
Syaikh Muhammad bin 'Abd al-Karim al-Samman yang terkenal sekali di Dunia Melayu
ialah Syaikh 'Abd al-Samad al-Falimbani rh yang menulis beberapa buah kitab,
antara yang terkenalnya ialah Siyar al-Salikin 'ila 'ibadati Rabbil-'Alamin
yang berdasarkan kepada isi kandungan Ihya' Imam al-Ghazali rd. Selepas
meninggalnya Syaikh Samman rh ia digantikan oleh khalifahnya Siddiq bin 'Umar
Khan. Maka tersebarlah tarikat itu dengan meluasnya. Kitab-kitab
yang ada mempunyai huraian-huraian tentang metafisika ini disebutkan oleh Syaikh
'Abd al-Samad palembang rh dalam teksnya Sayr al-Salikin dalam jilid
3.Antaranya ialah teks-teks karangan ibn 'Arabi rd seperti Futuhat al-Makkiyyah
dan Fusus al-Hikamnya yang disebutkannya sebagai teks untuk
orangt-orang muntahi atau yang berada
pada tahap penghabisan dalam perjalanan rohani. Al-Manhalu's-Safi[
fi Bayani Rumuzi Ahli's-sufi]: Antara
teks-teks tentang metafisika sufi yang boleh disebutkan secara tepat sebagai
beraliran 'martabat tujuh' ialah Kitab
al-Manhali's-Safi yang kuat dikatakan ia karangan Syaikh Daud al-Fatani
rh.Antara ulama yang mengajar kitab itu kepada mereka yang dikirakan sesuai
untuk mendengarnya ialah alm haji 'Abd al-Rahman di Wakaf Baru, Kelantan. Saya
sendiri pernah beberapa kali bercakap dengannya.Allahumma yarhamuh. Beliau
mengajar kitab Hikam [yang dinisbahkan kepada To' Pulau Manis] dan juga al-Manhalus-Safi
dan beliau menerangkannya mengikut apa yang diterimanya daripada To' Syafi'
Kedah rh.Oleh kerana teks ini masih senang didapati sekarang dan ada tersesbar
dalam masyarakat maka saya gunakan teks ini untuk perbincangan ini. Yang menarik
laginya ialah teks ini ada nota-nota pada tepi beberapa halaman yang menunjukkan bahawa ia telah dijadikan teks untuk
pengajian. Isi
kandungan maklumat tentang martabat tujuh dalam
teks ini ialah seperti berikut (berdasarkan kepada MS yang ada pada saya,
kerana yang tercetaknya tidak ada pada aya sekarang).Dalam naskah yang ada pada
ayahanda Syaikh Ahmad al-Fatani sebagaimana yang diberitahu oleh rakan kita Wan
Mohd Shaghir Abdullah, melalui saudara Zaidi
Mohd Hasan, Allah membalas kebaikan kepada mereka, amin, karangan itu ialah
memang karangan Syaikh Daud al-Fatani rh.MS yang ada pada saya ini bertarikh
1302 H. tertulis oleh Syihab al-Din bin Ismail
syin ya (?), di tulis namanya dengan huruf berasing-asingan tidak
disambungnya, di Makkah al-Mukarramah.Ia terdiri daripada
15 folio. Pada
folio 1 katakanlah 1B selepas mukadimah dengan basmalah, hamdalah, dan salawat,
katanya…"bahawasanya adalah bagi segala kaum penghulu ahli al-saufi itu
beberapa istilah mereka itu yang tiada mengetahui akan dia melainkan
ahlinya.Maka tiada harus [bagi] yan g bukan ahlinya itu mentelaahkan segala
kitab mereka itu kerana yang tiada mengetahui akan kehendaknya diambilnya atas
zahir perkataan mereka itu maka membawa' kepada
kufur; sebab itulah diharamkan metala'ah segala kitab mereka itu [mereka] yang
bukan ahlinya, seperti kata Syaikh Muhyi'l-Din ibn al-'Arabi
radiya'Llahu 'anhu, nahnu
qaumun tahrim mutala'ati
kutubina …ertinya bahawasanya adalah kami sduatu kaum yang haram mentala'ahkan
segala kitab kami' yakni apabila tiada tahu akan segala istilah mereka itu. Katanya: Maka
sayugianya jangan kita memudah-mudahkan
segala perkataan mereka itu dengan ilham Tuhan mereka itu.Maka kebanyakan segala
kitab mereka itu dengan mutasyabihat tiada dapat bagi segala orang yang ahli al-zahir
mengambil dengan zahir katanya [yang pada zahirnya itu] menyalahi syariat
dan hakikatnya sekali-kali tiada menyalahi batin syariat ; maka wajib atas
murid apabila yang tiada tahu akan kehendak mereka itu ia menyerahkan
segala perkataan mereka itu kepadanya, jangan ia meng(ing)karkandia
dan jangan menyalahkan dia sepertim kata Syaikh Abul-Hasan al-Syadhili
(rd); التصديق
فى علمنا
ولاية صغرى Maka
bermula orangn yang membenarkan pada ilmu kami ini wali kecil Katanya
Maka
setengah daripada istilah mereka itu 'huruf aliyat' yang lagi akan datang kenyataannya dua bait
syair karangan Syaikh Muhyi al-Din ibn al-'Arabi, dan demikian lagi seperti kata
tilmidh (atau murid)nya dan khalifahnya Sadr al-Din [al-Qonyawi] Buni,
'wa ra'al-haqq mir'ah' yura'
yang lagi akan datang kenyataannya beberapa banyak.Maka apabila engkau ketahui
akan perkataan segala ahli saufi dengan isyarat jua, maka ta' dapat tiada
daripada kita ketahui akian isyaratnya.Maka
sekaranglah hamba nyatakan: Ketahui
olehmu bahawasanya adalah bagi Hak Subhanahu wa Ta'ala itu beberapa martabat [pada
sisi pandangan rohaniah dalam kesedaran para 'arifin, bukan pada falsafah yang
ditanggapi dengan lamunan otak atau minda-ujem] pertama Ahadiah, maka (1B) Ahadiah Iaitu
martabah 'la ta'ayyun', iaitu 'kunhi zat' [iaitu semata-mata Zat Allah ta'ala
tiada lainnya], kedua 'wahdah' [di]namakan dia
'ta'ayyun awwal' yaitu ibarat daripada ta'luk IlmuNya akan ZatNya dan
akan sifatNya dan akan segala yang maujudat atas jalan ijmal, maka dinama akan
dia Hakikah al-Muhammadiyyah [bukan nabi Muhammad s.a.w. yang di Mekah dan
Medinah secara zahir itu], ; ketiga wahidiyyah dinama akan dia 'ta'ayyun thani',
yaitu ibarat daripada ta'aluk ilmuNya akan ZatNya dan segala SifatNya dan segala
maujudat atas jalan tafsil [terperinci satu demi satu, tetapi masih dalam Ilmu
Allah yang Kadim dan azali], dan dinamakan dia hakikat insaniah [tidak
bersangkut dengan manusia itu lagi, sebab ini beluam ada apa-apa].Maka
ketiga[-tiga] martabat ini [martabat
Ahadiah, Wahdah dan Wahidiyyah] itu kadim lagi dinamakan martabat keTuhanan. Katanya: Dan
adalah [ia, yang dikatakan martabat keTuhanan, belum ada apa-apa yang lain itu]
diu[m]pamakan 'ilman martabat Ahadiyah seperti kertas yang lapang, yang tiada di dalamnya suatu kaid
jua [tak ada kaitan dengan apa-apa], demikian rupanya O .Sebab inilah dinamakan
'martabat itlak' yakni lepas
daripada ada sesuatu dan 'la ta'ayyun'.[Dikatakan demikian] dengan sebab tiada
ada nyata sesuatu juapun . Wahdah Katanya: Dan
mithal pula akan martabat wahdah itu u[m]pama noktah di dalam da'irah [atau
bulatan] yakni titik yang satu
demikian rupanya . , maka
noktah itu asal bagi segala huruf, yakni menerima lagi mengandung segala huruf
yang hendak disuratkan, tetapi ijmal di dalamnya yakni berhimpun di dalamnya
tiada ada kenyataan huruf, Wahidiyyah Dan
mithal pula akan martabat wahidiyyah itu u[m]pama 'alif' asatu huruf yang lain
yang nyata dalam dairah [atau bulatan] demikian rupanya O [maka dibuat rajah
bulatan ditengah-tengahnya ada alif], maka alif itu kesempurnaan noktah yang
ijmal lagi ta'ayyun yang nyata sekira-kira tiada menerima paling lagi, sebab
itulah dinamakan ta';ayyun thani', kerana noktah itu ta'ayyun awal, dan alif itu
ta'ayyun thani , demikianlah mithal bila tashbih, walillahi'l-mathalul-a'la [ayat
Qur'an surah
al-Nahl ayat 60]. Katanya; Dan
demikian lagi [di]mithalkan pula oleh setengah ulama akan ketiga martabat
itu supaya me[ng]hampirkan [kepada] faham kita , maka martabat ahadiyah itu
seu[m]pama zihin [atau fikiran atau
minda] kita tatkala sunyi ia daripada musta'kalkan sesuatu yakni merupakan suatu
[dalam fikiran itu minda itu], maka dikatakan 'la ta'ayyun'.Maka apabila memulai
engkau pada musta'kal kan sesuatu maka dinamakan ta'yyun awal' dan apabila [di]lanjutkan
(folio 2A) ta'akul
itu, lagi berkekalan pula ia dinamakan ta'ayyun thani ; maka adalah dua martabat
ini [dalam syuhud orang yang 'arif dalam pandangannya yang tinggi itu] yaitu
wahdah dan wahidiyyah ibarat daripada dairah [atau lingkungan] ilmunya yang
kadim; maka dari kerana inilah [maka] dinamakan dia 'a'yan thabitah' ['ain-'ain
yang tetap dalam ilmu Allah yang kadim dan azali belum tercipta lagi]; maka
ertinya 'a'yan thabitah' itu barang yang sabit di dalam ta'aluk ma'lum ilmuNya
Allah ta'ala pada azalnya, tiada ada di sana itu melainkan ZatNya [semata-mata]
dan segala SifatNya yang kadim jua. A'yan
Thabitah Tentang
a'yan thabitah itu katanya: Maka
a'yan thabitah itu [ialah] barang yang tiada mencium bau
wujud, yakni belum lagi keluar daripada kalimah 'kun', maka apabila
dikehendaki akan wujudnya, maka
dikhitabkan kepada a'yan thabitah dengan [seolah-olahnya-uem] dijadikan kuat
pendengaran daripadanya dan dilafaz 'kun' maka jadilah seumpama yang a'yan
thabitah itu dengan Kodrat Allah subahanahu wa ta'ala , maka dinamakan dia
kemudian daripada wujud khitab itu a'yan kharijiyyah; maka adalah ia muhdath [baharu],
yang baharu, kerana athar [atau bekas, kesan] Kodrat yang kadim.Maka jangan
engkau sangkakan a'yan kharijiyyah yaitu daripada a'yan thabitah, kerana a'yan thabitah itu
tiada mencium bau wujud sekali-kali lagi kadim, betapa ia menerima keluar , maka
betapa jadi hadath [atau hadith, baharu], , maka hanyasanya yang a'yan
kharijiyyah itu 'bayan' bagi a'yan thabitah. Dan
adapun a'yan thabitah itu ka'in,[ada], yakni tetap ada iaitu, sabit, berkekalan
seperti adaNya jua, kerana ma'lim ilmuNya itu tiada bercerai daripada ZatNya,
seperti tiada bercerai segala sifatNya yang kadim.Demikian difahamkan perkataan
ini. A'yan
Kharijiyyah Tentang
a'yan kharijiyyah, katanya: Dan
adalah a'yan kharijiyyah itu martabat 'ubudiyyah, yakni kehambaan, dan adalah
martabat ta'ayyun awwal dan ta'ayyun thani makam anbia' dan aktab [para wali
kutub], yang dapat mawarinya (?)
daripada mereka itu daripada kadarNya dan pada dapat ia pandangkan wahdah
di dalam kathrah [pandang yang satu dalam yang banyak dalam pendangan kerohanian]
ialah makam [atau darjah kerohanian] orang yang taraqqi [orang yang mendaki]
yakni memandang Allah ta'ala di dalamk tiap-tiap sesuatu [bukannya secara erti
hulul, seperti Tuhan 'meresap' ke dalam sesuatu, sebab Tuhan bukan benda],
seperti kata ahli'Llah, 'ma ra'aitu shai'an illla wa ra'aitu'Llaha fihi':
ertinya tiada aku pandangkan sesuatu merlainkan ku pandang Allah padanya'.Maka
tiada menegahkan banyaknya itu [iaitu banyaknya dan pelbagainya makhluk itu]
akan memandang keesaan Allah t'ala (folio 2B) Dan
dapat pula memandangkan 'kathrah' di dalam wahdah, yaitu makam orang yang
tanazzul, yaitu memandang yang banyak yang ia segala [yang] baharu ini di dalam
wahdah , yakni Tuhan yang esa.Maka tiadalah menegahkan bagi segala yang 'arif
yang kamil mukammil [yang sempurna segi rohani dirinya dan boleh menyempurnakan
orang] itu daripada menilik keduanya kerana kathrah itu tidak dapat tiada
daripada wahdahnya, kerana tiada dapat istiqlal [yakni menjadi merdeka
tersendiri] sendirinya sekali-kali, kerana keadaan wahdah itu mempunmyai sifat
dan asma' dan af'al yang memnyabitkan athar Kodrat dan Iradah yang menyabitkan
kathrah yaitu wujud segala alam. Selepas
itu, katanya tentang kata-kata ibn 'Arabi: Maka
apabila engkau faham daripada perkataan ini, engkauketahui pula akan kata-kata
Imam al-'Arifin Saidi Muhyil-Din ibn al-'Arabi di dalam kitab Manazil al-Insaniyyah,demikian
bunyinya: [dalam] syair: 'kunna hurufan 'aliyat …(tak terang) …ertinya:
Telah adalah kita sekelian beberapa huruf yang amat tinggi [sebagai ilmu Tuhan
yang kadim dan azali sebelum dicipta olehNya ala mini], belum lagi dijadikan
akan kita dengan firmanNya 'kun', dan adalah kita muta'allaq [bergantung
bersambung-sambung antara satu dengan lain tidak bercerai-cerai] dengan segala
kita, yakni adalah segala makhluk itu adalah ia di dalam inkishaf
Ilmu Tuhan kita [yakni kita berada dalam nyata Ilmu Tuhan kita],
masing-masing, dan bercerai-cerai mahiyyahnya, dan itu adalah dalam
kepala-kepala segala bukit, yakni kemuncak aku-engkau di dalamnya, dan kami dan
engkau, dan engkau dan ia, dan sekelian pada 'huwa' itu Ia jua. Lepas
itu katanya; Maka
tanyai olehmu orang yang wasil [yang mencapai ma'rifat dan mengenal Tuhan
sebenarnya], yakni orang yang sampai, maka dikehendaki oleh syaikh dengan
katanya: Telah adalah kita sekelian beberapa huruf yang amat tinggi belum lagi
dijadikan akan kita ini, yakni telah adalah kita pada azal beberapa haqa'iq
ghaibiyyah [hakikat-hakikat yang ghaib] yang thabit sekelian kita di dalam ilmu
hak ta'ala belum lagi kita dijadikan… kerana adalah bagi tiap-tiap yang maujud
(folio 3A)… Itu
ada dengan 'mahiyyah' kejadiannya, dan adapun halnya dan martabatnya dan
hukumnya dan adalah sekelian itu lagi di dalam ma'lum ilmu [Tuhan] yang kadim,
dan dikehendaki dengan katanya 'dan adalah yang demikian itu di dalam
kepala-kepala segala bukit', yakni di dalam ta'ayyun awal, yang dinamakan dia
martabat wahdah yang ijmal yang terdahulu sebutnya, Katanya
lagi: Dan
yang dikehendaki dengan katanya 'aku engkau di dalamnya dan kami engkau dan
engkau ia' itu, yakni daripada
pihak ijmalnya belum lagi tafsil, tiada berbeza setengah daripada
setenganya.Martabat itu tetapi aku itu aku jua dan engkau itu engkau jua dan ia
ia jua, misalkan yang demikian itu dengan tiada tashbih, seperti air digugurkan
ke dalam laut, maka tatkala itu adalah kita dapat membezakan dia daripada air
laut maka kita kata air itu laut, dan laut itu air, tetapi yang laut itu laut
juga dan air itu air jua, tiada dapat bertukar kerana adalah segala hakikat itu
tiada dapat bertukar-tukar Katanya
lagi: Dan
taktkala nyatalah kita ingat akan air yang setitik itu sebab hairan kita
daripada memandang laut maka tatkala itu dapat kita kata sekelian itu laut [dan
janganlah pula terfikir dengan misalan ini bahawa Allah itu bersambung zatNya
dengan zat kita, Allah adalah Allah, Tuhan kita, kita adalah makhluk ciptaanNya]. Katanya; Dan
dikehendaki dengan katanya:' dan sekeliannya pada 'huwa' itu ia jua yakni adalah
sekelian pada martabat ahadiah daripada pihak tamsi [yakni terhapus dalam
penyaksian batin serwaktu dalam pengelaman rohani yang berkenaan]
yakni hapus di dalamnya ia jua, kerana nyata tiada menerima di sana lain
daripada nama 'huwa' dan ia nama hadrat 'la shay' ma'ahu [tiada sesuatu
denganNya, merujuk kepada hadith yang bermaksud, telah
adalah Allah walhal tiada ada sesuatu berserta denganNya], dan segala
hadrat yang dibawahNya [di bawah dari segi darjat hakikinya, 'ontologinya'] di
namakan hadrat 'wa huwa ma'akum ainama kuntum' [Ia bersama dengan kamu di mana
kamu berada], dan dikehendaki dengan katanya 'maka tanya olehmu akan orang yang
wasil, yakni apabila [engkau
ber]kehendak mengetahui demikian itu, maka tanya olehmu akan orang yang sampai
pada pengetahuan itu, maka apabila engkau tanya akan dia nescaya diberinya jawab
akan dikau daripada yang demikian itu.(folio.3B). Seterusnya
katanya, kita ini : …pada
ta'ayyun awal yang ia hadrah 'alam
ijmali, itu 'haqa'iq ghaibiyyah' namanya
dan 'shu'un dhatiyyah' pun namanya, tiada membeza setengahnya daripada
setengahnya daripada pihak ijmalnya.Dan adalah 'shu'un' itu pada hadrah ta'ayyun
thani yang ia hadrat ilmu tafsil
a'yan thabitah namanya; maka pada hadrat itu berbeza setengahnya daripada
setengahnya.Maka manusia itu akan rupa manusia dan jin itu akan rupa jinnya dan
malaikat akan rupa malaikatnya dan bumi itu dengan rupa buminya…masing-masing
dengan kelakuan yang tertentu dengan dia pada hal tiadalah
dapat dikatakan di sana yakni pada hadrat ta'ayyun thani itu aku engkau
dan kami engkau daripada pihak ia
sudah masing-masing dengan kelakuannya yang tertentu dengan dia dan adalah sekelian itu kadim darpada pihak ta'aluk ilmu kepadaNya (folio 4A). Kemudian
katanya berhubungan dengan hadrah ini, dengan membenarkan pengarang Tuhfah
al-Mursalah dengan kenyataan: Bermula
jika dikata oleh seseorang aku engkau atau kami engkau ia atau sekelian itu ia
serta dikehendakinya dengan katanya itu pada azalnya, yakni pada ta'ayyun awal
daripada pihak ijmal di dalamnya dan dikehendakinya
dengan katanya atau sekelian ia itu ahadiyah daripada pihak tamsi di
dalamnya, maka itu benar dengan kata ini sayugianya kita ta'wilkan dan kita
tanggungkan kata sahib 'Tuhfah al-Mursalah' wa
amma min haithu al-haqiqah fal-kull wa huwa al-haqq' ertinya adapun daripada
hakikat yakni asal, maka sekelian itu yaitu hak (folio 4A)
Seterusnya: Maka
tiada dapat kita ambilkan kepada zahirnya kerana zahirnya itu tempat tergelincir
segalam orang yang awam; dan jika dikehendakinya dengan katanya aku engkau dan
kami engkau itu sekarang kemudian daripada nyata sekeliannya ini nescaya
tiadalah benar ke atasnya itu istimewa pula jikalau ia mengatakan sekeliannya ia
mithal bila tashbih dengan dua mithal pertama seperti segala huruf yangh dua
puluh delapan itu tatkala ia belum terb unyi
di dalam da'wat adalah ia 'ain da'wat dan tatkala ia pada hujung kalam
pun 'ain da'wah jua tatkala ia tersurat dalam lauh maka adalah ia lain daripada
da'wat dan lain daripada kalam dan misal yang keduanya seperti ra[n]ting
dan cawan[g] [yaitu dahan] dan
segala daun maka tatkala terkandung sekelian itu di dalam biji daripada pihak
lenyap yakni sekelian di dalamnya maka sekelian itu dapat dikatakan dia 'ain
biji daripada pihak yang tersebut itu dan tatkala nyatalah sekelian itu
masing-masing dengan ketentuannya maka yaitu lain daripada biji; dan jangan
engkau sangkakan perkataan itu bahawa adalah sekelian itu dahulu daripada
nyatanya 'ain biji yang kemudian berpindah ia kepada yang lain daripadanya maka
yang demikian itu muhal (yaitu
mustahil) adanya, hanya biji itu biji jua dan ra[n]ting itu ra[n]ting jua dan
cawan[g] itu cawan[g]nya jua dan
daun itu daun jua jikalau belum lagi keluar ia daripada biji sekalipun yang
haqa'iq itu tiada dapat bercampur dan
tiada dapat bertukar hanya yang dapat bertukar itu mithal yakni rupa jua seperti
kata 'arifin 'al-'abdu 'abdun wa in taraqqa
wa l-rabb rabbun wa in tanazzal, ertinya yang hamba itu hamba jua dan
jikalau naik kepada itlak sekalipun dan Tuhan itu Tuhan jua dan jikalau 'turun'
sekalipun pada pihak tajalli pada
barang rupa yang dikehendakinya.Maka
inilah dua mithal yang menghampirkan kepada faham kita mengetahui masalah 'ainiyah
dan ghairiyyah . (Folio. 4B). Kemudian
katanya sebagai kesimpulan: Dan
hasil perkataan ini [ialah] bahawa alam ini atau segala perkara ini bukan ia
sekali-kali kerana Hak Ta'ala dan
bukan ia (fol.4B) lain daripadanya
pula dengan lain yang mustakil [terpisah, terasing] sendirinya.Dan kerana inilah
kaTa Syaikh Sadr al-Din Bawwani [?] khalifah Muhyi al-Din ibn al-'Arabi
qaddasal'Llahu sirrahu hamba pada
men[g]hikayatkan : Pandang orang yang sempurna ma'rifatnya
dengan katanya wa ra'a nafsahu wa kulla shai'in min wajhi ghairi'l-Haqq wa
min wajhi sha'nin wa min wajhi 'ainihi
wa ra'al-Haqqa mir'atan yara minha tafasil ahwal 'ainihi kama yara 'ainahu
mazhara wujudi'l-Haqq kullu dhalika fi anin wahidin: ertinya: Telah dilihat
orang yang arif itu akan dirinya dan tiap-tiap sesuatu daripada sesuatu pihak
lain daripada hak, dan pada sesuatu pihak pekerjaannya dilihatnya Hak Ta'ala itu
cermin yang dilihat di dalamnya itu akan beberapa hal dirinya seperti ia melihat
dirinya tempat nyata bagi wujud Hak Ta'ala maka adalah segala pandang yang
demikian itu pada suatu masa jua. Katanya: Dan
dikehendaki dengan katanya 'dirinya' itu tiap-tiap sesuatu; yaitu segala akwan [alam
yang ada] ini daripada pihak suatu pihak yakni daripada pihak ta'ayyuun thani
lain daripada Hak kerana sudah bermasing-masing kelakuannya yang tertentu
dan jikalau ada ada ia kadim sekalipun kerana ia ibarat daripada ma'lum ilmuNya…(fol.5A)Dan
demikian seterusnya. Seterusnya
dalam hubungan dengan kenyataan 'melihjat dirinya tempat nyata bagi wujud Hak
Taq'ala maka 'melihat Tuhannya itu di dalam dirinya' katanya: dan segala
asma'Nya dan segala sifatNya dengan sekira-kira penerimaannya yakni I'tibar
tajalliNya kerana adalah sekelian alam ini tajalli bagi keadaan wujudNya ; maka
adalah tiap-tiap tajalliNya itu dapat menyatakan seperti u[m]pama cermin yang
dilihatkan bagi dirinya dan lagi adalah difaham daripada kalam ini
me[ng]isyaratkan pula akan dua makam, yang pertamanya itu katanya 'dilihat akan
Hak ta'ala cermin yang menyatakan tafsil hal dirinya itu pandang kathrah di
dalam wahdah yang dimithalkan oleh setengah 'arifin seperti biji korma maka
dipandangkan pada bijinya itu akan pohonnya dan pelepahnya dan bunganya dan
buahnya sekelian [itu] lengkap pada bijinya; dan pada katanya 'seperti melihat
dirinya itu tempat nyata bagi wujud Hak' me[ng]isyaratkan pada makam pandang
wahdah di dalam kathrah, yakni seperti ia memandang kepada buahnya dan pada
bunganya dan pada pelepahnya dan batangnya itu akan bijinya.Maka nyatalah
daripada kata Sadr al-Din radiya'Llahu 'anhu bahawa alam dan segala perkara itu
tiada ada 'ain sekali-kali dan tiada ada ghair [sifat sebagai lain daripada
Tuhan] yang mustaqil [terbebas terasing daripada Tuhan] sekali-kali; dan thabit
'ain pun ada dan thabit ghair pun ada…(fol.5B). Diikuti dengan kenyataan
tertkenal 'man 'arafa nafsahu faqad 'arafa Rabbahu' Kemudian
beliau menyebut hadith 'kana Allah
wa la shay' ma'ahu' wa Huwa al-ana kama kana 'alaihi [ertinya] Adalah Allah
taala dan tiada ada suatu sertaNya dan yaitu sekarang seperti barang keadaan
atasnya maka diketahuinya daripada hadith ini (fol.5B) [bahawa] segala akwan [alam
yang ada] ini tiadalah pada akikatnya yang sebenar-benar dan yang ada itu Tuhan
yang maujud yang sebenar-benarnya kerana adalah diri hamba dan segala perkara
hapus di dalam hadithnya.(fol.6A). Kemudian
ia menyebut kenyataan Syaikh Ahmad al-Qushashi rh 'al-wujud wahidun bi al-dhati'
wa muta'addidun bil-nasabi wa al-idafat ertinya : yang maujud itu esa
dengan zatnya dan yang berbilang-bilang itu segala bangsanya dan segala
sandarannya jua.Wallahu a'lam.(fol.5B). Katanya
lagi: Adapun
kemudian daripada zuhurnya [yaitu zahirnya] dan ta'ayyunnya maka tiada dikatakan
sekelian itu Hak, dan dikatakanm Hak itu Hak dan hamba itu hamba; dan kerana
inilah dinamakan kemudian pada zuhurnya dan ta'ayyunnya
dengan 'Al-Awwalu wa al-Akhiru wa al-Zahiru wa al-Batinu" dan adalah
ia awal dengan nisbah kepada zuhurnya sebab shu'unnya dan af'alnya dan ahkamnya
jua bukan nisbah pada zatNya kerana zatnya itu tiada baginya awal dan Ialah yang
akhir dengan nisbah kembali segala pekerjaan kepadaNya jua tiada
ZatNya itu kesudahan dan adalah ia
zahir dengan nisbah kepada segala kalbu yang kamil lagi wasil [yang sempurna dan
sampai kepada ma'rifat Tuhan yang sebenarnya]dan adalah ia yang batin dengan
nisbah kepada segala kalbu kafir lagi jahil, dan adalah ia zahir pada 'ain [mata
batin] dan batin pada 'ain
zahirnya dan awal pada 'ain zahirnya dan awal pada 'ain akhirnya dan akhir ia
pada 'ain awalnya (fol.6B). Katanya
lagi: Dan
adalah ia muhit yakni meliputi
pada awal dan akhir pada zahirnya dan batin seperti firman Allah: والله
من وراءهم
محيط Yakni
bahawa Allah yang meliputi daripada segala makhluk ; demikianlah disebut oleh
Syaikh Nur al-Din [al-Raniri] di dalam kitabnya Jauhar al-'Ulum .
(fol.7A). Alam
Arwah: Katanya
berkenaan dengan martabat ke empat alam arwah ini: Martabat
alam arwah, yaitu alam segala nyawa dan yaitu ibarat daripada beberapa perkara
kauniyyah yakni yang masuk di bawah kalimah 'kun' yang keluar daripada pekerjaan
Tuhan dengan tiada pertengahan dan perantaraan
lagi mujarrad yakni yang sunyi daripada berkening [yakni bersifat]
dengan tabi'at [alam tabi'i] lagi basitiah [yakni zat-zat bukan benda]
yang tiada bersusun padanya yang nyata ia atas segala zatnya .Maka
mengenal dirinya dan dikenal setengahnya akan setengahnya, dan atas segala
u[m]pamanya .Maka adalah yang pertama-tama yang dijadikan Allah ta'ala Nur Nabi
Muhammad salla'llahu 'alaihi wa sallam daripada NurNya, yakni dijadikan Nur
Muhammad itu dengan Nur Tuhannya bukan
ia setengah daripada nur Allah, kerana adalah setengah daripada asma' Allah itu
Nur sesperti firman Allah Ta'ala: الله
نور السموات
والارض Bermula
Allah ta'ala menerangkan tujkuh petala langit dan bumi. [Surah al-Nur.35]Maka
dinamakan Nabi kita pun nur pula seperti firmanNya قد
جاءكم من الله
نور "Sesungguhnya
telah datangkan kemu daripada Allah nur", yaitu Muhammad kerana adalah
difahamkan oleh setengah orang yang jahil itu bermula Muhammad itu daripada Nur
Allah maka zahirlah salahnya jadi Muhammad setengah daripada Allah subhanahu wa
ta'ala.Ta'ala Allah 'an dhalika 'uluwwan kabira daripada yang disifat oleh zalimun . kemudian
maka dijadikan daripada Nur Nabi kita akan arwah segala anbia' dan mursalin dan
segala mukminin .Maka adalah ruh
nabi kita asal al-arwah , sebab itulah dinamai akan dia
mazhar al-atamm dengan sebab itulah jadi [ia] khatam al-nabiyyin wa
sayyid al-mursalin wa rahmatan lil-'alamin.Maka adalah nabi kita itu kenyataan
yang sempurna bagi asma' Allah dan sifatNya, maka ialah yang memerintahkan pada
alam kabir dan alam saghir [alam kabir alam yang kelihatan ini alam saghir
adalam manusia].(fol.7A).(Perbincangan tentang 'Nur Muhammad" ada
disediakanh oleh penulis ini, dan ia boleh diakses dalam laman web:
http://www.geocities.com/traditionalislam/-di
bawah tajuk: "Konsep
Nur Muhammad di Dunia Melayu Dalam Konteks Wacana Sunni"
dengan pemaparan nas-nasnya, untuk pertimbangan mereka yang mahir di
dalamnya.-penulis). Alam
Mithal: Katanya:
Martabat yang kelima martabat alam mithal yang dinamakan dia 'alam khiyal yang
terbit [nisbah manusia] di hadapan otak , ialah akal yang ditaruh pada hadapan
otak [selain daripada akal yang ada pada kalbu -uem] dan
digelarkan dengan ard al-simsimah dan ard al-haqiqah dan [nisbahpada alam
semesta pula-uem] iaitu alam mithal itu
ibarat daripada segala perkara kauniyyah yang masuk di bawah kalimah 'kun' lagi
bersusun daripada beberapa suku yang khiyali lagi halus yang tiada menerima
suku-sukukan yakni tiada menerima bahagi dan tiada menerima cerai-cerai dan
tiada menerima setengah yakni tiada menerima bahagi
dan tiada menerima carik dan bertemu kerana halusnya dan tiada kasarnya
.(fol.7B) Alam
Ajsam: Yaitu
[alam] …yang kasar yang tersusun daripada beberapa kerjadian yang empat yaitu
api dan hawa dan air dan tanah [dalam fisik klasik, yang sekarang terlalu amat
banyak 'elements'nya], maka keluar daripadanya
lima perkara pula pertama jamad [benda-benda padat], dan nabat [tanaman],
dan haiwan, dan insan dan jin ; maka adalah alam ajsam itu ibarat daripada
segala perkara yang kauniyah yakni yang masuk di bawah lafaz 'kun' [perintah
Allah] yang bersusun daripada perkara yang
kasar lagi menerima suku-sukukan dan dibahagikan dan carik dan bertemu. (fol.7B)
Martabat
yang ketujuh: Katanya:
dan martabat yang ketujuh martabat yang jami' [yang menghimpunkan semua] bagi
segala martabat yang jasmani, yaitu alam mithal, dan alam ajsam, dan yang nurani
yang kadim yaitu ahadiah, dan nurani yang hadith
'alam arwah dan yang menghimpunkan pula martabat wahdah dan wahidiah,
maka ialah yang dinamakan tajalli yang akhir, yaitu dinamakan martabat insan
yang kamil. Inilah
metafisika sufi tentang martabat tujuh yang terkenal dikalangan ulama rantau ini,
berdasarkan wacana ulama yang terdahulu secara implikasi dan dihuraikan secara
mendetail oleh ibn 'Arabi, dengan
sedikit modifikasi kemudiannya. Ertinya
Syaikh Daud al-Fatani rh yang menulis tentang fiqh seperti Furu' al-masa'il dan
Bughyah al-Tullab, dan dalam akidah menulis Al-Durruth-Thamin dan Ward
al-Zawahir, demikian pula menulis tentangt tasauf dalam terjemahannya ke
atas Minhaj al-'Abidin Imam al-Ghazali dengan memberi judul yang sama,
dan memberi huraian tasauf Abu
Madyan al-maghribi rd dalam Kanz al-Minan Syarah Hikam Abi Madyan ;kemudian
ia menulis pula kitab metafisika tasauf al-Manhal al-Safi [fi bayan Ruimuz
Ahl al-Sufi] ini. Ia
antara mereka yang mewakili dengan baiknya kesepaduan intelektualiti ulama
Ahlis-Sunnah wa al-Jama'ah di rantau ini. Seterusnya
lagi beliau berbicara berkenaan dengan perjalanan kerohanian.Katanya: Ketahui
olehmu bahawasanya orang yang salik kepada Allah apabila bersungguh-sungguh ia
berjalan kepada Tuhannya dan serta beradab ia pula dengan gurunya yang menjalani
nescaya diputuskan beberapa 'alam hingga sampai kepada Tuhannya ; maka pertama
alam yang diputuskan yakni yang dilalukan 'alam mulk dan dinamakan alam nasut
pula yaitu barang yang didapatkan dengan mata kepala seperti segala ajsam dan
lainnya, iaitulah dinamakan pula alam nafs; kemudian [ia] lalukan pula [dalam
perjalanan rohaninya itu] alam (fol.7B) Malakut
, iaitu barang yang [di]dapatkan dia dengan matahati dan iaitu 'alam al-qalb dan
dinamakan pula 'alam akhirat [jangan dikelirukan itu dengan apa yang berlaku
selepas daripada kiamat sebab ini berlaku atas seseorang sebelum kiamat-uem];
kemudian dilalunya pula alam al-jabarut dan iaitu alam al-arwah kemudian
dilalunya pula alam lahut, iaitu alam sirr yakni rahasia Allah ta'ala; dan
padanya hilang segala asma' dan segala rasm yakni segala athar [athar kesan,
bekas], dan tiada dipandangnya di sana itu melainkan Wahid al-Ahad dan padanya
sehingga [-hingga] fana hamba
dengan Tuhannya yakni selesailah ia daripada memandang kepada aghyar [jamak bagi
'ghair', yang lain daripada Allah], dan sucilah hatinya daripada akdarnya
[karat-karat rohaniah], aghyar, dan sucilah hatinya daripada akdar dan aghyar [nampaknya
ini ulangan yang dibuat oleh penulis khatnya], dan ketika itulah dipenuhkan
di dalam segala ma'rifat dan asrar [asrar jamak bagi sir, rahasia],
patutlah ia tempat tajalli Tuhannya sebab lepas [ia daripada-] diperhambakan
segala aghyar maka dinamakan hatinya tatkala itu ka'babatu'Llah [ka'bah bagi
Allah, bukannya Allah ada di dalam tetapi disebut demikian sebab ternyata iman
adalah perbuatan hati, apa lagi iman yang setinggi yang dimaksudkan ini] dan
mahligai Allah dan rumah Allah yakni murad daripadanya [ialah] tempat tajalliNya dan tempat tiliknya [ingat kepada hadith yang menyebut Allah
tidak memandang kepada …melainkan ia
memandang kepada hati kamu], dan rahasiaNya [Tuhan akan curahkan fahaman-fahaman
yang mendalam kepadanya] dan patutlah menanggung Amanah Allah dan patut ia
mengenal akan Allah seperti firmanNya di dalam hadith kudsi : بنيت
فى جوف ابن ادم
قصرا وفى
القصر صدرا
وفى الصدر
قلبا (وفى
القلب) فوءادا
وفى الفوءاد
شغافا وفى
الشغاف لبا
وفى اللب سرا
وفى السر
أنا Ertinya:Telah
Ku perbuat di dalam rongga anak Adam itu suatu ma[h]ligai dan adalah di dalam
ma[h]ligai itu dada, dan di dalam dada itu hati, dan di dalam hati itu fua'd,
dan di dalam fu'ad itu syaghaf dan di dalam syaghaf itu lubb, dan di dalam lubb
itu sirr dan di dalam sirr itu Aku. Yakni
di dalam sirr itu tempat tajalli Aku dan tempat ia mengenal akan Daku. Dan
lagi firmanNya kepada Nabi Allah Daud 'alaihis-salam : فرغ
لى بيتا أسكن
فيه Ertinya;
Hai Daud selesaikan olehmu [yakni
kosongkan olehmu] bagiKu suatu rumah supaya diam Aku di dalamnya. Maka sembahnya:…maka
betapa hai Tuhanku? Maka firmanNya …selesaikan olehmu [yakni kosongkan olehmu]
hatimu maka apabila keluarlah seorang itu daripada
dirinya maka dinamakan martabat (folio.8 A) Haqqul-yaqin
seperti kata Syaikh Ruslan di dalam Hikamnya; 'Al-yaqinu khurujuka 'anka'
ertinya bermula yakin itu keluar engkau daripada diri engkau, yakni keluar
engkau daripada melihat akan wujud dirinya akan dayanya dan upayanya maka
melihat sekelian itu daripada Allah dengan Allah bagi Allah, …(folio.8B). Teks
ini seterusnya membicarakan hal-hal lanjutan tentang beberapa aspek lagi yang
menyentuh perjalanan rohani hamba kepada Tuhannya. Antaranya
yang disentuh itu ialah tinggalkan yang lain dari Allah [dari segi rohaninya dan
kesedarannya] (fol.8B), sehingga jadilah pendengarannya pendengaran Allah dan
seterusnya (ibid), itu dikatakan martabat wahdah 'yang hapus daripada asma dan
rusum' dan ini diisyaratkan [dari segi Allah pula] 'kana Allah wa la shay'
ma'ahu' ertinya adalah Allah taala
sebelum lagi dijadikan alam dan tiada suatu
sertaNya(fol.8B). Antaranya
disebutkan bagaimana 'tajalli' sifat sama' dalam hubungan dengan hamba.Katanya:
'Jika ditajalli Allah ta'ala dengan sifat sama' maka jadilah orang yang(fol.8B) Salik
itu mendengar daripada af'al itu yaitu barang yang dibukakan Allah bagi hanya
salik daripada af'al ta'ala sekira-kira dilihat sekelian perkara itu berlaku
dengan kudrat Allah ta'ala Ialah yang menggerakkan dan ,mendiamkan akan sebagai
syuhud yang hali [iaitu pemandangan secara rohani yang dialami betul-betul oleh
orang itu] lagi dhauqi [dhauq, 'secara kecapan rasa [rohani], bukan 'secara
fikir'] tiada mengetahui melainkan ahlinya; maka di sinilah tempat
tergelincir kaki orang yang salik [apa lagi orang yang hanya 'fikir sendiri
' seperti membaca surat khabar harian lalu 'fikir sendiri'] kerana ia
menafikan perbuatannya sekali-kali maka hendaklah sangat-sangat memegang akan
Syari'at " (fol10A). Seterusnya
dibicarakan istilah-istilah yang berkaitan dengan pengelaman rohani dengan Tuhan
seperti hal dan maqam (fol.10A), 'ilmul-yaqin (ibid), 'ainul-yaqin (ibid),
al-jam' (ibid), jam' al-jam'I (ibid), yang
disebutkan [dalam hubungan dengan orang yang mengalaminya] martabat Ahadiah (perlu
diingat martabat Ahadiah dalam hubungan dengan Tuhan sewaktu tiada ta'ayyun, itu
satu, martabat ahadiah yang dialami oleh orang 'arif terhadap Tuhan itu suatu
perkara pula], al-farq al-awwal (ibid), al-farq al-thani (ibid),
tajrid (fol.10B), siddiq
(ibid), taqwa (ibid), haibah
(ibid), munajat (ibid), salih (ibid), wali (ibid), al-tasawwuf (fol.11A), ini
menarik. Tentang
tasawwuf katanya:"Iaitu berhenti serta adab syari'at yang zahir dan yang
batinnya; maka melihat akan hukumnya daripada zahirnya dalam batinnya dan
daripada batin pada zahirnya, maka hasillah daripada dua hukum
itu sempurna yang tiada sempurnakan kemudian daripadanya", atau
dikata[kan]nya "iaitu jernih zahirnya daripada dosa dan jernih batinnya
daripada aghyar" (fol.11A). Antaranya
dibicarakan : al-shari'ah (ibid), 'ishq dan 'ashiq (ibid), ma'shuq (ibid), a'yan thabitah
(ibid), a'yan kharijiyyah
(fol.11B), dan mahw dan ithbat dan lain-lainnya.termasuk beberapa kategori
tauhid (fol.12A ), sebutan tentang 'tujuh makam' makam zulumat yang aghyar,
iaitu dinamakan nafsu, padanya itu nafsu ammarah bissu', kedua makam nur
[anwar?], dan dinamakan nafsu padanya dengan nafsu lawwamah, ketiga makam asrar
dinamakan nafsu padanya dengan mulhamah, keempat makam kamal dan dinamakan pula
nafsu padanya itu dengan mutma'innah, kelima makam wasal dan dinamakan nafsu
padanya itu radiyah, keenam makam tajalliyyat al-af'al dan dinamakan nafsu
padanya itu dengan mardiyyah, ketujuh makam tajalliyyat al-sifat dan asma' dan
dinamakan nafsu padanya itu dengan kamilah.(fol.14A). Antara
nama-nama ulama yang menjadi sandaran dalam teks ini ialah ibn 'Arabi (fol.1B,
3A), Sadr al-Din Buni [al-Qunyawi] (fol.1B, 5A), Syaikh
Ahmad al-Qusyasyi (fol.6B), Nur
al-Din al-Raniri (fol.7A), Syaikh Qasim Khan (fol.9A), Muhammad anak Sahal anak
'Ata' menyebut kata-katanya (fol.11A), Syaikh Abul-Mawahib
Muhammad Zain al-'Abidin ibn al-Ghumari dengan tauhid empat martabat
(fol.12A), Beberapa
persoalan yang mungkin timbul dalam hubungan dengan martabat Tujuh sebagaimana
yang terdapat dalam teks Syaikh Daud ini-rahimahu'Llahu ta'ala- 'alim yang arif
tentang akidah Ahlis-Sunnah wa al-Jamaah , fiqh Ahlis-Sunnah, tasawwuf
Ahlis-Sunnah [dan huraian dalam 'al-Manhal al-Safi' adalah Ahlis-Sunnah, bukan
Khawarij, bukan Mu'tazilah, bukan Rafidah atau Syi'a]),
adalah seperti berikut. 1.Adakah
perkara seumpama ini ada pada zaman
nabi? Sehubungan dengan itu kita
juga boleh bertanya: Adakah perkara seumpama fiqh, usul al-din,
tafsir, nahu saraf, ada pada zaman nabi?
Kalau demikian bagaimanakah kita
melihatnya? 2.Tidakkah
ber'falsafah-falsafah' seperti ini asing daripada Islam, agama yang bersifat
dengan tuntutan ke atas orang supaya beriman dan beramal?
Tidakkah ini pengaruh dari luar yang sebenarnya hendak meruntuhkan Islam?
Meruntuhkan Syari'at dari dalam? 3.Tidakkah
ini berlawanan dengan fahaman ilmu Ahlis-Sunnah yang sebenarnya? Atau
tidakkah ini sebenarnya adalah ajaran sesat dalam masyarakat Islam? 4.Tidakkah
istilah-istilah itu direka-reka untuk mengusutkan fikiran Muslimin supaya mereka
habis umur dengannya dan terbangkalai tugas-tugas mereka terhadap Islam dan
umat? 5.Tidakkah
fahaman yang sedemikian ini akan merosakkan syariat Islam yang mementingkan
ketaatan dan taqwa? 6.Tidakkah
ini tasauf theosofi atau tasauf falsafi yang asing daripada tasauf Sunni yang
moderat seperti huraian Imam al-Ghazali? Tidakkah
ini bercanggah dengan matlamat tasauf sebenarnya mengikut ulama yang muktabar? 7.Tidakkah
cara berfikir yang sedemikian ini bercanggah dengan kepentingan umat yang mesti
mengambil bahagian dalam teknologi untuk menghadapi globalisasi? Tidakkah ini
bercanggah dengan kepentingan umat yang mesti mencapai kekuatan untuk menjaga
kepentingannya? Mungkin
respons yang boleh terlintas kepada kita dalam hubungan dengan soalan-soalan di
atas adalah seperti berikut: 1.Memang
nampaknya tidak ada perkara yang seumpama ini pada zaman nabi s.a.w. dan zaman
sahabat dan zaman salaf, Allah meredhai mereka semuanya. Bagaimanapun perkara
yang sama boleh ditanya dalam hubungan dengan ilmu-silmu syara' yang lain itu.
Sebagaimana yang dihuraikan oleh ibn Khaldun
rh dalam "al-Muqaddimah"nya, dengan berlalu zaman dan sejarah maka
ilmu-ilmu Islam itu muncul dengan perkembangan manusia dan masing-masing menjadi
disiplin-disiplin dengan istilah-istilahnya sendiri, fiqh dengan fiqhnya, usul
al-fiqh dengan usul al-fiqhnya, tafsir dengan tafsirnya, hadth dengan tafsirnya,
tasawwuf dengan tasawwufnya dengan istilah-istilahnya masing-masing.Perkembangan
ilmu-ilmu Islam ini dicatitkan sejarahnya dan isi kandungannya oleh ibn Nadim
dalam 'al-Fihrist' dan 'Kasyf al-Zunnun' oleh Hajji Khalifah. Allah memberi
rahmat kepada mereka semuanya.Amin. Bagaimanapun
dasar-dasar untuk perkembangan ilmu-ilmu itu semuanya ada dalam Qur'an dan
Sunnah , istilah-istilahnya belum ada, juga masalah-masalah
detailnya.Masalah-masalah pokoknya sudah ada. Maka dalam hubungan dengan ini
boleh dinyatakan secara am dalam Ahlis-Sunnah bahawa apa-apa perkembangan yang
baharu yang tidak bercanggah dengan Qur'an, Sunnah dan ijma' maka itu boleh
diterima, termasuk di bawah hukum yang lima. Dalam
hubungan dengan ini kita boleh merenung: Adakah 'salah' ulama hadith
menghuraikan istilah-istilah 'sahih', "da'if', 'hasan' , 'mutawatir',
'mustafid' 'ahad, dengan maksud-maksudnya kerana nabi saw tidak membicarakannya?
Adakah 'salah' dalam al-Itqan al-Suyuti itu ada huraian-huraian tentang
apa yang 'makki', yang 'madani', yang 'am', 'yang khas', yang 'safari', yang
'hadari' dan lain-lain? Adakah 'salah' ulama fiqh menghuraikan apa itu 'sah',
'batal' 'fasid', 'sunat', 'harus', makruh, dan lain-lain? Dan dalam usul al-fiqh
pula Imam Syafi'I menghuraikan apa itu bayan? Dan lain-lain. Demikian pula
salahkah kalau kita fikirkan ulama sufi bila terbaca kalimat 'ahad' dalam Surah
al-ikhlas terlintas pada pandangan rohaninya pengenalan terhadap Tuhan dalam
'ahadiah'? Bila bertemu dengan kata 'wahid' ia terlintas pula wahidiah? Dan ada
yang mengalami yang demikian dalam sejarah mereka? "Salah"kah kalau
terlihat dalam Qur'an kata 'wahid' terpandang pada syuhudnya pengenalan ma'rifat
tahap 'wahidiah'? Kalau mereka melihat alam , maka hakikat disebaliknya ialah
Tuhan? Bukan alam itu dengan juzuk-juzuknya Tuhan, itu makhluk, tetapi bila
terlihat alam, terpandang hakikat di sebaliknya, Tuhan? Maka
timbullah wahdah fi al-kathrah? Demikian
seterusnya.
2. Ajaran Martabat Tujuh yang diwakili oleh teks yang dibicarakan ini
tidak meruntuhkan syariat, bahkan ia mengehendaki supaya syariat diamalkan
dengan seboleh-bolehnya, kem udian didalamkan kesedaran batin supaya ketakwaan
itu mencapai darjah 'ihsan' yang tinggi , dengan kejernihan hati dan sir. Dengan
itu tergabunglah ketaatan terhadap syara' dan ketinggian iman dan keikhlasan. Tentang
'pengaruh dari luar' yang kerap disebut-sebut oleh Orientalis, Neo-Platonisme,
dan pelbagai lagi, (sampai orang yang pintar seperti Iqbal pun-Allah yarhamuh-
terkena kesannya) itu adalah kemungkinan dari segi peristilahan; itu boleh
berlaku sebab budaya mendapat pengaruh horizontal dalam sejarah, seperti kiita
sekarang juga ada istilah-istilah moden yang kita pakai, tetapi istilah itu
bukanlah bermakna kita sudah berhenti menjadi Muslimin dan berfikir sebagai
Muslimin dan menjadi orang yang berpegang kepada moderniti sebagai falsafah,
atau kadang-kadang kita menggunakan istilah positif, bukan bermakna kita
mengikut Auguste Comte dengan falsafah positivisme; kita gunakan istilah itu
dalam gugusan istilah dalam faham alam atau kehidupan cara kita. Demikian
para ulama kita dahulu, misalnya mereka mengambil istilah mantik Yunani, bukan
bermakna mereka menerima falsafah Yunani dengan keseluruhannya dengan
kesilapan-kesilapannya, mereka menerima yang berfaedah daripadanya, sebagaimana
yang Imam al-Ghazali rd tunjukkan kaedahnya dalam "Tahafut
al-Falasifah" dan "al-Munqidh Min al-Dalal"nya. Lagi
pula ulama kita tidak mengajarkan Martabat Tujuh itu kepada sesiapa sahaja,
tetapi kepada mereka yang ada persediaan yang patut, dan mereka memerlukan huraian itu dari segi
intelektuil sebenarnya, sebagai
dokongan kesedaran rohani mereka, selepas mereka mengetahui akidah Ahlis-Sunnah,
hukum-hukumnya, dan tasawuf mu'amalah.Ini bukan falsafah dalam erti huraian
mental spekulatif semata, tetapi ia huraian tentang syuhud para 'arifin yang
sahih. Sebab itu Waliyu'Llah al-Dihlawi rh menyatakan bahawa sebenarnya aliran
wahdatul-wujud ibn 'Arabi yang ada dalam teks ini dengan aliran wihdatul-syuhud
al-Sirhindi adalah sebenarnya merujuk kepada perkara yang sama, dengan
istilah-istilahnya sahaja yang berbeza sahaja.(Lihat Burhan Ahmad Faruqi dalam The
Mujaddid's Conception of Tawhid, Sh Muhammnadِ
Ashraf, Lahore, 1970, hal.97-100). Ungkapan
pengaruh luar kerap disebut oleh Orientalis untuk menunjukkan bahawa ilmu
kerohanian sebenarnya tidak begitu ada dalam islam, ia kemuflisan dari segi ini,
maka ia terpaksa 'meminjam'. Sebaliknya ulama Ahlis-Sunnah menyebut bahawa
tasawwuf adalah daripada Qur'an dan Sunnah dan
pengelaman rohani mereka yang muktabar dalam umat yang dirahmati Allah
ini. Mereka
yang berpegang kepada ajaran tasauf seperti ini tidak meruntuhkan Syari'at
bahkan mereka menguatkannya, sebagaimana yang boleh dilihat dalam huraian-hurain
mereka itu, juga sebagaimana yang boleh dilihat dalam sejarah mereka, baik dalam
kawasan asal Islam atau di Nusantara.Kemunculan kaum zindik
yang mengenepikan Syariat itu adalah dengan ijma' diharamkan, membawa
kepada kekufuran, na'udhubillahi min dhali.Kalau di rantau ini yang berpandangan
demikian ialah Syaikh Nur al-Din al-Raniri Syaikh 'Abd al-Rauf Singkel, Syaikh
'Abd al-Samad al-Falimbani, Syaikh Arsyad al-Banjari, rakannya Syaikh Daud
al-Fatani, Syaikh Ahmad al-Fatani, yang ayahandanya memiliki naskah 'al-Manhal
al-Safi' ini, Allah memberi rahmat kepada mereka antara yang sekian ramai itu. 3.Ajaran
sedemikian ini ada dalam kalangan ulama Ahlis-Sunnah wa al-Jamaah, hanya ia
tidak disebut oleh al-Asy'ari rd dan al-Syafi'I rd. Tetapi ia dihuraikan oleh
mereka yang berpegang kepada ajaran mereka berdua; dan ia bukan termaswuk ajaran
sesat. Ini antaranya jelas daripada fatwa ibn Hajar rh dalam
"al-Tuhfah", (10) katanya:
Ertinya:
Dan [perkataan yang bersifat sebagai] syatahat yang keluar daripada seorang wali
masa hal pengelaman ghaibahnya [masa fananya] atau ta'wilan [kata-kata] yang
dijadikan istilah teknikal di kalangan mereka, [tidak menjadi sebab kufur]
walaupun yang lain dari kalangan mereka tidak mengetahui hal itu, kerana lafaz
yang dijadikan istilah [di kalangan mereka yang ahli dalam sesuatu ilmu itu]
adalah hakikat pada sisi mereka yang ahli di dalamnya, maka yang demikian itu
tidak ditentang mereka itu kerana
istilah mereka menyalahi istilah golongan yang selain daripada golongan mereka ,
sebagaimana yang ditahkikkan tentang ini oleh imam-imam dalam ilm al-kalam dan
yang lain daripada mereka. Dengan
itu, maka ramai mereka yang tergelincir kerana menyerang golongan muhakkikin
dari kalangan sufiah dalam perkara-perkara yang mereka [sebenarnya] terbebas
daripada [tuduhan] yang demikian, dan mereka berpergi datang melihat di kalangan
mereka yang berbicara tentang istilah mereka yang tertulis dalam kitab-kitab
mereka mencari-cari untuk itu [untuk menyerang], walhal mereka tidak mengetahui
tentangnya [tentang maksud yang sebenar yang diketahui di kalangan golongan
muhakkikin itu]. Maka tentu dan nyata mesti wajib ditegah mereka daripada yang
demikian itu; bahkan kalau dikatakan bahawa
mesti ditegah orang yang tidak
terkenal dengan [penglibatan dengan betul dengan ] tasauf dengan cara yang
benar, daripada berbicara tentang
kata-kata [istilah] mereka yang boleh mendatangkan kemusykilan [ke atas
masyarakat], kecuali dengan menisbahkan kepada mereka [mengikut benar-benar
huraian kitab mereka] serta tidak beriktikad dengan apa yang zahir [daripada
lafaz-lafaz itu] maka itu tidak jauh [daripada apa yang sebenarnya, ertinya
hendaklah orang yang berbicara dengan cara yang menyalahi kitab-kitab ahli
tasauf sendiri, mereka-reka tafsiran sendiri, hendaklah mereka ditegah daripada
berbicara tentang itu], kerana
dalam perkara yang demikian itu [yakni orang yang berbicara bukan mengikut ulama
tasauf secara sadiq, tetapi memandai sendiri, dan mengambil lafaz mengiktu
zahirnya] itu mendatangkan kerosakan yang tidak tersembunyi lagi [memang
nyatalah kerosakannya]. [Adapun
mereka yang memang sesat akidahnya selepas dipereksa, dan itu bukan ajaran
tasauf, tetapi dinisbahkan sahaja kepada mereka, kerana ada kepentingan, maka
wali al-amr mesti mengambil tindakan terhadap mereka-penulis kertas]. Katanya
lagi (11) وَقَوْلُ
ابْنِ عَبْدِ
السَّلَامِ
يُعَزَّرُ
وَلِيٌّ
قَالَ أَنَا
اللَّهُ
وَلَا
يُنَافِي
ذَلِكَ
وِلَايَتَهُ
لِأَنَّهُ
غَيْرُ
مَعْصُومٍ
فِيهِ نَظَرٌ
؛ لِأَنَّهُ
إنْ كَانَ
غَائِبًا
فَهُوَ
غَيْرُ
مُكَلَّفٍ
لَا
يُعَزَّرُ
كَمَا لَوْ
أُوِّلَ
بِمَقْبُولٍ
وَإِلَّا
فَهُوَ
كَافِرٌ
وَيُمْكِنُ
حَمْلُهُ
عَلَى مَا
إذَا
شَكَكْنَا
فِي حَالِهِ
فَيُعَزَّرُ
فَطْمًا لَهُ
وَلَا
يُحْكَمُ
عَلَيْهِ
بِالْكُفْرِ
لِاحْتِمَالِ
عُذْرِهِ
وَلَا
بِعَدَمِ
الْوِلَايَةِ
؛ لِأَنَّهُ
غَيْرُ
مَعْصُومٍ ...(
تَنْبِيهٌ )
قَالَ بَعْضُ
مَشَايِخِ
مَشَايِخِنَا
مِمَّنْ
جَمَعَ
بَيْنَ
التَّصَوُّفِ
وَالْعُلُومِ
النَّقْلِيَّةِ
وَالْعَقْلِيَّةِ
لَوْ
أَدْرَكْتُ
أَرْبَابَ
تِلْكَ
الْكَلِمَاتِ
لَلُمْتُهُمْ
عَلَى
تَدْوِينِهَا
مَعَ
اعْتِقَادِي
لِحَقِّيَّتِهَا
؛ لِأَنَّهَا
مَزِلَّةٌ
لِلْعَوَامِّ
وَالْأَغْبِيَاءِ
الْمُدَّعِينَ
لِلتَّصَوُّفِ
انْتَهَى
وَإِنَّمَا
يُتَّجَهُ
إنْ لَمْ
يَكُنْ
لَهُمْ
غَرَضٌ
صَحِيحٌ فِي
تَدْوِينِهَا
كَخَشْيَةِ
انْدِرَاسِ
اصْطِلَاحِهِمْ
وَتِلْكَ
الْمَفَاسِدُ
يَدْرَؤُهَا
أَئِمَّةُ
الشَّرْعِ
فَلَا نَظَرَ
إلَيْهَا Dan
pendapat 'Izzuddin ibn 'Abdis-Salam [rh] bahawa wali yang berkata 'Aku
Allah' hendaklah dikenakan hukum ta'zir, itu tidak menafikan kewaliannya,
kerana ia tidak ma'sum, padanya ada penilitian.Kerana, kalaulah ia dalam
'ghaibah', maka ia tidak mukallaf [waktu itu], maka dengan itu ia tidak
dikenakan hukum ta'zir sebagaimana kalau dita'wilkan dengan yang makbul, kalau
tidak [kalau ta' boleh dita'wilkan], maka ia kafir. Maka boleh ditanggungkan
maknananya bahawa bila kita syak tentang halnya, maka ia dihukumkan dengan
ta'zir, untuk menjauhkan dirinya [daripada 'kesalahan' yang demikian], dan
tidak dihukumkan ia itu kafir kerana ihtimal [andaian] ia teruzur, dan juga
bukan tidak dihukum ia bukan wali; kerana ia tidak ma'sum…(Peringatan) Kata
setengah daripada syaikh-syaikh bagi syaikh-syaikh kami dari kalangan mereka
yang menghimpunkan [dalam diri mereka] antara tasawwuf dan ilmu-ilmu nakliah
dan akliah, :kalau aku bertemu dengan orang-orang yang ahli tentang
istilah-istilah [sufiah yang sulit-sulit itu] aku
akan mencela mereka menulis kitab
tentangnya walhal aku beriktikad itu adalah benar, kerana ia adalah tempat
tergelincir orang-orang awam dan orang-orang yang bodoh yang mendakwa
penglibatan dengan tasauf.(Seleasi kenyataannya). Dan sesungguhnya yang lebih
beralasan ialah [maksud kata-kata itu melarang mereka menulis itu] ialah bila
pada mereka itu tidak ada alasan dan matlamat yang sahih dalam mengarang
tentangnya seperti [antara matlamat yang boleh diterima itu ialah] takut
terluputnya istilah-istilah mereka itu , maka kerosakan-kerosakan[yang telah
tersebut dalam larangan tadi] tidak diambil kira oleh imam-imama syara'iah
maka tidak diberi perhatian kepadanya [dengan itu kitab-kitab itu boleh
ditulis untuk ahlinya dan tidak ditegah]. (10). Katanya
seterusnya : (
قَوْلُهُ :
وَشَطْحِ
وَلِيًّ )
عَطْفٌ عَلَى
قَوْلِهِ
سَبْقِ
لِسَانٍ (
قَوْلُهُ :
أَوْ
تَأْوِيلِهِ
) عَطْفٌ
عَلَى
غَيْبَتِهِ (
قَوْلُهُ :
وَمِنْ ثَمَّ
) أَيْ
لِأَجْلِ
الْمُخَالَفَةِ
لِاصْطِلَاحِ
غَيْرِهِمْ (
قَوْلُهُ :
زَلَّ
كَثِيرُونَ
إلَخْ )
وَجَرَى
ابْنُ
الْمُقْرِي
تَبَعًا
لِغَيْرِهِ
عَلَى كُفْرِ
مَنْ شَكَّ
فِي
كُفْرِ
طَائِفَةِ
ابْنِ
عَرَبِيٍّ
الَّذِينَ
ظَاهِرُ
كَلَامِهِمْ الِاتِّحَادُ
، وَهُوَ
بِحَسَبِ مَا
فَهِمُوهُ
مِنْ ظَاهِرِ
كَلَامِهِمْ
وَلَكِنَّ
كَلَامَ
هَؤُلَاءِ
جَارٍ عَلَى
اصْطِلَاحِهِمْ
وَأَمَّا
مَنْ
اعْتَقَدَ
ظَاهِرَهُ
مِنْ
جَهَلَةِ
الصُّوفِيَّةِ
فَإِنَّهُ
يُعَرَّفُ
فَإِنْ
اسْتَمَرَّ
عَلَى ذَلِكَ
بَعْدَ
مَعْرِفَتِهِ
صَارَ
كَافِرًا
وَسَيَأْتِي
الْكَلَامُ
عَلَى هَذَا
فِي كِتَابِ
السِّيَرِ
إنْ شَاءَ
اللَّهُ
تَعَالَى ا
هـ مُغْنِي (Katanya:
dan kata-kata syatahat seorang wali) sambungan atas katanya terlanjur lidahnya
(katanya atau ta'wilnya) sambungan atas keadaan ghaibahnya (katanya kerana
itu) yakni kerana menyalahi [istilah mereka dengan] istilah golongan lain
[seperti istilah fuqaha atau ahli usul aldin] (katanya: tergelincir ramai dan
seterusnya sampai habis ayat) dan ibn al-Muqri mengikut bagi orang yang
selainnya berpendapat kafir orang yang syak tentang kafirnya golongan ibn
'Arabi [termasuk, kalau diterima, mereka yang mengikut huraiannya di Dunia
Melayu, termasuk 'martabat tujuh' dalam al-Manhal al-Safi karangan
Syaikh Daud ini] yang zahir
kata-kata mereka [memaksudkan] bersatu [antara Tuhan dan makhluk], itu adalah
dengan kadar apa yang mereka faham dari zahir kata-kata mereka , tetapi
kata-kata golongan ini adalah mengikut [system] peristilahan mereka ; adapun
orang yang beriktikad atas zahirnya dari kalangan orang jahil antara mereka
yang beramal dengan tasauf, maka hendaklah diberitahu dan diajarkan [apa yang
sebenarnya, bukan zahir lafaznya], dan kalau ia meneruskan halnya selepas
daripada mengetahui tentangnya [selepas diajar] maka ia menjadi kafir, dan
pembicaraan ini akan dilakukan dalam 'kitab al-Siyar' insya' Allah. Habis
kenyataan dalam kitab 'al-Mughni'. (11) Dalam
Mughni al-Muhtaj terdapat kenyataan yang hamper sama maksudnya: وَكَذَا
الْكَلِمَاتُ
الصَّادِرَةُ
مِنْ
الْأَوْلِيَاءِ
فِي حَالِ
غَيْبَتِهِمْ
، فَفِي
أَمَالِي
الشَّيْخِ
عِزِّ
الدِّينِ
بْنِ عَبْدِ
السَّلَامِ أَنَّ
الْوَلِيَّ
إذَا قَالَ :
أَنَا
اللَّهُ
عُزِّرَ
التَّعْزِيرَ
الشَّرْعِيَّ
، وَلَا
يُنَافِي
الْوِلَايَةَ
لِأَنَّهُمْ
غَيْرُ
مَعْصُومِينَ
، وَيُنَافِي
هَذَا قَوْلَ
الْقُشَيْرِيِّ
: مِنْ شَرْطِ
الْوَلِيِّ
أَنْ يَكُونَ
مَحْفُوظًا ،
كَمَا أَنَّ
مِنْ شَرْطِ
النَّبِيِّ
أَنْ يَكُونَ
مَعْصُومًا ،
فَكُلُّ مَنْ
كَانَ
لِلشَّرْعِ
عَلَيْهِ
اعْتِرَاضٌ
فَهُوَ
مَغْرُورٌ
مُخَادِعٌ ،
فَالْوَلِيُّ
الَّذِي
تَوَالَتْ
أَفْعَالُهُ
عَلَى
الْمُوَافَقَةِ
، وَقَدْ
سُئِلَ ابْنُ
سُرَيْجٍ
عَنْ
الْحُسَيْنِ
الْحَلَّاجِ
لِمَا قَالَ :
أَنَا
الْحَقُّ
فَتَوَقَّفَ
فِيهِ
وَقَالَ :
هَذَا رَجُلٌ
خَفِيَ
عَلَيَّ
أَمْرُهُ
وَمَا
أَقُولُ
فِيهِ
شَيْئًا ،
وَأَفْتَى
بِكُفْرِهِ
بِذَلِكَ
الْقَاضِي
أَبُو
عَمْرٍو
وَالْجُنَيْدُ
وَفُقَهَاءُ
عَصْرِهِ ،
وَأَمَرَ
الْمُقْتَدِرُ
بِضَرْبِهِ
أَلْفَ
سَوْطٍ ،
فَإِنْ مَاتَ
، وَإِلَّا
ضُرِبَ
أَلْفًا
أُخْرَى ،
فَإِنْ لَمْ
يَمُتْ
قُطِعَتْ
يَدَاهُ
وَرِجْلَاهُ
ثُمَّ
يُضْرَبُ
عُنُقُهُ ،
فَفُعِلَ
بِهِ جَمِيعَ
ذَلِكَ
لِسِتٍّ
بَقَيْنَ
مِنْ ذِي
الْحِجَّةِ
سَنَةَ
تِسْعٍ
وَثَلَاثِمِائَةٍ
، وَالنَّاسُ
مَعَ ذَلِكَ
مُخْتَلِفُونَ
فِي أَمْرِهِ
، فَمِنْهُمْ
مَنْ
يُبَالِغُ
فِي
تَعْظِيمِهِ
، وَمِنْهُمْ
مَنْ
يُكَفِّرُهُ
لِأَنَّهُ
قُتِلَ
بِسَيْفِ
الشَّرْعِ ،
وَجَرَى
ابْنُ
الْمُقْرِي
تَبَعًا
لِغَيْرِهِ
عَلَى كُفْرِ
مَنْ شَكَّ
فِي كُفْرِ
طَائِفَةِ
ابْنِ
عَرَبِيٍّ
الَّذِينَ
ظَاهِرُ
كَلَامِهِمْ
عِنْدَ
غَيْرِهِمْ
الِاتِّحَادُ
وَهُوَ
بِحَسَبِ مَا
فَهِمُوهُ
مِنْ ظَاهِرِ
كَلَامِهِمْ
، وَلَكِنَّ
كَلَامَ
هَؤُلَاءِ
جَارٍ عَلَى
اصْطِلَاحِهِمْ
، إذَا
اللَّفْظُ
الْمُصْطَلَحُ
عَلَيْهِ
حَقِيقَةٌ
فِي
مَعْنَاهُ
الِاصْطِلَاحِيِّ
مَجَازٌ فِي
غَيْرِهِ ،
وَالْمُعْتَقِدُ
مِنْهُمْ
لِمَعْنَاهُ
مُعْتَقِدٌ
لِمَعْنًى
صَحِيحٍ .
وَأَمَّا
مَنْ
اعْتَقَدَ
ظَاهِرَهُ
مِنْ
جَهَلَةِ
الصُّوفِيَّةِ
فَإِنَّهُ
يَعْرِفُ ،
فَإِنْ
اسْتَمَرَّ
عَلَى ذَلِكَ
بَعْدَ
تَعْرِيفِهِ
صَارَ
كَافِرًا ،
وَسَيَأْتِي
الْكَلَامُ
عَلَى هَذَا
أَيْضًا فِي
كِتَابِ
السِّيَرِ إنْ
شَاءَ
اللَّهُ
تَعَالَى . Ertinya:
Demikian pula kata-kata yang keluar dari para aulia dalam hal pengelaman
ghaibah mereka; dan dalam kitab 'al-Amali' Syaikh 'Izzuddin ibn 'Abdis-Salam :
Sesungguhnya wali itu bila ia berkata:"Aku Allah' hendaklah dikenakan
hukuman ta'zir dengan ta'zir syari'i, dan itu tidak menafikan kewalian [orang
yang berkenaan], kerana mereka bukannya maksum [seperti ma'sum anbia], dan ini
diinafikan oleh pendapat al-Qusyairi :Termasuk ke dalam syarat kewalian ialah
ia 'mahfuz' [terjaga] sebagaimana daripada nabi [pula] syaratnya ialah ma'sum,
maka setiap orang yang bercanggah dengan syara' maka ia terpedaya, menipu
[diri sendiri], maka wali itu ialah orang yang berterusan amalannya
bermuafakat [dengan Syara'], dan ditanya ibn Suraij berkenaan dengan Husain
al-Hallaj bila ia mengatakan 'Aku
Allah', maka ia bertawakuf tentangnya.Ia lelaki yang tidak nyata kepadaku
urusannya, dan aku tidak katakana sesuatu[pun] tentangnya.Dan al-Qadhi Abu
'Amru dan Junaid dan fukaha zamannya mengkafirkannya kerana yang demikian itu,
dan dinasihati supaya al-Muqtadir memukulnya dengan seribu pukulan kalau ia
mati, kalau tidak seribu lagi, kalau ia tidak mati maka dipotong tangannya dan
kakinya, kemudian dipotong lehernya.Itu semua dilakukan kepadanya …dan manusia walaupun demikian mempunyai pendapat yang
berlainan tentangnya.Antara mereka yang terlalu mengagung-agungnya,, antaranya
mereka yang mengkafirkannya, kerana
ia dibunuh dengan pedang Syara', dan ibn al-Muqri berpendapat mengikut mereka
yang lain itu , menganggap kafir orang yang syak tentang kufurnya
golongan ibn 'Arabi yang zahir k,ata-kata mereka [menunjukkan makna]
penyatuan (al-ittihad) [antara Tuhan dan makhluk], dan itu adalah mengikut
kadar apa yang mereka fahamkan dari kata-kata mereka.Tetapi golongan ini
kata-kata mereka mengikut [system] peristilahan mereka [sendiri], kerana lafaz
istilah itu bersifat hakiki pada maknanya secara istilah [teknikal]
dan bersifat majazi dalam yang lain daripadanya, maka orang yang
beriktikad dari kalangan mereka adalah mengikut makna yang sahih, adapun orang
yang beriktikad zahir [pada lafaznya] dari kalangan jahil pengikut tasauf maka
ia hendaklah diberitahu [tentangnya], kalau ia terus juga dengan keadaannya
[mengambil maknanya yang zahir pada lafaz juga], maka menjadi kafirlah
ia.Huraian tenhtang ini juga akan dilakukan nanti dalam kitab al-siyar.In sya'
Allah.(12) 4.Tentang
istilah-istilah yang muncul itu adalah proses yang berlaku terhadap semua
ilmu-ilmu Islam seperti fiqh, tafsir, hadith, sirah, dan lainnya termasuk
tasauf; dan tasauf pula ada yang mu'amalah dan ada yang mukasyafah; tentang
martabat tujuh ini, ia termasuk ke dalam bahagian mukasyafah; tidak semua
orang memerlukannya. Kedudukan tentang istilah-istilahnya disebut antaranya
dalam kitab Tuhfah oleh ibn Hajar rh dan Mughnil-Muhtaj oleh
Khatib Sharbini rh. Yang penting ialah kita memahai istilahy-istilah mengikut
apa yang difahami di kalangan mereka yang ahli baginya.Ini pendirian ulama
dalam Ahlis-Sunnah wa al-Jama'ah yang tidak menjadi tabiat dan resminya untuk
mengkafirkan sesama sendiri sebagaimana yang dijelaskan antaranya dalam al-Tabsir
fid-Din oleh al-Isfara'ini rh juga
al-Baghdadi rh dalam al-Farq bain al-Firaq. 5.Tasauf
demikian adalah bertujuan untuk memantapkan ketaatan dan taqwa dengan memberi
huraian-huraian yang bersifat intelektuil bagi mereka yang memerlukan; ia
bukan untuk orang yang tidak memerlukannya, apa lagi mereka yang hendak
memahaminya mengikut system istilah mereka sendiri. Hendaklah dibezakan mereka
ini daripada golongan yang mendakwa tasauf dan melemparkan syariat daripada
hidup mereka dan memperlekeh-lekehkannya.Na'udhu billahi min dhalik. 6.Sebenarnya
ia bukan tasauf falsafah, sebab falsafah ialah setakat lamunan mental dengan
fikiran dan minda, dan tidak menyentuh aspek-aspek yang batin
dan rohani manusia. Adapun yang demikian ini adalah huraian tentang syuhud 'arifin dengan system
peristilahan mereka sendiri. Dan ia sebahagian daripada tasauf bahagian
mukasyafahnya.Dan mereka adalah Ahlis-Sunnah bukan terkeluar daripada
Ahlis-Sunnah, melainkan golongan yang memang disebutkan terkeluar daripada
Ahlis-Sunnah sepertri yang disenaraikan dalam kitab Tuhfgah al-Raghibin karangan
Syaikh Arsyad al-Banjari rh (13).Dalam hubungan dengan ini eloklah kita
ingatkan pembahagian ibn 'Arabi rd tentang ilmu itu ada tida kategori: ada
yang akliah, yang boleh difahami dengan akal,
ada yang bersifat sebagai "hal" yangh dialami oleh jiwa dan
roh, ada yang bersifat
'hakikat-hakikat" (al-haqa'iq).Ini boleh didapati pada awal
"Futuhat"nya, jilid I. Seperkara
lagi ia bukan akidah, ia syuhud, ini perlu dibezakan maksudnya.Kalau akidah
semua orang mesti mengetahuinya dan meyakininya, seperti sifat-sifat Tuhan
dalam ilmu akidah, berdasarkan Qur'an, hadith dan ijma'.Adapun pengelamanb
syuhud para 'arifin itu "hal" mereka, atau "makam" mereka,
yang mereka alami, bukan akidah yang mesti dipelajari oleh semua mukallaf.
Sebab itu 'salah' kalau dikatakan akidah ibn 'Arabi rd adalah
'wihdatul-wujud', sebab akidahnya ialah sebagaimana yang dibentangkannya pada
awal kitab al-Futuhatnya, yang isinya hampir-hampir sama dengan akidah
Imam al-Ghazali rd dalam Ihya'nya. Adapun pengelaman syuhudiah, itulah
yang disebutkan orang sebagai wihdatul-wujud itu. 7.Tentang
kepentingan adanya sains dan teknologi, ini tidak menjadi persoalan, sebab
metafisika tasauf yang demikian bukannya
bercanggah dengannya, bahkan ia memberi kerangka metafisika dan rohani kepada
ilmu sains dan teknologi, dan ia tidak menafikan undang-undang sebab
musabbab pada alam syahadah ini; seseorang boleh menjadi sufi
sebenarnya (selain daripada mengingati contoh para Sahabat rd dan Tabi'in dan
generasi Salaf rd) dan juga ahli
sains; sebab tasauf yang sebenar yang dimaksudkan boleh ada pada ahli fakir
seperti Imam al-Ghazali, ahli sejarah dan sosiologi, seperti ibn Khaldun,
boleh ada pada pemerintah seperti Salahuddin al-Ayyubi dan Sultan 'Abdul Hamid
Turki (sayangnya ia menjadi mangsa konspirasi manusia zamannya, termasuk manusia yang Islam, selain daripada
konspirasi Barat), atau tasauf
yang ada pada bendahara Tun Perak di Melaka. Kalau di Negara kita sarjana
sains seperti Prof Osman Bakar boleh mendapat fahaman yang jelas dalam
metafisika sufi untuk fahaman sainsnya, demikian juga sarjana seperti Prof
Mohd Yusoff Othman, sekadar menyebut beberapa nama, walaupun tidak dikaitkan
mereka dengan tasauf secara yang tersangat ketat. Kesimpulan: Nampaknya
perbincangan menunjukkan bahawa Martabat Tujuh sebagaimana yang difahami oleh
mereka yang ahli sebenarnya adalah harmonis dan mendapat tempat dalam wacana
ilmu Ahlis-Sunnah ; hanya ia perlu difahami dengan sebenarnya, mengikut para
ahlinya, sebab semua pengetahuan ada ahlinya.Tentang adanya golongan sesat
dalam masyarakat yang menisbahkan diri kepada tasauf, atau adanya orang yang
jahil yang memahaminya secara zahir lafaznya, maka itu bukan alasan untuk
dinyatakan ia terkeluar daripada Ahlis-Sunnah ataupun terkeluar daripada
lingkungan keimanan, na'udhu billahi min dhalik.Apa lagilah, sikap negatif itu
tidak menasabah, bila diingatkan, bahawa dalam rantau ini, ia melibatkan peribadi-peribadi
seperti Wali Sunan Kalijaga, Sunan Bonang, Syaikh Nur al-Din al-Raniri,
Syaikh 'Abdul-Rauf Singkel, Syaikh al-Qusyasyi, Syaikh Syamsul-Din Pasai,
Syaikh Arsyad al-Banjari, Syaikh Yusuf al-Makasari yang menentang penjajah
itu, Syaikh 'Abd al-Samad al-Falimbani penyebar faham Imam al-Ghazali, Syaikh
Daud al-Fatani, Syaikh Ahmad al-Fatani (guru To' Kenali) [editor kitab-kitab
Jawi zaman kerajaan Othmaniah dulu], dan seluruh gernerasi mereka itu-Allah
memberi rahmat kepada mereka.Amin; kalau diambil sikap yang negatif
sebagaimana mula dikesani, maka seolah-olah sudah berlaku satu jenis
"dekonstruksi ilmu Ahlis-Sunnah" –sementara ada ungkapan yang
lebih menasabah untuk ini- dalam hubungan dengan mereka yang sebenarnya wajib
diberikan layanan yang "lebih beradab" dan "lebih
bertamadun". Dan tentang
perlunya bidang ini tidak
diceburi oleh mereka yang tidak sewajarnya di kalangan orang awam, itu juga
diterima, dan wali al-amri perlu melakukan tindakan kawalan dengan bantuan
mereka yang ahli di dalamnya. Dan ia tidak boleh dibicarakan dihadapan orang
awam. Wallahu a'lam. Nota: (1)Dalam
Ihya' 'Ulumi'd-Din, kitab berkenaan dengan ilmu. (2)
Lihat Martin van Bruinessen, "Sufism and the Islamization of the
Archipelago", dalam http://www.let.uu.nl/~martin.vanbruinessen/personal/publications/Sufi... (3)ibid. (4)C.A.O.van
Nieuwenhuijze, Shamsusu'l-Din van Pasai, (Leiden, Brill,1945), lihat
ibid. (5)Lihat
Anthony H.Johns The Gift Addressed to the Spirit of the Prophet,(Canberra,
ANU, 1965).cf ibid. Skima
Syaikh Syams al-Din Pasai tentang martabat wujud yang tujuh itu ialah Ahadiah,
Zat Tuhan yang kadim, wahdah, Zat Tuhan dengan Sifat-SifatNya , yang kadim,
dengan kepelbagaian sifat-sifatNya, kadim, Wahidiah, juga kadim, abadi, Tuhan
dengan nama-Namanya, Alam Arwah, yang diciptakanNya, dengan bahagian-bahagian
alamnya, Alam Mithal, yang diciptanya, wujud Tuhan tertajalli padanya, Alam
Ajsam, alam jism-jisim, tercipta olehNya, tertajalli wujud Tuhan padanya, Alam
al-Insan, yang tercipta, yang tertatajalli wujud Tuhan padanya. Lihat ringkasan
tentangnya dalam karangan Peter Riddell, Islam and the Malay-Indonesian
World, Horizons Books, Singapore, 2003, p113. Skima yang sedemikian boleh
didapati dalam al-Manhal al-Safi karangan Syaikh daud al-Fatani rh yang
akan dibicarakan kemudian. (6)"Sufi
Legendaris dari Nagaroe
Aceh" dalam www.sufinews.com/ (7)Sir
Richard Winstedt, A History of Classical Malay Literature, JMRAS, jilid
31, bahagian 3, no.183 , 1961. hal.121. Tentang ibn 'Arabi rd di Dunia melayu
nampaknya ada penulisan yang serius tentangnya yang dilakukan oleh Dr Kautsar
Azhari Noer, Ibn 'Arabi Wahdat al-Wujud Dalam Perdebatan, dengan
pengantar oleh Kamaruddin Hidayat, Paramadina, Jakarta, 1995. (8)
Dalam "Sufism and the Islamization of the Archipelago", dalam http://www.let.uu.nl/~martin.vanbruinessen/personal/publications/Sufi... (9)http://feqah.al-islam.com/Display.asp?DocID=69&MaksamID=1&ParagraphID=3275&Sharh=0 (10)ibid. (11)ibid. (12)
http://feqh.al-islam.com/Display.asp?DocID=70&MaksamID=1&ParagraphID=2940&Sharh=0 الصفحة
الرئيسية > تصنيف
الكتب > مغني
المحتاج إلى
معرفة ألفاظ
المنهاج >
كتاب الردة (13)
yang dihurai isi kandungannya oleh penulis kertas iuni berdasarkan
pembentangannya dalam seminar antarabangsa di Brunei, tidak lama sebelum ini.Ini
boleh diakses dalam laman web berikut: https://traditionalislam.tripod.com/Tasawwuf_Kedudukannya_DiNusantara.htm
-di bawah tajuk "Tasawwuf dan Kedudukannya di Nusantara", bahagian
"wujudiah".Dalam laman web: http://www.geocities.com/traditionalislam/pendidikandakwahAlbanjari.htm-
dibawah tajuk Pendidikan dan Dakwah Syaikh Arsyad al-Banjari, yang dibentangkan
dalam persidanganm antarabangsa tentang Syaikh Arsyad al-Banjari di Banjarmasin
tahun 2001, penulis menerangkan hal
ini di bawah tajuk "tasawwuf" mengikut syaikh Muhammad Arsyad rh. LAMPIRAN: Dalam
Lampiran ini penulis hendak perkenalkan
naskah tulisan tangan kitab Syaikh
Daud rh yang menjadi "rakan" kepada kitab "al-Manhal
al-Safi" ini, judulnya Riyad al-Nufus al-Zakiyyah ila al-Taraqqi A'la
Maqam al-Nufus al-Mutma'innah,
["Taman-Taman Jiwa Yang Suci kepada Pendakian ke Makam-Makam Tertinggi
Nafsu Mutma'innah"] , terjemahan kitab Sair al-Suluk ila Malik
al-Muluk karangan al-'Arif billah Malik al-Muridin Hujjah al-Muhaqqiqin,
Shaikh Qasim Khan al-Halabi. Beliau menyatakannya
pada bahagian akhir terjemahan "Inilah akhir yang hamba hendak
kenang [?] risalah yang bernama akan dia Riyad al-Nufus al-Zakiyyah ila
al-taraqqi 'ala Maqam al-Nafs al-Mutma'innah, pada
menyatakan nama nafsu yang tujuh
masyhur pada ahlinya, maka adalah sekeliannya hamba nakal daripada kitab yang
bernama Sair al-Suluk ila malik al-Muluk karangan bagi al-'Arif
billah…Qasim Khan al-Halabi nafa'ana 'Llahu biha
kama nafa'a bi-asliha .Amin." (fol.17B). Katanya "telah
selesai faqir ila 'Llah ta'ala Daud bin 'Abdullah daripada mentaswid [yakni
menulis] akan bayad [kertas ] ini pada malam Rabu delapan belas haribulan Rabi'
al-Awwal, di Makkah al-Musharrafah pada Hijrah
(fol.17b) seribu dua ratus empat puluh…" (fol.18A). MS ini ditulis
oleh Ma' Saleh ibn Jenal pada 3
haribulan Syawwal 1324, dengan tandatangannya pada akhirnya. Saya ucapkan
"jazaka'Llahu khairal-jaza' " kepada rakan baik saya saudara Zaidi
Mohd Hassan atas baik budinya membekalkan saya dengan salinan naskah MS yang
bernilai ini. Takdirnya yang menyebut kitab "al-Manh al-Safi" karangan
Syaikh Daud rh pada tahun 1976 dalam tulisan saya "Peradaban Dalam
Islam" itu saya ,
waktu itu kitab itu nampaknya belum tersebut dalam persuratan, dan
sekarang kitab beliau ini saya sebutkan di sini dalam sessi ini. Fali'Llahi
'-hamd 'ala'n-ni'am. Kandungannya
mennandungi huraian berkenaan dengan "Nafsu Tujuh" pada bahagian awal
lagi disebutkan ia berbicara berkenaan dengan "perbezaan nafsu ammarah dan
nafsu lawwamah, dan nafsu mulhamah, dan nafsu mutma'innah, dan nnafsu radiyah,
dan kamilah yang tujuh namanya, dan menyatakan perjalanannya, dan alamnya, dan
halnya, dan tempatnya, dan waridnya, dan sifatnya, dan kejahatannya, dan kaifiat
melepaskan daripadanya dan kaifiat naik ke atas yakni naik nafsu ammarah kepada
nafsu lawwamah dan daripada nafsu mulhamah hingga kepada tujuhnya.Fasal yang
pertama pada menyatakan nafsu ammarah dan perjalannya dan alamnya dan halnya dan
tempatnya…"( fol.1B). Dikkuti
dengan perbincangan tentang nafsu ammarah dengan
ringkas (fol.2A) kemudian nafsu lawwamah katanya "perjalannya ila'Llah
yakni kepada Allah dan alamnya itu alam syahadah yakni mulki yang didapat dengan
pancaindera yang lima, dan tempatnya dada dan halnya yakni kelakuannya condong
kepada kejahatan dan waridnya itu syari'at…" (fol.2A). Tentang
nafsu itu berbilang-bilang tetapi ia yang satu itu juga, katanya "pada
hakikatnya itu nafsu suatu jua tetapi yang berbiulang-bilang itu namanya
bersalahyan perangai jkua, dan lagi bahawasanya nafsu itu ialah yang berkata dan
iaitu hati sweperti mana Allah ta'ala [berfirman] padanya [iaitu berkenaan
dengannya] ( ذلك
لمن كان له
قلب )
'yang demikian bagi orang yang ada baginya hati'
kerana tiada dikehendaki daripada hati itu sepotong daging[dalam badan
manusia], maka bahawasanya kehendak hati [itu ialah] hanya nur yang latif [iaitu
zat halus yang bukan benda] yakni yang halus lagi rabbani yakni yang dibangsakan
rabbani [yakni dinisbahkan kepara Tuhan, Rab], tetapi tatkala [ber]cerai
sebab cenderung kepada tabi'ah dan syahwah dan berjinak-jinak akan nafsu
syahwaniyyah yakni roh haiyawani jadi
berlutur [?] ia serupa pada perjalan[an]nya haiyawanat dan bertukarlah segala
sifat yang kepujian dengan sifat yang kecelaannya, dan jadilah [ia] tiada dapat
berbeza daripada mereka itu melainkan dengan rupa [jadilah ia seumpama] syaitan daripada tenteranya."
(fol.2b). Katanya
meneruskan huraiannya :"Ketahui olehmu bahawasanya cahaya hati itu enam
ba[ha]gi, pertama qalb tempatnya nur yang kelam kedua syaghaf tempat nur yang
merah ketiga fu'ad tempat nur yang kuning keempat habbatul-qalb [lit. inti hati]tempat nur yang putih,
kelima bahjah al-qalb tempat
nur samadiyyah cahaya yang tidak boleh dibagaikan, iaitulah sirr , eenam suwaid
al-qalb tempat nur yang hitam lagi sangtat halusnya .(ali-ha' [ertinya intaha,
habis nukilan kata]). [katanya] Dan setengah daripada sifatnya itu yakni sifat
nafsu ammarah itu jahil dan bakhil dan loba dan takabur dan pemarah [ikut
syahwat] dan dengki dan jahat perangai dan
masuk di dalam perci[n]ta (berangan-angan)
dan pekerjaan yang tiada memberi faedah daripada perkataan dan lainnya dan
[ber]senda-senda dan pemarah dan mensakiti [yakni menyakiti] akan orang dengan
tangannya dan lidahnya dan yang lain daripadakeduanya berbagai-bagai yang jahat;
maka iaitu nafsu yang amat jahat…"(fol.2B-3A). Ini
diikuti dengan zikir dan wirid untuknya . Kemudian ia pewrgi kepada nafsu
lawwamah (fol.4B dengan huraian
tentang perjalannya, alamnya, tempatnya, waridnya, sifatnya, ubat untuk menyelesaikan masalah-masalahnya, dan seterusnya
sampai kepada akhir perbincangan tentang nafsu nyang tujuh itu. Kitab
diringkaskan isinya oleh Syaikh 'Abd al-Samad al-Falimbani dalam Sair
al-Salikinnya dalam jilid III hal.8-13. Ringkasnya
kitab ini adalah"rakan" yang menyempurnakan huraian dalam 'al-manhal
al-Safi" ini. --- *Nota
yang disediakan untuk pembentangan dalam Seminar Tasawwuf anjuran Jabatan Agama
Negeri Sembilan, pada 14 Ogos 2004
di Allison Kelana Resort Seremban, Negeri Sembilan Darulkhusus. Penulis
ialah Fellow Amat Utama Akademik Institut Pemikiran dan Peradaban Islam, UIAM
juga Fellow Kehormat IKIM.
|
Dikemaskini pada : 10-Jan-05 08:47 AM
|