|
بسم
الله الرحمن
الرحيم نحمده
ونصلى على
رسوله الكريم KONSEP
NUR MUHAMMAD DI DUNIA MELAYU DALAM
KONTEKS WACANA SUNNI- SATU
PENGAMATAN AWAL OLEH: MUHAMMAD
‘UTHMAN EL-MUHAMMADY Tulisan
ini insya’ Allah akan membicarakan konsep “Nur Muhammad”
sebagaimana yang ada dalam beberapa teks Islam Dunia Melayu
seperti teks Nur al-Din al-Raniri, ,
Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani, antara lainnya,Allah memberi rahmat
kepada mereka semuanya.Juga akan
diberikan perhatian kepada “Madarij al-Su’ud” dalam Bahasa Arab, karangan
Syaikh Nawawi al-Bantani, rahimahu’Llahu Ta’ala. Pengamatan akan diberikan
berdasarkan sumber-sumber tafsir dan
hadith yang muktabar di kalangan Ahlis-Sunnah wal-jama’ah.Dengan ini
diharapkan sangkaan yang tidak enak dan tidak manis terhadap para ulama kita
akan dihilangkan, dan kita beradab dengan mereka sebagaimana yang dikehendaki
dalam hadith “al-din al-nasihah”
dalamn hubungan dengan ‘a’immatul-Muslimin’, antaranya sebagaimana
yang dihuraikan oleh al-muhaddithin seperti Imam al-Nawawi rd.Sudah tentu ini
adalah satu keperluan dalam menunjukkan kemuliaan Nabi s.a.w. yang bukan hanya
“basyar” atau manusia yang terjadi daripada tanah seperti anak-anak Adam
yang lain. Ini adalah selain daripada
keperluan kita mencari kejernihan dan kebenaran dalam ilmu. Penulis ini yang
menyedari dirinya bukan ahli dalam bidang ini bergantung kepada panduan
teks-teks ulama Sunni dalam bidang yang berkenaan dan amat memerlukan teguran
mereka yang pakar di dalamnya.Mudah –mudahan kita ini mengenali nabi kita
sebenarnya, mencintainya dan dengan itu kita cinta kepada Allah dan
mendapat rahmatNya .Amin. Kitab
Syaikh Nur al-Din al-Raniri rh
Syaikh
Nur al-Din al-Raniri menulis tentang tajuk ini dalam kitabnya Bad’ Khalq
al-Samawat wa al-Ard yang
tercetak di tepi kitab Taj al-Muluk
(tanpa tarikh). (Lihat tulisan penulis
ini “Kosmologi para Fuqaha &Ulama Sufiah Dalam pemikiran Melayu”, dalam Kosmologi
Melayu, penyelenggaraan Yaacob Harun, Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 2001, hal.10-22).Antara nas-nas yang disebut di dalamnya
ialah hadith qudsi yang terkenal yang bermaksud:”Aku adalah perbendahraan
yang tersembunyi, maka Aku kasih bahawa Aku dikenali, maka Aku jadikan makhluk,
maka dengannya mereka mengenaliKu”. (Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard.hal.10).Juga
dinukilknya hadith bermaksud:”Sesungguhnya Allah menjadikan ruh nabi dari
zatNya dan Ia menjadikan alam semuanya dari ruh Muhammads s.a.w.”(ibid.10).Maksudnya
Ia menjadikan ruh nabi daripada tidak ada kepada ada dari SisiNya, bukannya
bermakna bahawa sebahagian daripada Tuhan dijadikan ruh nabi.Dinukilnya juga
hadith yang bermaksud:”Aku (nabi s.a.w.) dari Allah, dan orang mu’min
dariku”.(ibid.10).Ertinya sebagaimana yang dihuraikannya sendiri bahawa
nabi adalah makhluk yang pertama yang dijadikan Allah dan sekelian orang
mu’min itu dijadikan Allah daripada baginda (iaitu daripada nurnya).(ibid.
hal.10).Dinukilkan beliau juga hadith yang bermaksud:”Aku (Tuhan)
menjadikan segala perkara kerana engkau (wahai Muhammad) dan Aku jadikan engkau
keranaKu”(ibid.10).Juga dinukilkannya hadith yang bermaksud “kalaulah
tidak kerana engkau Aku tidak jadikan sekelian falak ini.”(ibid.11).Dinukilkan
beliau juga hadith yang bermaksud:”Aku telahpun menjadi nabi walhal Adam
berada antara air dan tanah”(ibid.11). Kemudian
beliuau menukil hadith nur Muhammad.Antaranya ialah yang bermaksud:”Perkara
yang paling awal yang diciptakan Allah ialah akal”(ibid.11); dan yang
bermaksud:”Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah aialah al-Qalam”,(ibid.11);
dan yang bermaksud:”Perkara yang awal sekali yang diciptakan Allah
ialah ruh-ruh”(ibid.11).Beliau
menghuraikan bahawa akal, qalam, dan ruh itu ialah kejadian nur Muhammad s.a.w.
sebagaimana yan g ternyata daripada hadith yang == *Penulis
amat berterima kasih kepada Encik Aman Hj Hasan dan Encik ‘Abd al-‘Aziz Hj
Hasan dari Pustaka Aman Press –jazaka’llahu khairan kathiran untuk mereka
berdua – atas kebenaran menggunakan bahan-bahan yang ada dalam Aman Press
untuk menjayakan penulisan ini. dinukilkan
beliau yang bermaksud:”Perkara yang paling awal yang diciptakan Allah ialah
nurku”(ibid.11).Dinukilkannya juga hadith yang bermaksud:”Perkara
yang paling awal yang dijadikan Allah ialah ruhku”.(ibid.11). Mengikut
Syaikh Nur al-Din Allah menjadikan Nur Muhammad itu daripada pancaran Nur
AhadiahNya, yang beliau nukilkan ialah kenyataan kitab al-Manzum yang
bermakna:”Telah berdempeklah sifat Jalal dan Sifat Jamal , maka ghaliblah
Jamal itu atas sifat jalal, maka dijadikan Allah daripada dua sifat itu Ruh
Muhammad , iaitu daripada ‘adam kepada wujud (daripada tidak ada kepada
ada-uem)(Bad’ Khalq al-Samawat wa al-Ard.12).Kita perlu nyatakan bahawa
yang dijadikan itu makhluk juga, bukannya sambungan daripada zat atau Diri Tuhan,
seb ab kalau demikian ada dua yang
kadim, dan itu kesyirikan. Kata
beliau bahawa selepas Allah menjadikan Nur Muhammad atau Ruh Muhammad itu Ia
tilikkepadanya dengan tilik mahabbah atau kasih, maka ia malu dan
berpeluh, dari peluhnya itulah dijadikan ruh-ruh sekelian anbia, aulia dan nyawa
sekelian orang mu’min yang salih, dan daripada nyawa sekelian mu’min yang
salih itu dijadikan nyawa sekelian mu’min yang fasik, daripada mu’min yang
fasik dijadikan nyawa sekelian mu’min yang munafik
dan mereka yang kafir.(ibid.13). Dan
dijadikan daripada insan nyawa insan itu nyawa sekelian malaikat, dan daripada
malaikat itu nyawa sekelian jin, dan daripada jin itu nyawa sekelian syaitan,
dan daripada syaitan itu nyawa sekelian binatang, daripada binatang itu nyawa
sekelian tumbuh-tumbuhan, setengahnya mempunyai martabat yang melebihi yang
lainnya; jadilah pula segala jenis nafas tumbuh-tumbuhan itu dan segala anasir
itu iaitu hawa, api, air dan angin (ibid.13). Kemudian
beliau menyebut basgaimana Allah menilik dengan tilikan haibah pula, hancurlah
ia, setengahnya menjadi air, setengahnya menjadi api yang menghanguskan air,
keluarlah asap, naik ke angkasa, daripadanya diAllah tujuh petala langit.Setelah
itu ada bakinya yang tinggal, daripadanya dijadikan matahari, bulan, dan bintang.(ibid.13).Demikian
seterusnya. Beliau
menukilkan pula riwayat yang lain, yang masyhur, bahawa Allah menjadikan sepohon
kayu dengan empat dahannya, dinamakan Syajaratul-Yaqin.Kemudian dijadikan
Nur Muhammad dalam bentuk burung merak , diletakkan atas pohon itu, lalu ia
mengucap tasbih kepada Allah, selama tujuh puluh ribu tahun.Bila merak itu
terpandang terlalu cantik rupanya, dengan elok bulunya, dan lainnya, sujudlah ia
lima kali sujud, jadilah sujud itu kemudiannya sembahyang lima waktu yang wajib
atas umat Muhammad s.a.w. Kemudian
dikisahkan bahawa Allah menjadikan kandil daripada akik yang merah.(ibid.15). Kemudian
Syaikh Nur al-Din menukil riwayat yang menyebut Nur Muhammad dalam bentuk burung
merak
Kitab
“Kashf al-Ghaibiyyah” oleh Zain al-‘Abidin al-Fatani rh: Antara
kitab Jawi yang popular sebagai
rujukan ialah kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” . Dalam
kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” (
berdasarkan karangan asalnya “Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-Jannah
wa al-Nar” karangan Imam ‘Abd al-Rahim bin Ahmad al-Qadhi, dan kitab “Durar
al-Hisan” karangan al-Suyuti, dan “Mashariq al-Anwar” oleh
Shaikh Hasan al-‘Adawi antara lainnya), oleh Syaikh Zain al-‘Abidin al-Fatani
rh (Maktabah wa Matba’ah dar al-Ma’arif,
Pulau Pinang , t.t.) Kitab ini dikarang oleh beliau pada tahun 1301 Hijrah..Pada
halaman 3 dst terdapat bab awal
berkenaan dengan penciptaan
roh teragung, (al-Ruh al-A’zam), iaitu
nur Nabi kita Muhammad ‘alaihis-salatu was-salam. Kata beliau : “Sesungguhnya
telah datang pada khabar oleh bahawasanya Allah taala telah menjadi
ia akan sutu pohon kayu baginya empat dahan, maka menamai akan dia
Syajarat al-Muttaqin (Pokok Orang-Orang yang bertaqwa), dan pada setengah
riwayat Shajarah al-yaqin (Pokok Keyakinan), kemudian telah menjadi ia akan Nur
Muhammad di dalam hijab daripada permata yang sangat putih seu(m)pama rupa
burung merak dan dihantarkan ia akan dia atas demikian pohon kayu itu , maka
mengucap tasbihlah oleh Nur itu atas pohon kayu itu kadar tujuh puluh ribu tahun,
kemudian menjadi akan cermin kemaluan maka dihantarkan akan dia dengan
berhadapannya ; maka tatkala menilik oleh merak itu di dalam cermin itu melihat
ia akan rupanya terlebih elok dan terlebih perhiasan kelakuan, maka malu ia
daripada Allah taala , maka lalu berpeluh ia maka titik daripadanya enam titik,
maka menjadi oleh Allah taala daripada titik yang pertama akan ruh Abu bakar
radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada titik yang kedua itu akan ruh ‘Umar
radiya’llahu ‘anhu dan daripada
titik yang ketiga itu akan ruh ‘Uthman radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada
titik yang keempat itu akan ruh ‘Ali radiya’Llahu ‘anhu, dan daripada
titik yang kelima itu akan pohon bunga mawar dan daripada titik
yang keenam itu akan padi”(hal. 3). Kemudian
disebut bagaimana Nur Muhammad itu sujud lima kali, dengan itu ,menjadi fardu
sujud , lalu difardukan sermbahyang yang lima waktu atas Muhammad dan ummatnya.
Kemudian disebut Allah menilitk kepada nur itu, lalu ia malu, berpeluh kerana
malunya. Daripada peluh hidungnya Allah jadikan malaikat, daripoada peluh
mukanya Allah jadikan ‘Arasy, Kursi, Lauh dan Qalam, matahari, bulan,
hijab, segala bintang, dan barang-barang yang ada di langit. Daripada
peluh dadanya dijadikan anbia , muyrsalin, ulama, syuhada dan solihin.Daripada
peluh belakangnya dijadikan
Bait al-ma’mur, Ka’bah, Bait al-Maqdis, dan segala tempat masjid dalam dunia.(hal.3-4). Disebutkan
beberapa kejadian lagi daripada peluhnya itu: Daripada
peluh dua kening: mukminin dan
mukminat dari umat Muhammad; Daripada
peluh dua telinganya: arwah Yahudi dan Nasrani, dan Majusi , golongan mulhid,
kafir yang engkar kebenaran, munafikin. Daripada
peluh dua kaki: segala bumi dari Timur dan Barat dan yang ada di dalamnya
(hal.4) Kemudian
Allah memerintah nur itu supaya memandang ke hadapan, di hadapannya ada nur, di
kanan dan kirinya juga nur.Mereka itu ialah Abu bakar, ‘Umar, ‘Uthman, dan
‘Ali.Kemudian Nur itu mengucap tasbih selama tujuh puluh ribu tahun. Kata
pengarang : dijadikan nur para anbia daripada Nur Muhammad s.a.w;
ertinya dijadikan arwah para anbia daripada peluh ruh Muhammad s.a.w.,
dan dijadikan segala ruh umat anbia itu daripada peluh arwah anbia mereka itu. Kemudian
diriwayatkan bahawa dijadikan oleh Allah kandil daripada akik yang merah,
dilihat orang akan zahirnya itu daripada bahagian dalamnya, kemudian dijadikan
rupa Muhammad seperti baginda di dunia ini, kemudian diletakkan di dalam kandil
tersebut, berdiri baginda di dalamnya seperti berdirinya di dalam sembahyang;
kemudian berkeliling roh segala anbia dan lainnya di sekeliling kandil nur
Muhammad ‘alaihis-salam, mengucap tasbih
dan mengucap tahlil mereka itu selama seratus ribu tahun; kemudian Allah
menyuruh segala ruh itu menilik kepadanya; yang menilik kepada kepalanya
menjadi khalifah dan sultan antara sekelian
makhluk; yang menilik kepada
dahinya menjadi amir yang adil; yang menilik
kepada dua matanya menjadi hafiz kalam Allah; yang melihat dua keningnya
menjadi tukang lukis; yang melihat
kepada dua telinganya jadilah ia menuntut dengar dan menerima (pengajaran); yang
melihat dua pipinya jadilah ia berbuat baik dan berakal; yang melihat dua bibir
mulutnya menjadi orangt-oirang besar raja. Yang melihat hidung menjadi hakim dan
tabib dan penjual bau-bauan.Yang melihat mulut menjadi orang puiasa.Demikian
seterusnya dengan melihat anggota tertentu, jadilah orang itu mempunyai
sifat-sifat tertentu di dunia nanti. Misalnya yang melihat dadanya menjadi orang
alim, mulia dan mujtahid. (hal.5).Dan orang yang tidak menilik sesuatu kepadanya
jadilah ia mengaku menjadi Tuhan seperti Fir’aun dan yang sepertinya.(hal.5). Beliau
menyebut hadith qudsi ( كنت
كنزا مخفيا
فأحببت أن
أعرف فخلقت
الخلق لاعرف
) :Adalah
Aku perbendahraan yang tersembunyi maska Aku kehendak akan diperkenal
akan daku maka Aku jadikan segala makhluk supaya
dikenalnya akan daku. (hal.6) kemudian
beliau menyebut hadith nabi s.a.w. أول ما خلق
الله تعالى
نورى وفى
رواية
روحى Ertinya
yang awal-wal barang yang suatu dijadikan Allah taala itu nurku dan pada suatu
riwayat ruhku. Kata pengarang ini:
Maka adalah sekelian alam ini dijadikan Al;lah subhanahu taala daripada sebab
nur Muhammad s.a.w. seperti yang teleh tersebut.Lalu ia menyebut pula haditrh
qudsi: خلقت
الاشياء
لاجلك وخلقتك
لاجلى Ertinya
:Aku jadikan segala perkara itu kerana engkau ya Muhammad dan
Aku jadikan akan dikau itu kerana Aku, yakni dijadikan nur Muhammad itu dengan
tiada wasitah suatu jua pun.
(hal.6)
Melalui
kitab terkenal ini tersebar fahaman tentang konsep Nur Muhammad di kalangan
Muslimin sebelah sini. Bab
yang berikutnya ialah tentang
penciptaan Adam a.s. (hal 6 dst).
Kitab
al-Kaukab al-Durri fi al-Nur al-Muhammadi
oleh Syaikh Muhammad bin Isma’il Daud al-Fatani rh Kitab
ini (terbitan Khazanah al-Fattaniyyah, Kuala Lumpur, 2001).Kitab ini yang
dikarang oleh penulisnya pada tahun 1304 Hijrah, di Makkah,
berbicara tentang tajuk yang
berkenaan dari halaman 2-7. Isinya berdasarkan riwayat Ka’ab al-Akhbar,
sebagaimana yang ada dalam kitab “Kashf al-Ghaibiyyah” karangan Syaikh Zain
al-‘Abidin al-Fatani.Antaranya maklumatnya ialah: Tuhan menggenggam satu
genggam daripada NurNya, diperintah ia menjadi Muhammad, ia menjadi Muhammad, ia
menjadi tiang, ia sujud kepada Allah, dibahagi nur itu kepada empat bahagi,
pertama menjadi Lauh, kedua Qalam, perintah menulis kepada Qalam,
sampai kepada umat nabi-nabi, yang
taat dan yang derhaka, dengan akibat-akibat mereka.Sampai disebutkan riwayat
tentang sesiapa yang melihat nur itu pada bahagian-bahagian tertentu jadilah ia
mempunyai sifat-sifat tertentu.Sekelian makhluk dijadikan daripada nurnya.Ia
berakhir dengan menyebut makhluk sembahyang dengan huruf nama Ahmad dan
Muhammad, berdiri qiyam seumpama alif, ruku’ seumpama ha,’ sujud seumpama
mim, duduk seperti rupa dal.Juga dikatakan makhluk dijadikan atas rupa huruf
nama Muhammad, kepala bulat seperti mim, dua tangan seperti rupa ha’, perut
seperti rupa mim, dua kaki seperti rupa dal. Kitab
“Daqa’iq al-Akhbar fi Dhikr al-jannah wa al-Nar” terjemahan Melayu
oleh Syaikh Ahmad ibn Muhammad Yunus Langka: Kitab
ini diterjemahkan oleh beliau pada 1312 Hijrah di Makkah dahulunya diterbitkaqn
oleh dar Ihya’ al-Kutub al-‘Arabiyyah, Mesir. Kemudian ia diterbitkan oleh
Maktabah wa matba’ah al-ma’arif,
Pulau Pinang, tanpa tarikh. Isi kitab ini berkenaan
dengan nur Muhammad s.a.w., asal kejadiannya, bagaimana semua makhluk
dijadikan daripadanya adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Syaikh Zain
al-‘Abidin dalam “Kasshf al-Ghaibiyah”nya
yang menjadikan kitab ini sebagai satu daripada sumber-sumbernya,
sebagaimana yang dinyatakan dalam bahagian permulaan kitabnya.. Bab pertamanya
sama isinya dengan apa yang ada dalam kitab terjemahan ini. Kitab
Madarij al-Su’ud oleh Nawawi al-Bantani rh
Kitab
“Madarij al-Su’ud ila
‘ktisa’ al-Burud”, dalam Bahasa Arab,
syarah bagi kitab “Maulid al-Barzanji” .Dalam mensyarahkan
kata-kata dalam “al-Barzanji” hal.2-3 (Surabaya, tanpa tarikh dan
Singapura, tanpa tarikh) bermaksud” Segala puji-pujian bagi Allah yang membuka
(seluruh) wujud ini dengan Nur Muhammad (‘al-Nur al-Muhammadi”) yang
mengalir dalam tiap-tiap perkara (perkara yang ditakdirkannya oleh Allah taala
sebelum daripada Ia menjadikan langit-langit dan bumi selama lima puluh ribu
tahun… Kemudian
kata Syaikh Nawawi rh lagi menukil
Ka’ab al-Akhbar Allah meredhainya : “Bila Allah hendak menjadikan
sekelian makhluk dan mengamparkan bumi dan menegakkan langit, Ia mengambil
segempal daripada nurNya firmanNya Jadilah kamu
Muhammad, maka jadilah ia sebagai tiang daripada nur dan gemilang
bercahaya sehingga sampai kepada hijab zulmah kemudian ia sujud, sambil katanya
:Al-hamdulillah , kemudian Allah berfirman kerana itu Aku jadikan engkau dan
menamakan engkau Muhammad , daripada engkau Aku memulakan pen ciptaan dan (dengan
engkau) Aku mengklhatamkan sekelian rasul; kemudian Allah taala membahagikan
nurnya itu kepada empat bahagian, dijadikan daripada yang pertamanya Lauh
daripada yang keduanya al-qalam, kemudian Allah berfirman kepada Qalam tulislah,
kemudian qalam … selama
seribu tahun kepara kehebatan Kalam Allah taala kemudian ia berkata; Apa yang
hamba hendak tuliskan, Tuhan berfirman ‘Tulislah ‘la ilaha illa’Allah
Muhammadun Rasulullah’ makia Qalam pun menulis yang demikian itu, kemudian ia
menjadi terbimbing kepada Ilmu Allah dalam makhlukNya, kemudian ia menulis
anak-anak Adam sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke dalam Syurga dan
sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka; Kemudian
(ia menulis) tentang umat Nuh , sesiapa yang taatkan Allah dimasukkanNya ke
dalam Syurga dan sesiapa yang derhaka kepadaNya dimasukkanNya ke dalam Neraka… Demikian
seterusnya dengan menyebut umat nabi Ibrahim,…umat nabi Musa…, umaqt Nabi
‘Isa…, sampai kepada umat nabi Muhammad s.a.w.,…kemudian bila Qalam hendak
menulis sesiapa yang derhaka dari umat Muhammad akan dimasukkan ke dalam
Neraka,terdengar suara dari Tuhan yang Maha Tinggi ‘wahai Qalam, beradablah,
maka pecahlah Qalam kerana rasa haibah itu, …, kemudian ini diikuti dengan
sebutan tentang bahagian ketiga dijadikan ‘Arasy, dan bahagian yang keempat
dibahagi empat pula daripada yang awalnya dijadikan akal, daripada yang kedua
dijadikan ma’rifah, daripada yang ketiga dijadikan cahaya ‘Arasy, dan cahaya
mata, serta cahaya siang, maka tiap-tiap cahaya ini adalah daripada Nur
Muhammad. Kemudian
dinyatakan yang bahagian yang keempat itu diletakkan di bawah ‘Arasy
sehinggalah Allah menjadikan Adam a.s., maka Allah letakkan nur itu pada
belakangnya, dan dijadikan para malaikat sujud kepadanya, dimasukkannya ke dalam
Syurga, walhal para malaikat bersaf di belakang Adam, melihat kepada nur
Muhammad.Bila Adam alaihis-salam
bertanya mengapa malaikat berdiri di belakang nya bersaf Allah menjawab mereka
itu sedang melihat kepada n ur kekasihNya Muhammad yang menjadi khatam sekelian
rasul dan anbia.Kemudian Adam meminta nur itu dipindahkan ke hadapan, lalu
diletakkan pada dahi baginda.Maka malaikat mengadap wajaihnya pula. Adam meminta
pula dipindahkannya lalu diletakkan pada jari telunjuknya supaya ia boleh melihatnya; maka
bertambah-tambahlah cantiknya nur itu. Kemudian disebut nur itu dipindah kepada
Hawwa’, kemudian kepada nabi Syith, dan seterusnya. Demikianlah nur itu
berpindah daripada satu rahim yang suci kepada rahim suci yang lain, sampai ia
kepada sulbi ‘Abdullah bapanya, kemudian keluarlah ia ke dunia melalui rahim
ibunya . (hal.3). Perbincangan
tentang punca-punca konsep Nur
Muhammad: Antara
punca-punca konsep Nur Muhammad ini ialah sebutan-sebutan tentangnya dalam
Qur’an dan Sunnah. Dalam
al-Qur’an terdapat sebutan tentang “nur” dalam ayat yang bermaksud
“Sesungguhnya telah datang kepadamu Nur dari Allah dan Kitab yang nyata”
(5.15). Tentang
ayat di atas “Tafsir al-Jalalain”
oleh al-Suyuti menyatakan makna nur itu ialah “rasulullah s.a.w.”. "قَدْ
جَاءَكُمْ
مِنْ اللَّه
نُور"
هُوَ
النَّبِيّ
صَلَّى
اللَّه
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
"وَكِتَاب" قُرْآن
"مُبِين"
بَيِّن
ظَاهِر Dalam
“Tafsir al-Qurtubi” dinyatakan begini: "
قَدْ
جَاءَكُمْ
مِنْ اللَّه
نُور " أَيْ
ضِيَاء ;
قِيلَ
: الْإِسْلَام
, وَقِيلَ :
مُحَمَّد
عَلَيْهِ
السَّلَام ;
عَنْ
الزَّجَّاج
. Telah datang kepada kamu Nur dari Allah, iaitu cahaya,
dikatakan “Islam”, dan dikatakan :Muhammad s.a.w
dari al-Zajjaj.Dan “kitab” itu dikatakan Qur’an. Dalam
“Tafsir al-Tabari” “nur” : telah datang kepada kamu wahai ahli Taurat
dan Injil Nur dari Allah, yakni Nur itu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa
sallam yang dengannya dicerahkan kebenaran dizahirkan Islam dan dihapuskan
kesyirikan. قَدْ
جَاءَكُمْ
يَا أَهْل
التَّوْرَاة
وَالْإِنْجِيل
مِنْ
اللَّه
نُور , يَعْنِي
بِالنُّورِ
مُحَمَّد
صَلَّى
اللَّه
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
, الَّذِي
أَنَارَ
اللَّه بِهِ
الْحَقّ ,
وَأَظْهَرَ
بِهِ
الْإِسْلَام ,
وَمَحَقَ
بِهِ
الشِّرْك Dalam
“Tafsir ibn Kathir” tentang ayat ini (5.15)
dinyatakan: قَدْ
جَاءَكُمْ
مِنْ اللَّهِ
نُورٌ
وَكِتَابٌ
مُبِينٌ
" يَقُول
تَعَالَى
مُخْبِرًا
عَنْ
نَفْسِهِ
الْكَرِيمَةِ
أَنَّهُ قَدْ
أَرْسَلَ رَسُوله
مُحَمَّدًا
بِالْهُدَى
وَدِين
الْحَقّ
إِلَى جَمِيع
أَهْل
الْأَرْض
Telah
datang kepada kamu Nur dari Allah dan kitab yang nyata, Allah taala memberi
khabar berekenaan dengan diriNya sendiri bahawa Ia mengutuskan RasulNya Muhammad
dengan Bimbingan Hidayat dan Agama yang hak kepada semua ahli bumi. Berkenaan
dengan ayat 119
Surah al-Syu’ara’ وَتَقَلُّبَكَ
فِي
السَّاجِدِينَ
Dan perubahan gerak engkau
di kalangan mereka yang sujud قَالَ
مُجَاهِد
وَقَتَادَة :
فِي
الْمُصَلِّينَ
. وَقَالَ
اِبْن
عَبَّاس : أَيْ
فِي أَصْلَاب
الْآبَاء ,
آدَم وَنُوح
وَإِبْرَاهِيم
حَتَّى
أَخْرَجَهُ
نَبِيًّا .
وَقَالَ
عِكْرِمَة :
يَرَاك
قَائِمًا
وَرَاكِعًا
وَسَاجِدًا
; وَقَالَهُ
اِبْن
عَبَّاس
أَيْضًا Kata
Mujahid dan Qatadah: (perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud)
iaitu di kalangan mereka yang sembahyang.Kata Ibn ‘Abbas : dalam
sulbi-sulbi bapa-bapa kamu (turun temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim, sehingga
Allah keluarkan baginda sebagai nabi (akhir zaman).Kata ‘Ikrimah : Melihat
engkau berdiri, ruku’, sujud; Ibn ‘Abbas juga berpendapat demikian. Dalam
“Tafsir Ibn Kathir” dalam hubungan dengan ayat yang sama terdapat kenyataan: وَتَقَلُّبَكَ
فِي
السَّاجِدِينَ وَقَوْله تَعَالَى
"
وَتَقَلُّبك
فِي
السَّاجِدِينَ
" قَالَ
قَتَادَة "
الَّذِي
يَرَاك حِين
تَقُوم
وَتَقَلُّبك
فِي
السَّاجِدِينَ
" قَالَ فِي
الصَّلَاة
يَرَاك
وَحْدك
وَيَرَاك
فِي الْجَمْع
وَهَذَا
قَوْل
عِكْرِمَة
وَعَطَاء
الْخُرَاسَانِيّ
وَالْحَسَن
الْبَصْرِيّ
وَقَالَ
مُجَاهِد
كَانَ رَسُول
اللَّه
صَلَّى
اللَّه
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَرَى
مِنْ خَلْفه
كَمَا يَرَى
مِنْ أَمَامه
وَيَشْهَد
لِهَذَا مَا
صَحَّ فِي
الْحَدِيث
" سَوُّوا
صُفُوفكُمْ
فَإِنِّي
أَرَاكُمْ
مِنْ وَرَاء
ظَهْرِي "
وَرَوَى
الْبَزَّار
وَابْن أَبِي
حَاتِم مِنْ
طَرِيقَيْنِ
عَنْ اِبْن
عَبَّاس
أَنَّهُ قَالَ
فِي هَذِهِ
الْآيَة
يَعْنِي
تَقَلُّبه
مِنْ صُلْب
نَبِيّ إِلَى
صُلْب
نَبِيّ
حَتَّى
أَخْرَجَهُ
نَبِيًّا . Firman
Allah taala: Dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud.Kata
Qatadah: Dia yang melihat engkau bila engkau berdiri dan perubahan gerak engkau
di kalangan mereka yang sujud” dalam sembahyang Ia melihat engkau keseorangan
dan dalam jemaah.Ini pendapat ‘Ikrimah dan ‘Ata’ al-Khurasani serta Hasan
al-Basri.Kata Mujahid Rasulullah s.a.w. boleh melihat orang di belakang baginda
sebagaimana ia boleh melihat orang yang di
hadapannya. Dan ia menyaksikan bagi yang demikian sebagaimana yang sahih dalam
hadith.’Samakan saf-saf kamu, sesungguhnya aku melihat di belakangku’.Dan
diriwayatkan oleh al-Bazzar danb ibn Abi Hatim dari dua jalan dari ibn “Abbas
bahawa ia menyatakan tentang ayat ini iaitu
‘perubahan gerak baginda dalam sulbi nabi
sampai ke sulbi nabi (yang lain, dari Adam sampai seterusnya) sehingga
Tuhan keluarkan baginda (ke-dunia menjadi penamat sekelian) nabi. Dalam
Tafsir Ruh al-ma’ani karangan al-Alusi rh tentang huraian berkenaan
dengan ayat 5.15 , kenyataannya ialah seperti berikut: (Berkenaan
dengan ayat yang bermaksud :”Telah datang kepada dari Allah nur dan kitab yang
nyata” )-nur yang agung (‘azim), ia cahaya bagi sekelian cahaya (nur al-anwar),
nabi yang terpilih salla’Llahu ‘alaihi wa sallam, dan Qtadah berpegang
kepada pendapat ini, juga (ahli bahasa yang terkenal) al-Zajjaj…Dan tidak jauh
(daripada kebenaran) pada pendapatku bahawa maksud kitab yang nyata itu (juga)
ialah nabi salla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan ‘ataf atasnya adalah seperti
‘ataf yang dikatakan oleh al-Jubba’I (iaitu pada al-Jubbai Mu’tazilah itu
nur dan kitab itu kedua-duanya maksudnya Qur’an)(maka pada al-Alusi,
kedua-duanya itu adalah merujuk kepada nabi Muhammad s.a.w.), dan tidak ada syak
bahawa sebutan itu tiap-tiap satunya adalah kepada nabi ‘alaihis-salatu was-salam
(iaityu Nabi Muhammad), dan kalau anda teragak-agak untuk menerimanya dari segi
ibaratnya, maka biarlah anda menerimanya dari segi isyaratnya (pula)…(jilid
III,hal.369). Dalam
hubungan dengan ayat yang bermaksud :Tidaklah Kami mengutus engkau 9wahai
Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian alam, al-Alusi dalam Tafsir
Ruh al-Ma’ani (jilid IX.hal.99-100) menyatakan seperti berikut: Hakikat keadaan nabi
salla’Llahu ‘alaihi wa
sallam sebagai rahmat untuk semuanya adalah dengan mengambil kira baginda
sebagai perantara (wasitah) untuk limpahan rahmat Ilahi (wasitah al-faid al-Ilahi)
atas sekelian makhluk yang ada (al-mumkinat) daripada permulaan lagi; kerana
itulah maka nurnya adalah perkara yang mula-mula sekali dijadikan Allah ; dalam
hadith ada kenyataan ‘Perkara awal yang dijadikan Allah taala ialah nur nabi
engkau, wahai Jabir,’ dan ada hadith “Allah taala Maha pemberi dan aku
Pembahagi’. (Allah taala al-Mu’ti wa ana al-Qasim). Dalam
“Tafsir Ruh al-Ma’ani” karangan Al-Alusi rh (men.1170 H.), tentang
ayat yang bermaksud “telah datang kepada kamu dari Allah nur dan kitab yang
nyata” (15.15), jilid III.369) terdapat penerangan bahawa “nur itu nur
(yang agung) , nur dari segala nur , dan nabi yang terpilih-salla’llahu
‘alaihi wa sallam- ini pandangan yang dipegang oleh Qatadah, dan al-Zajjaj (ahli
bahasa yang terkenal itu) memilih pendapat ini…Daqn pada sisiku tidak jauh (dari
kebenaran) bahawa yang dimaksudkan nur dan kitab yang nyata itu adalah (kedua-duanya
merujuk kepada ) nabi salla’llahu ‘alaihi wa sallam, dan penyambung yang
digunakan itu adalah seperti penyambung yang dikatakan oleh al-Jubba’I (ulama
Mu’tazilah yang terkenal itu) (pada
al-Jubba’I kedua-dua nur dan kitab itu merujuk kepada Qur’an , adapun pada
al-Alusi kedua-duanya merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w.), dan mungkin anda
merasa teragak-agak untuk menedrima pendapat ini dari segi ibaratnya, maka
biarkanlah itu jadinya dari segi isyarat (iaitu kalau anda tidak boleh menerima
pendapat saya ini dari segi ibaratnya biarlah itu boleh diterima dari segi
isayaratnya)…” (ibid.III.369). Dalam
kitab yang sama,(Ruh al-Ma’ani, juz IX.100) berhubung dengan ayat yang
bermaksud “Tidaklah kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai
rahmat untuk sekelian alam”, beliau memberi huraian dengan katanya :”Hakikat
keadaan Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semua yangt
wujud (“lil-jami’”) itu ialah dengan iktibar bahawa baginda adalah
penengah –wasitah- bagi limpahan rahm at Ilahi (“wasitah al-faid al-ilahi”)
atas sekelian makhluk (“al-mumkinat”)
dari awalnya, dan itu ialah kerana nur baginda salla’Llahu ‘alaihi wa
sallam adalah makhluk yang paling awal ; maka dalam hadith dinyatakan “perkara
awal yang dijadikan Allah taala ialah nur nabi engkau wahai Jabir…”
dan datang hadith yang menyebut “Allah ta’ala adalah Maha pemberi dan
aku adalah Pembahagi”.Di kalangan ulama sufiah –Allah menyucikan asrar
mereka- ada terdapat huraian
berkenaan dengan hal yang demikian itu yang leb ih lagi daripada ini.” Kemudian
al-Alusi rh menukil pendapat ibn al-Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya “ Miftah
al-sa’adah”.Katanya “Kalaulah tidak kerana nubuwwat tidak akan ada
langsung dalam alam ini ilmu yang bermenafaat, amal salih, dan kebaikan dalam
hidup manusia, dan tidak ada asas bagi kerajaan , dan manusia akan berkedudukaun
seperti haiwan dan binatang buas serta anjing yang memudaratkan, yang
setengahnya berseteru dengan yang lainnya. Maka
setiap perkara kebaikan pada alam ini adalah daripada kesan nubuwwah , dan
tiap-tiap keburukan yang berlaku dalam alam atau yang akan berlaku adalah
dengan sebab terselindungnya kesan nubuwwah dan pengarjian
tentangnya.Maka alam ini adalah seumpamna jasad dan rohnya ialah nubuwwah, maka
tanpa rohnya jasad itu tidak akan
ada dokongannya; kerana itu (bila tidak ada langsung kesan nubuwwah dan
pengajiannya ) buminya akan bergoncang, makhluk yang berada di atasnya akan
binasa, maka tidak ada dokongan untuk hidup alam melainkan dengan kesan-kesan
nubuwwah (iaitu pengajaran daripadanya). (“Ruh al-Ma’ani”.juz
9, hal.100). Dalam
kitab yang sama, tentang ayat yang bermaksud “gerak-gerimu di kalangan mereka
yang sujud” (al-Shu’ara.217-219) , selain daripada maksud bahawa nabi
beregerak di kalangan mereka yang sembahyang, dengan da’wahnya dan
lainnya, pengarang “Ruh al-Ma’ani” (jilid X.hal.135)
menerangkan bahawa: “dan daripada ibn Jubair bahawa maksud mereka
itu ialah para anbia ‘a.s.s. , dan makna “melihat gerak-geri engkau
sebagaimana gerak-geri mereka yang selain daripada engkau dari kalangan para
anbia ‘a.s. dalam mereka menyampaikan apa yang diperintahkan kepada mereka,
sebagaimana yang kamu lihat”, dan tafsir tentang “mereka yang sujud” itu
para anbia, diriwayatkan oleh satu jemaah, antara mereka ialah Tabarani, al-Bazzar,
dan Abu Nu’aim , dari ibn ‘Abbas juga , melainkan bahawa beliau itu –Allah
meredhainya- menafsirkan “gerak-geri engkau
di kalangan mereka” itu sebagai bermakna berpindah-pindahnya baginda (sebagaqi
Nur Muhammad-uem) dalam sulbi-sulbi mereka sehingga bondanya melahirkannya –alaihis-salatu
wassalam- …’(ibid.X.135)
Dalam
Tafsir al-Wajiz fi Tafsir al-Qur’an al-‘Aziz karangan al-Imam Abul-Hasan ‘Ali bin Ahmad al,-Wahidi
(men.468 H.) berkenaan dengan ayat yang bermaksud Telah datang kepada kamu
dari Allah cahaya dan Kitab yang nyata, katanya nur ya’ni Nabi
salla’Llahu ‘alaihi wa sallam dan Kitab yang nyata ya’ni Qur’an
…(Jilid II hal.196. Demikian
juga dalam Al-Tafsir al-Munir li-Ma’alim al-Tanzil al-Musamma Mirah Labid
li-Kashfi Ma’na Qur’an Majid oleh
Shaikh Nawawi al-Bantani (dan beliau ulama Nusan tara, dari Bentan yang terkenal
dalam abad ke-19) -di tepinya Tafsir
al-Wajiz karangan al-Wahidi- jilid II hal. 196 ada dinyatakan: Ayat
yan g bermaksud Telah datang (…dari Allah kepada kamu nur) yaitu Rasul
iaitu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam ( dan Kitab yang nyata) iaitu
Qur’an… Dan
dalam Tafsir yang sama, berhubungan dengan ayat yang bermaksud :dan
pergerakan kamu di kalangan mereka yang sujud,yaitu Ia melihat gerak-geri kamu
dalam sembahyang dengan kiyam dan ruku’ dan
sujud serta duduk bersama-sama mereka yang semb ahyang bila engkau
menjadi imam dalam berjemaah dengan mereka , dan dikatakan dan Ia melihat engkau
berpindah –pindah dalam sulbi para mu’minin dan mu’minat , semenjak dari Adam dan Hawa sampai kepada
‘Abdullah dan Aminah ; maka semua nenek moyang dan ibu bapa penghulu kita
Muhammad saqlla’Llahu ‘alaihi wa sallam lelaki dan perempuan,
tidak termasuk syirik ke dalamdiri mereka
kesyirikan selama mana Nur Muhammad (al-Nur al-Muhammadi)
dalam lelaki dan perempuan itu, maka bila berpindah (nur itu) daripadanya
kepada orang yang kemudiannya, maka m ungkin orang itu menyembah yang selain
daripada Allah, dan Azar (bapa nabi Ibrahim)
tidak menyembah berhala melainkan selepas berpindah Nur itu kepada
Ibrahim, adapun sebelum berpindahnya (kepada Ibrahim) ia tidak menyembah selain
dari Allah…(ibid.II.119). Hadith berkenaan dengan Nur: Tentang
hadith berkenaan dengan Nur itu antara yang boleh dikemukakan ialah: Dalam
Kitab “Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘Amman Ishtahara min al-Ahadith
‘Ala Alsinatin-Nas’ oleh al-‘Ajluni (men.1162 Hijrah): (827
– أول ما
خلق اللهُ
نورُ نبِيكِ
يا جابر –
الحديث رواه
عبد الرزاق
بسنده عن جابر
بن عبد الله
بلفظ قال قلت:
يا رسول الله،
بأبي أنت
وأمي، أخبرني
عن أول شيء
خلقه الله قبل
الأشياء.
قال: يا
جابر، إن الله
تعالى
خلق قبل
الأشياء نور
نبيك من نوره،
فجعل ذلك
النور يدور
بالقُدرة حيث
شاء
الله، ولم يكن
في ذلك الوقت
لوح ولا قلم
ولا جنة ولا
نار ولا ملك
ولا سماء ولا
أرض ولا شمس
ولا قمر ولا
جِنِّيٌ ولا
إنسي، فلما
أراد الله أن
يخلق الخلق
قسم ذلك
النور أربعة
أجزاء: فخلق
من الجزء
الأول القلم،
ومن الثاني
اللوح،
ومن
الثالث
العرش، ثم قسم
الجزء الرابع
أربعة أجزاء،
فخلق من الجزء
الأول
حَمَلَة العرش،
ومن الثاني
الكرسي، ومن
الثالث باقي
الملائكة، ثم
قسم الجزء
الرابع أربعة أجزاء:
فخلق من الأول
السماوات،
ومن الثاني
الأرضين، ومن
الثالث الجنة
والنار،
ثم قسم
الرابع أربعة
أجزاء، فخلق
من الأول نور
أبصار
المؤمنين،
ومن الثاني
نور
قلوبهم
وهى المعرفة
بالله، ومن
الثالث نور
إنسهم وهو
التوحيد لا
إله إلا الله محمد
رسول الله.
الحديث. كذا
في المواهب.(
Hadith
yang bermaksud: “Yang pertama dijadikan Allah ialah nur Nabi engkau, wahai
Jabir”. Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir bin
‘Abd Allah dengan lafaz: Katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah,
bapa dan bonda hamba menjadi tebusan tuan, beritahu kepada hamba tentang
perkara terawal yang dijadikan Allah sebelum segala sesuatu. Jawab baginda:
Wahai Jabir, sesungguhnya Allah
jadikan sebelum segala sesuatu nur
Nabi engkau daripada NurNya , kemudian Ia jadikan nur itu berkisar dengan kudrat
cara yang dikehendakiNya, walhal dalam masa itu tiada Lauh (Lauh Mahfuz),
tiada Qalam, Syurga dan Neraka, tiada malaikat, langit, bumi, matahari, bulan,
jin dan manusia. Maka bila Allah kehendaki
menjadikan sekelian makhluk ia membahagikan Nur itu kepada empat bahagian,
daripada juzu’ pertama ia jadikan al-Qalam, daripada yang kedua Ia jadikan
Lauh (Lauh Mahfuz), daripada yang ketiga Ia jadikan ‘Arasy, kemudian Ia
membahagikan pula juzu’ yang keempat itu kepada empat bahagi , maka daripada
juzu’ yang pertyama Ia jadikan malaikat penanggung ‘Arasy,
daripada juzu’ yang kedua Ia jadikan Kursi, daripada yang ketiga Ia
jadikan malaikat yang baki lagi.Kemudian Ia membahagikan lagi juzu’ yang
keempat itu kepada empat bahagi yang
pertamanya dijadikan langit-langit, yang keduanya bumi-bumi, yang ketiganya
Syurga dan Neraka.Kemudian yang keempatnya dibahagikan kepada empat bahagian :
yang pertamanya dijadikanNya nur pandangan mata Muslimin, daripada yang kedua
cahaya hati mereka, ia ma’rifat terhadap Allah,daripada yang ketiga
dijadikanNya nur kejinakan mereka (dengan Tuhan) iaitu ‘tiada Tuhan
melainkan Allah, Muhammad Rasulullah’, demikian
hadith dalam “al-Mawahib”( iaitu al-Mawahib al-Laduniyyah karangan
ahli hadith al-Qastallani yang terkenal sebagai rujukan itu). Dan
seterusnya: وقال فيها
أيضا:
واختُلِف هل
القلم أول
المخلوقات
بعد النور
المحمدي أم لا؟
فقال
الحافظ
أبو يعلى
الهمداني:
الأصح أن
العرش قبل
القلم، لِما
ثبت في الصحيح
عن
ابن عمر قال
قال رسول الله
صلى الله عليه
وسلم: قدر
الله مقادير
الخلق قبل
أن يخلق
السماوات
والأرض
بخمسين ألف
سنة، وكان
عرشه على
الماء، فهذا
صريح
في أن
التقدير وقع
بعد خلق
العرش،
والتقدير وقع
عند أول خلق
القلم، فحديث<صفحة
311> عبادة
بن الصامت
مرفوعا "أول
ما خلق الله
القلم، فقال
له أكتب، فقال
رب
وما أكتب؟
قال أكتب
مقادير كل شيء"
رواه أحمد
والترمذي
وصححه. وروى
أحمد
والترمذي
وصححه أيضا من
حديث أبي رزين
العقيلي
مرفوعا: إن
الماء خلق قبل
العرش. وروى السدي
بأسانيد
متعددة إن
الله لم يخلق
شيئا مما خلق
قبل الماء،
فيجمع بينه
وبين
ما قبله
بأن أولية
القلم
بالنسبة إلى
ما عدا النور
النبوي
المحمدي
والماء
والعرش
انتهى Ia
menyatakan berkenaan dengan yang demikian juga: Diperselisihkan adakah Qalam
makhluk terawal selepas daripada nur Muhammad atau tidak? Al-Hafiz Abu Ya’la
al-Hamadani : yang asah ialah ‘Arasy sebelum daripada Qalam, mengikut riwayat
yang sabit dalam kitab “Sahih” dari ibn ‘Umar; katanya : Sabda Rasulullah
s.a.w :Allah menentukan takdir bagi sekelian makhluk sebelum Ia menjadikan
langit-langit dan bumi lima puluh ribu tahun, ‘Arasynya atas air; ini sarih
atau nyata dalam perkara takdir berlaku selepas daripada penciptaan ‘Arasy;
takdir ada pada awal mula tercipta Qalam; maka hadith ‘Ub adah bin al-samit ,
marfu’, “Awal diciptakan Allah ialah Qalam, kemudian Ia
berfirman: Tulislah, kata Qalam: Apakah yang hamba (hendak) tulis?
FirmanNya, “Tulislah takdir segala sesuatu” (Riwayat oleh Ahmad dan
Tirmidhi; dianggapnya sahih). Dan diriwayat oleh Ahmad dan Tirmidhi, dianggapnya
sahih juga, dari hadith Abu Razin al-‘Uqaili, marfu’, “Bahawa air dicipta
sebelum daripada ‘Arasy”. Dan
al-Suddi meriwayatkan dengan sanad-sanad yang berbilang bahawa Allah tidak
menjadikan sesuatu sebelum daripada penciptaan air, maka boleh dihimpunkan
antgara ini dan apa yang sebelumnya bahawa keawalan Qalam dalam hubungan dengan
yang selain daripada Nur Muhammad, Air, dan ‘Arasy.Habis. Dan
yang menyebut kejadian yang pertama
itu “al-Qalam” ialah: 824–
أول
ما خلق الله
القلم.
رواه
أحمد
والترمذي
وصححه عن
عبادة بن
الصامت
مرفوعا
بزيادة فقال
له أكتب، قال
رب وما أكتب؟
قال أكتب
مقادير كل
شيء،
قال ابن
حجر في
الفتاوى
الحديثية قد
ورد أي هذا
الحديث بل صح
من طرق، وفي
رواية
إن الله
خلق العرش
فاستوى عليه،
ثم خلق القلم
فأمره أن يجري
بإذنه، فقال
يا
رب
بم أجري؟
قال بما أنا
خالق وكائن في
خلقي من قطر أو
نبات أو نفس أو
أثر أو
رزق أو أجل،
فجرى القلم
بما هو كائن
إلى يوم
القيامة،
ورجاله ثقات
إلا الضحاك
بن مزاحم
فوثقه ابن
حبان وقال لم
يسمع من ابن
عباس، وضعفه
جماعة، وجاء
عن ابن
عباس
رضي الله
عنهما موقوفا
عليه: إن أول
شيء خلقه الله
القلم، فأمره
أن يكتب كل
شيء ورجاله
ثقات، وفي
رواية لابن
عساكر مرفوعة
إن أول شيء
خلقه الله
القلم، ثم خلق
النون، وهي
الدواة، ثم
قال له اكتب ما
يكون أو ما هو
كائن –
الحديث وروى ابن
جرير أنه صلى
الله عليه
وسلم قال {ن
(في الأصل
(نون) مكان
(ن))
والقلم
وما يسطرون}
قال لوح من
نور، وقلم من
نور، يجري بما
هو كائن إلى
يوم
القيامة
انتهى 824.
Perkawa terawal dijadikan Allah ialah Qalam. Riwayat Ahmad dan Tirmidhi, dikatakannya sahih,
dari ‘Ubadah bin al-samit, marfu’, dengan tambahan , Ia
berfirman:”Tulislah”, kata (Qalam)”Apakah yang hamba (akan) tulis?”
FirmanNya:”Tulislah takdir segala sesuatu”. Kata
ibn Hajar dalam “al-Fatawi al-hadithah” :”Datang riwayat , iaitu hadith
ini, bahkan ia sahih daripada beberapa jalan, dan dalam riwayat “Allah
menjadikan ‘Arasy kemudian Ia beristiwa atasnya, kemudian Ia menjadikan Qalam,
kemudian Ia memerintah supaya menulis dengan izinNya, katanya: Apakah yang hamba
(akan) tulis? FirmanNya :tentang apa yang Aku jadikan dan yang ada dalam
makhlukKu, terdiri daripada titik hujan, tumbuhan, nafas, bekas, rizki, atau
ajal; maka Qalampun menulis tentang
apa yang ada sampai ke Hari Kiiamat. Rijalnya atau periwayatnya adalah mereka yang dipercayai (rijaluhu thiqat), melainkan Qahhak
bin Muzahim, tetapi ibn Hibban menganggapnya boleh dipercayai, katanya ia tidak
mendengar daripada ibn ‘Abbas, dan satu kelumpuk menganggapnya dhaif; dan
datang riwayat daripada ibn ‘Abbas –Allah meredhai keduanya-maukuf atasnya:
Perkara awal yang dijadikanNya Qalam,
kemudian Ia menyuruhynya menulis; para periwayatnya boleh dipercayai (rijaluhu
thiqat). Dan dalam riwayatn ibn ‘Asakir, marfu’, bahawa
perkarea awal yang dijadikan Allah ialah Qalam, kemudian “Nun”, bekas
dakwat, kemudian firmanNya, Tulislah, apa yang akan ada dan yang ada. Dan
diriwayatkan oleh ibn Jarir b ahawa baginda s.a.w. bersabda: Nun, , Demi Qalam
dan apa yang mereka tulis.katanya: Lauh daripada nur, Qalam daripada nur, yang
menulis tentang apa yang ada sehingga hari Kiamat. Seterusnya
dalam teks yang sama ada riwayat seperti berikut: وفى النجم
روى الحكيم
الترمذي عن
أبي هريرة أن
أول شيء خلق
الله القلم،
ثم خلق النون
وهي
الدواة، ثم
قال له أكتب،
قال وما أكتب،
قال أكتب ما
كان وما هو
كائن إلى
يوم
القيامة وذلك
قوله تعالى
{ن
والقلم وما
يسطرون} ثم
ختم على فم
القلم فلم
ينطق ولا ينطق
إلى يوم
القيامة، ثم
خلق الله
العقل، فقال
وعزتي وجلالي
لأكْمِلَنَّكَ
فيمَن
أحببتُ،
ولأنْقُصَنَّكَ<صفحة
309>
فيمن
أبغضت، وقال
اللقاني (في
الأصل (اللاقاني))
في شرح جوهرته:
القلم
جسم
نوراني خلقه
الله، وأمره
بِكَتْبِ ما
كان وما يكون
إلى يوم
القيامة،
وتمسك عن
الجزم بتعيين
حقيقته، وفي
بعض الآثار
أول شيء خلقه
الله القلم،
وأمره أن
يكتب كل
شيء، وفي
بعضها إن الله
خلق اليراع،
وهو القصب ثم
خلق منه
القلم، وفي
رواية
أول شيء كتبه
القلم أنا
التواب أتوب
على من تاب
انتهى. Dalam “al-Najm”, al-Hakim al-Tirmidhi
meriwayatkan dari Abu Hjurairah, bahawa “Perkara awal yang dijadikan Allah
ialah Qalam; kemudian Nun, iaitu Bekas Dakwat, kemudian firmanNya; Tulislah,
katanya :Apakah yang hamba (akan) tulis? FirmanNya : Tulislah apa yang ada, dan
yang akan ada sampai ke Hari Kiamat.Itulah firmannya:Nun.Demi Qalam dan apa yang
mereka tulis.Kemudian dikhatamkan atas mulut Qalam, lalu ia tidak berkata-kata,
tidak berkata-kata sampai Kiamat.Kemudian Allah jadikan akal, Kemudian
firmanNya; Demi KekuasaanKu dan KehebatranKu, Aku akan sempurnakan engkau dalam
kalangan yang aku kasihi.Dan aku akan kurangkan engkau dalam kalangan mereka
yang aku murkai. Kata al-Laqqani dalam Syarah Jauharahnya: Qalam
adalah jisim nurani (daripada nur), yang dijadikan Allah, lalu Ia perintahkan
supaya ia menulis apa yang ada dan yang akan ada sampai Kiamat; ia tidak
menjazamkan untuk menentukan hakikatnya; dalam setengah athar, perkara terawal
yang Allah jadikan ialah Qalam, kemudian diperintahnya menulis tiap-tiap
sesuatu, dalam setengah athar Allah menjadikan “yara” (seperti Qalam), atau
Qasab, seperti Batang, kemudian dijadikan daripadanya Qalam.Dalam satu riwayat perkara
awal yang ditulisman oleh Qalam ialah
‘Aku Maha penerima taubat, Aku menerima taubat mereka yang bertaubat’.Habis.
(al-‘Ajluni,
dalam “Kashf al-Khafa’ wa
Muzil al-Ilbas…”,
http://www.alelman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=143&CID=22#s1)
Dalam
Kitab “Nazm al-Mutanathir min al-Hadith al-Mutawatir” oleh Imam
Muhammad bin Ja’far al-Kattani rh, dalam ‘kitab al-iman sampai kitab
al-manaqib’, no.194 di bawah hadith:”awwalu ma khalaqa’Llah”, terdapat
kenyataan: -
ذكر
الأمير في
مبحث الوجود
من حواشيه على
جوهرة
اللقاني أنها
متواترة.
(قلت)
ورد
في بعض
الأحاديث أن
أول ما خلق
اللّه (1)
النور
المحمدي وفي
بعضها (2) العرش
في بعضها
(3) البراع
أي القصب وصح
حديث أول ما
خلق اللّه
(4)
القلم
وفي غيره أول
ما خلق اللّه
(5) اللوح
المحفوظ وجاء
بأسانيد
متعددة
(6)
أن الماء لم
يخلق قبله شيء
وفي بعض
الأخبار
(7) أن أول
مخلوق الروح
وفي
بعضها (8)
العقل إلا أن
حديث العقل
فيه كلام
لأئمة الحديث
بعضهم يقول هو
موضوع وبعضهم
ضعيف فقط* وأجيب
عن التعارض
الواقع فيها
بأن أولية
النور
المحمدي
حقيقية وغيره
إضافية نسبية
وأن كل واحد
خلق قبل ما هو
من جنسه
فالعرش Al-Amir
dalam bahas berkenaan dengan wujud, dalam syarahnya ke atas “Jauharah
al-Laqqani”, bahawa hadith tentang itu m utawatir.Pen garang itu menyatakan
bahawa ia berkata); Datang
riwayat dalam setengah hadith tentang perkara
awal yang dijadikan itu
(1)Nur Muhammad, dalam setengahynya (2) ‘Arasy, dalam setengahnya pula (3)
“al-yara “ iaitu qasab, Batang, dan sah hadith tentang perkara awal yang
dijadikan Allah Qalam, dalam yang lain dinyatakan awal yang dijadikan Allah (4)
Qalam, dalam yang lain pula awal dijadikanNya ialah (5) alo-lauh al-mahfuz, dan
danatng dalam berbilang sanad bahawa ia (6) Air, dan tidak dijadikan sesuatu
sebelum daripadanya; dalam setengah riwayat (al-akhbar) ia (7) awal makhluk
ialah ruh, dalam setengahnya (8) ‘Akal, melainkan hadith tentang akal di
dalamnya ada kenyataan para imam hadith, setengahnya menyatakan maudhu’,
setangahnya menyatakjan daif sahaja. Katanya:
boleh dijawab berkenaan dengan percanggahan yang ada ini, bahawa nur
Muhammad itu awal hakiki, yang lainnya awal secara idafi, atau bandingan, secara
nisbah, tiap-tiap satu daripada (yang lainnya ) dijadikan sebelum daripada yang
terdiri daripada jenisnya; maka ‘Arasy sebelum daripada jisim-jisim yang
kasar, akal sebelum daripada jisim-jisim yang halus
(latif), ‘yara’ awal daripada makhluk tumbuhan (nabatiah),
demikianlah.Allah Maha Mengetahui.
( Dari “Nazm al-Mutanathir min al-hadith al-Mutawatir”, dari
kitab al-iman sampai kepada kitab al-manaqib, -491 dalam http://www.al-eman.com/Islamlib/viewchp.asp?BID=144&CID=10#s7
) Dalam
“Al-Mawahib al-Ladunniyyah bil-Minah al-Muhammadiyyah” (2 jilid),
karangan Ahmad bin Muhammad bin Abu Bakr al-Khatib al-Qastallani (men.923
Hijrah) , dalam jilid pertama halaman 5 terdapat kenyataan: Ketahuilah
wahai pembaca yang mempunyai akal yang sejahtera dan yang bersifatdengan
sifat-sifat kesempurnaan dan kelengkapan –mudah-mudahan Allah memberi taufik
kepadaku dan kepada anda-dengan hidayah kepada Jalan Yang Lurus bahawa
sesungguhnya bila berlakulah (lit.bergantunglah) Iradat Allah taala untuk
mengadakan makhluknya dan menentukan rezekinya, maka Ia menzahirkan hakikat
Muhammadiyyah daripada Nur-Nur Samadiyyah dalam hadhrat Ahadiyah(Nya) , kemudian
Ia menjadikan alam-alam, semua sekali, alam tingginya dan alam rendahnya dalam
rupa bentuk hukumNya sebagaimana yang telah terdahulu ada dalam IradatNya dan
IlmuNya yang terdahulu (dari Azali lagi), kemudian Ia mem beritahu tentang
kenabiannya dan berita baiknya dengan kerasulannya ini, walhal Adam masih belum
ada, sebagaimana yang dinyatakannya bahada Adam adalah antara ruh dan jasad. Kemudian
terpancarlah daripadanya –salla’Llahu ‘alaihi wa sallam- ‘ain sekelian
arwah, maka zahirlah Al-Mala’ al-A’la dengan mazhar yuang paling hebat, maka
bagi mereka itu ada jalan yang paling manis, ia salla’Llahu ‘alaihi wa
sallam, jenis tinggi, mengatasi segala jenis m akhluk, ia Bapa Tearagung bagi
sekelian yang maujud dan manusia (sekelian). Maka
bila habislah masa dengan nama batinnya, dalam hubungan dengan hak salla’Llahu
‘alaihi wa sallam (untuk ) wujud dalam rupa jisimnya, dan berkaikt ruh dengan
jasadnya, berpindahlah hukum zaman kepada nama zahirnya, maka zahirlah Muhammad
salla’llahu ‘alaihi wa sallam dengan
keseluruhan jasad dan ruhnya walaupun terkemudian jasadnya (zahir) anda
mengetahui tentang nilainya, (iaitu) ia adalah khizanah atau perbendahraan
rahasia dan pusat berlakunya perintah; maka tidak lulus perintah melainkan
daripadanya; tidak berpindah kebaikan melainkan daripadanya…Dikeluarkan
riwayat hadith oleh Imam Muslim dalam kitab ‘Sahih’nya dari hadith
‘Abdullah bin ‘Umar dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda:
‘Sesungguhnya Allah menentukan takdir bagi sekelian makhluk sebelum Ia
menjadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun, dan ‘ArasyNya di atas
air …Dan
dari “Irbad bin Sariyah dari Nabi s.a.w. ‘Sesungguhnya aku di sisi Allah sebagai
khatam al-Nabiyyin-penutup sekelian nabi-walhal Adam masih terbujur dalam
tanahnya(sebelum roh ditiupkan ke dalamnya);’ riwayat Ahmad dan Baihaqi serta
al-Hakim.Kata al-Hakim isnadnya sahih.
Seterusnya
kata beliau :Dari Maisarah al-Dabbi
katanya, bahawa katanya: ‘Aku berkata, wahai rasulul.lah, bilakah tuan hamba
menjadi nabi? jawabnya s.a. w. bersabda: ‘ Waktu Adam masih antara ruh dan
jasad.’ Ini lafaz riwayat Ahmad dan al-Bukhari dalam ‘;Tarikh’nya serta
Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah”, al-Hakim menyatakan ia sahih. Selepas
menyebut beberapa hadith lagi berkenaan dengan tajuk ini, Qastallani memberi
huraian berkenaan dengan maksud hadith-hadith itu katanya: Maka
boleh diihtimalkan hadith itu (tentang Nabi Muhammad sudah nabi walhal Adam
masih antara roh dan jasad) serta dengan riwayat al-‘Irbad bin Sariyah
tentangt wajibnya kenabian bagi baginda dan sabitnya , kemudian zahirnya pula ke
alam nyata.Sesungguhnya penulisan( al-kitabah) digunakan dalam sesuatu yang
wajib; firman Allah ta’ala (maksud)’Diwajibkan atas kamu (lit.dituliskan)
puasa ‘ dan ‘Allah mewajibkan (lit.Allah menulis) bahawa Aku akan
benar-benar mengatasi’.Dan dalam hadith dari Abu Hurairah (dinyatakan) bahawa
mereka (iaitu para Sahabat) bertanya
bilakah diwajibkan kenabian bagi tuan hamba? Baginda menjawab:’(Waktu) Adam
masih antara roh dan jasad’.Riwayat Tirmidhi , katanya hadith hasan
sahih. Kemudian
Qastallani menyebut riwayat dalam ‘Amali ibn
Sahalal-Qattan’ dari Sahal ibn Salih al-Hamadhani katanya: Aku
bertanya kepada Abu Ja’far Muhammad bin ‘Ali bagaimana
nabi Muhammad menjadi nabi yang mendahului para anbia walhal baginda
terakhir dibangkitkan.Kata beliau: ‘Sesungguhnya
Allah ta’ala –bila Ia men gambil dari anak Adam dari zuriat mereka
dari belakang merekadan menjadikan mereka menjadi saksi atas diri mereka,
‘Tidakkah Aku Tuhan kamu?’ adalah nabi Muhammad orang yang pertama
yang mengatakan ‘Ya, ‘ kerana itu baginda menjadi terdahulu darei
sekelian anbia walhal ia terakhir dibangkitkan (dalam sejarah dunia).
Kalau anda berkata: ‘Nubuwwah adalah satu sifat yang mesti ada orang
yang disifatkan itu, walhal sesungguhnya beliau itu ada hanya selepas sampai
umnur empat puluh tahun, maka
bagaimanakah disifatkan beliau itu sebelum wujudnya dan sebelum
ia diutus sebagai rasul? Maka boleh diberikan jawapan bahawa
al-Ghazali dalam’ kitab al-nafkh wa al-taswiyah’ berkenaan dengan hal ini
dan berkenaan dengan hadith ‘ Aku nabi terawal dari segi penciptaan dan
terakhir dari segi dbangkitkan (dalam sejarah), bahawa maksud ‘penciptaan’
(al-khalq) di sini ialah takdir atau penetapan bukannya mengadakan
(‘’al-taqdir duna al-ijad’) ; maka baginda itu sebelum bondanya
melahirkannya tidak wujud sebagai makhluk, tetapi (wujud) dalam bentuk
matlamat-matlamat dan aspek-aspek kesempurnaan (‘al-ghayat wa al-kamalat’)
yang mendahului dalam takdir yang mengikutinya dalam wujud.Inilah makna
kata-kata mereka (yang bijaksana):’Awal fikiran ialah akhir amalan, dan akhir
amalan adalah awal fikiran” (‘awwal al-fikrah akhir al-‘amal wa akhir
al-‘amal awwal al-fikrah’). Kemudian
dalam memberi huraian tentang perkara ini beliau menyebut berkenaan dengan
jurutera yang mempunyai konsep dan rupa bentuk (‘surah’) awal tentang
bangunan yang hendak dibinanya dalam mindanya, dengan rupa bentuk yang lengkap
sempurna (‘dar kamilah’) ; itulah yang ada dalam ‘takdir’ atau
ketetapannya.Itulah yang ada kemuydiannya yyang
zahir sebagai hasil daripada amalannya.Maka bangunan yang
len gkap sempurna itu yang terawal dalam ‘takdir’nya,
dan itulah yang terakhir dari segi wujudnya.Demikianlah-kiasnya- hadith
‘Aku nabi ‘ itu isyarat kepada apa yang dinyatakan, iaitru nabi dalam
‘takdir’ Ilahi sebelkum sempurna penciptaan Adam a.s., kerana tidaklah
diciptakan Adam melainkan untuk dikeluarkan daripada zuriatnya Mujhammad s.a.w. Kemudian
beliau menyatakan bahawa ‘hakikat ini tidak boleh difahami melainkan dengan
mengetahui bahawa rumah atau bangunan itu ada dua wujud, satu wujud dalam minda
jurutera dan otaknya, dan ia melihat kepada rupa bentuk rumah di luar daripada
minda dalam zat-zat (al-a’yan’) dan
wujud zihin adalah sebab bagi wujud yang zahir di luar zihin yang boleh
dipandang dengan mata, dan itu mesti mendahului.Demikianlah- hendaklah anda
ketahui- bahawa Allah menentukan takdir , kemudian Ia mengadakan mengikut persepakatan dengan takdir…(Dalam
‘al-Mawahib
al-Laduniyyah’juz I hal.7). Selepas
daripada ini beliau menyebut hadith-hadith berkenaan dengan awalnya Nur Muhammad
s.a.w. dan bagaimana perkara-perkara lain dijadikan daripadanya.(Al-Mawahib
al-laduniyyah,juz I hal 7 dst) . Tentang
kedudukan ‘Abd al-Razzaq sebagai sandaran tentang hadith berkenaan dengan Nur
Muhammad s.a.w. sebagai punca
penciptaan segala, itu nampaknya tidak menjadi masalah, memandangkan antaranya
al-Bukhari mengambil daripadanya 120
riwayat dan Muslim mengambil 400 riwayat. (GF Haddad, “Light of the Full
Moon”, dalam http://www.abc.se/~m9783/fiqhi/fiqha_e30.html). Dalam
hubungan dengan ‘Abd al-Razzaq, ada kenyataan dalam kitab Al-Risalah al-Mustatrafah li Bayan Mashhur Kutub al-Sunnah
al-Musharrafah,karangan Maulana al-Imam al-Sayyid Muhammad Ja’far
al-Kattani (Maktab al-Kulliyat al-Azhariyyah-Qahiran, tranpa tarikh) pada
halaman 13 bahawa Musannaf Abi Bakr ‘Abd al-Razzaq bin Humam bin Nafi’
al-Humairi meninggal tahun 211 Hijrah adalah lebih kecil daripada Musannaf ibn
Abi Shaibah,disusun mengikut kiktab-kitab dan bab-bab.Dan Jami’ ‘Abd
al-Razzaq yang selain daripada ‘Musannaf’ adalah kitab yang terkenal jami’
yang besar dan kebanyakan daripada hadith-hadithnya dikeluarkan oleh Syaikhan
(Bukhari dan Muslim) dan empat imam hadith Dengan itu beliau menerima ‘Abd
al-Razzaq dengan baik sebagai muhaddith.. Seterusnya,
dalam kitab Al-Shifa
karangan Qadhi ‘Iyad rahimahu’Llah , terdapat kenyataan dari Ibn ‘Abbas
rd. bahawa nabi s.a.w. adalah ruhnya
itu berada di sisi Allah sebelum Ia menjadikan Adam a.s.
selama dua ribu tahun, bertasbih nur
itu sebagai malaikat bertasbih; daripadanya dijadikan Adam a.s.Bila Adam
dijadikan maka nur itu diletakkan pada sulbinya.Sabda nabi s.a.w.Kemudian
Allah turunkan aku ke bumi dalam sulbi Adam , kemudian dijadikan aku dalam sulbi
Nuh, sulbi Ibrahim, kemudian tidak berhenti-henti Allah memindahkan aku dari
sulbi-aulbi mereka yang mulia-mulia dan rahim-rahim para wanita yang suci,
sehinggalah Ia keluarkan daku dari kedua ibu bapaku, yang mereka itu tidak
terkena kekejian sedikitpun.Yang men jadi saksi tentang sahihnya kisah dan
khabar ini ialah sya’ir al-‘Abbas yang masyhur yang memuji nabi s.a.w.(Kitab
al-Shifa, oleh Qadhi ‘Iyad, I, hal.83). Dalam
hubungan dengan ayat yang bermaksud :”dan
mengetahui tentang gerak-geri engkau dalam kalangan mereka yang sujud”, kata ibn ‘Abbas rd maknanya “dari
seorang nabi kepada seorang nabi sehingga Aku keluarklan engkau sebagai nabi (di
zaman engkau dibangkitkan).” (Qadi ‘Iyad, al-Shifa,
I.halaman 15-16). Dalam
hubungan dengan ayat yang bermaksud: Allah
adalah cahaya langit dan bumi ,
kata Ka’b al-Akhbar dan ibn Jubair maksud nur yang kedua itu, iaitu mithalan bagi nurnya,
ialah Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam.Maka mithalan
bagi nurnya ialah Nur Muhammad s.a.w.Ia di pertaruhkan ke dalam sulbi-sulbi para
anbia seperti ceruk cahaya (ka mishkat) sifatnya sedemikian, dan lampu
(al-misbah) adalah kalbunya, kaca (al-zujajah) ialah dadanya: iaitu ia seumpama
bintang kerana apa yang ada padanya terdiri daripada iman dan hikmah
kebijaksanaan , yang dinyalakan daripada pokok yang diberkati, iaitu daripada
Nur Ibrahim ‘alaihis-salam; diumpamakan sebagai pokok yang diberkati;
hampir-hampir minyaknya menyala iaitu hampiur-hampir nubuwwah nabi Muhammad itu
…nyata kepada manusia sebelum daripada kata-katanya, seumpama
minyak…(al-Shifa,I.hal.17-18). Berhubungan
dengan nur nabi ini dinyatakan dalam Al-Shifa.I.366: Daripada
yang demikian itu ialah zahir tanda-tanda pada waktu kelahiran Nabi s.a.w.
dan apa yang dikisahkan oleh bondanya dan apa yang ada pada wakltu itu
yang ajib-ajib , bagaimana ia mengangkat kepalanya waktu kelahirannya memandang
ke langit , dan ada yang bondanya lihat nur yang keluar sewaktu baginda
dilahirkan ; (juga) apa yang dilihat oleh Umm ‘Uthman ibn Abi al-‘As tentang bintang
turun dan kemunculan nur sewaktu kelahiran baginda sehingga sehingga tidak terlihat melainkan nur, dan kenyataan al-Shafa
Umm ‘Abd al-rahman bin ‘Auf : Bila keluar Rasulullah s.a.w….baginda
Rasulullah s.a.w. …ia mendengar suara ‘Allah memberi Rahmat kepada anda dan
cerah nyata bagiku antara Timur dan barat sehingga aku melihat istana-istana
Rum” (ibid). Dalam
kitab
al-Madkhal oleh ibn al-Hajj terdapat beberapa riwayat berkenaan dengan Nur Muhasmmad ini. Antaranya
terdapat riwayat, iaitu:Dinukilkan
oleh al-Imam ‘Abd al-Rahman al-Siqilli rahimahu’Llahu ta’ala dalam kitab
‘al-dalalat ‘ baginya , yang lafaznya ialah: Sesungguhnya Allah tidak
menjadikan makhluk yang paling dicintai olehNya yang lebih lagi daripada umat
ini; dan tidak ada yang lebih mulia lagi daripada nabinya salla’Llahu
‘alaihi wa sallam; kemudian para nabi selepas daripadanya, kemudian siddiqin,
kemudian para aulia yang terpilih.Dan (berkaitan dengan) demikian itu
sesungguhnya Allah menjadikan Nur Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam
sebelum daripada dijadikan Adam selama dua ribu tahun, dijadikanNya dalam bentuk
tiang di hadapan ‘Arasynya ia bertasbih kepada Allah dan mentakdiskanNya ;
kemudian Ia menjadikan Adam ‘alaihis-salatu was-salam, daripada Nur Muhammad
s.a.w. dan dijadikanNya nur para
nabi ‘alaihimus-salatu wassalam daripada Nur Adam ‘alaihis-salam, habis.
(al-Madkhal ibn al-Hajj.II.28). Seterusnya
dalam al-Madkhal
.II.29 terdapat
riwayat: Al-Faqih
al-Khatib Abu al-Rabi’ memberi isyarat dalam kitabnya ‘Shifa’ al-Sudur’
kepada beberapa perkara yang hebat dan agung; antaranya apa yang diriwayat ,
iaitu bila Allah Yang Maha Bijaksana hendak menjadikan zat nabi salla’Llahu
‘alaihi wa sallam yang diberkati dan such, Ia memerintah Jibril a.s. turun ke
bumi dan membawa dengannya bumi yang menjadi jantung bagi bumi, dengan
kegemilangannya dan nurnya…(sampai kepada penciptaan nur Muhammad) dan nur
Muhammad itu bergemilang di belakang Adam, maka para malaikat berdiri di
belakang Adam melihat nur Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa sallam …kemudian
Adam memohon supaya nur itu diletakkan supaya ia sendiri boleh melihatnya, maka
Allah men jadikan Adam boleh melihatnya…itu dengan isyarat ‘la ilaha
illa’llah’\ Muhammadun Rasulu’Llah dan sembahyang (dengan melihat kepada
jari telunjuknya)…kemudian njur itu diletakkan di dahi Adam kelihatan seperti
matahari dalam pusingan falaknya atau bulan dalam masa penuhnya (al-Madkhal ibn
al-Hajj.II.30) Dalam
kitab yang sama disebut bagaimana pertkara yang mula-mula dijadikan Allah ialah
Nur Muhammad dan kemudian daripadanya dijadikan sekelian yang lainnya. Berhubungan
dengan Nur Muhammad ini terdapat kenyataan dalam kitab Hujjatu’Llah ‘alal-‘Alamin fi
Mu’jizati Sayyidil-Mursalin oleh Syaikh Yusuf al-Nabhani. Katanya: Maka
tidak dikurniakan kemuliaan (‘karamah’) dan kelebihan (‘fadhilah’)
kepada seseorang dari kalangan mereka (iaitu dari kalangan anbia)
melainkan dikurniakan kepada baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam
yang sepertinya. Maka Adam ‘alaihis-salam diberikan Allah kurnia, iaitu ia
dijadikan Allah dengan TanganNya , maka Allah kurniakan pula kepada nabi
Muhammad salla’llahu ‘alaihi wa
sallam pembukaan dadanya dan pengambilannya rapat denganNya dengan melapangkan
dadanya bagi DiriNya dan dijadikan di dalamnya iman dan hikmah kebijaksanaan,
dan ini akhlak nabawi; maka kurniaan kepada Adam khalq wujud (baginya) dan
kepada nabi Muhammad s.a.w. dikurniakan akhlak nabawi walaupun maksud kejadian
Adam adalah penciptaan nabi kita dalam sulbinya; maka penghulu kita Muhammad
s.a.w. adalah maksudnya dan Adam alaihis salam adalah wasilah baginya, dan
maksud mendahului wasilah.Adapun sujud malaikat kepada Adam a.s. , kata Fakhr
al-razi dalam tafsirnya ialah : para malaikat itu diperintah sujud kepada Adam
kerana ada Nur Muhammad s.a.w. pada dahinya. (hal.15 ). Dalam
al-Mustadrak
oleh
al-Hakim rh terdapat beberapa riwayat
berkenaan dengan nur baginda s.a.w. Antaranya ialah: (Diriwayatkan
kepada kami) oleh ‘Ali bin Hamshad al-‘adl secara rencana (imla), Harun bin
‘Abbas al-hashimi meriwayatkan
kepada kami, Jundul bin Waliq meriwayatkan kepada kami, (seterusnya sampai kepada al-‘Abbas rd) bahawa baginda
bersabda: Allah mewahyukan kepada ‘Isa alaihis-salam, wahai ‘Isa, berimanlah
engkau kepada Muhammad dan suruhlah sesiapa yang mendapatkan baginda dari
kalangan umatmu supaya beriman dengannya, kalaulah tidak kerana Muhammad Aku
tidakm menjadikan Adam, kalaulah tidak kerana Muhammad tidak Aku jadikan Adam,
kalaulah tidak kerana Muhammad Aku tidak jadikan Syurga, dan Neraka, Aku jadikan
‘Arasy atas air, kemudian ia bergoncang, maka ditulis atasnya ‘la ilaha
illa’llah Muhammadun Rasulu’Llah, maka iapun tenang. (Ini hadith sahih (kata
al-Hakim) yan g tidak dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim).(al-Mustadrak
al-Hakim II.614-615). Dari
Maysarah al-Fakhr , katanya bahawa ia bertanya kepada Rasulullah “Ya Rasulullah, bilakah tuan hamba menjadi
nabi? Jawabnya: walhal Adam masih antara roh dan jasad.
(al-Mustadrak.II.608-609).Sahih riwayatnya. Dari
Maisarah al-fakhr lagi, katanya bahawa ia bertanya kepada baginda bila baginda
menjadi nabi.Jawabnya (Sewaktu)
Adam masih antara roh dan j asad.Hadith sahih. (al-Mustadrak.II.609.)
Dari
Irbad bin Sariah katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. berkata :Sesungguhnya aku di sisi Allah
pada awal Kitab khatam sekelian anbiya, walhal Adam terbujur dalam jasadnya, aku
akan memberitahu kepada kamu takwilan tentang itu, (aku) adalah do’a bapaku
Ibrahim , berita gembira saudaraku ‘Isa kepada umatnya, dan aku pemandangan
bondaku, yang ia lihat keluar daripadanya nur yang menjadikan terang baginya
istana-istana di Syam. Sahih.(al-Mustadrak.II.600). Berkenaan
dengan yang demikian ada riwayat daripada Khalid bin Ma’dan, dari
beberapa Sahabat nabi s.a.w. bahawa mereka bertanya kepada baginda: Beritaku
kepada kami berkenaan dengan tuan hamba.Baginda menjawab:Aku doa bapaku Ibrahim, berita gembira ‘Isa (kepada umatnya tentang aku akan diutus), dsan bondaku
melihat sewaktu aku dilahirkan keluar daripadanya nur yang menerangi baginya
Busra, dan Busra adalah di negeri Syam.Al-hakim menyatakan Khalid ibn Ma’dan
dari kalangan tabi’in yang sebaik-baiknya
yang bersahabat dengan Mu’adh bin Jabal.sahih pada
al-Hakim.(al-Mustadrak.II.600). Dalam
kitab Jam’
al-Wasa’il fi Sharh al-Shama’il (lit-Tirmidhi) karangan Mulla ‘Ali bin Sultan Muhammad al-Qari rh
(men.1014 H.) ada terdapat beberapa huraian , antaranya: Tentang
kenyataan dalam Shama’il
Tirmidhi
bahawa orang yang melihat nabi tanpa mengenalinya terlebih dahulu terasa sangat
hebat,maka
Mulla ‘Ali al-Qari menghuraikan aspek kehebatan baginda itu katanya: kerana
ada pada baginda sifat jalal dan atasnya ada kehebatan dari sisi Tuhan dan
limpahan kurnia dari alam samawi (sifah al-jalal wa ‘alaihi al-haibah
al-ilahiyyah wal-fuyud al-samawiyyah).(Jam’ al-wasa’il.hal.28).Dan
dalam kitab yang sama dalam kenyataan al-Shama’il bahawa baginda
itu lebih cantik daripada bulan –ahsan minal-qamar-
beliau memberikan huraian katanya :tentangnurnya zahir dalam ufuk-ufuk (alam
zahir) dan alam anfus (diri manusia) dengan tambahan sifat-sifat kesempurnaan
dalam bentuk rupa lahir dan
ma’nawi , bahkan pada hakikatnya tiap-tiap nur dijadikan daripada nurnya
(ma’a ziyadah al-kamalat al-suwariyyah wal-ma’nawiyyah, bal fil-haqiqah
kullu nurin khuliqa min nurih); dan dikatakan dalam hubungan dengan ayat
bermaksud:’Allah adalah cahaya langit dan bumi, dan misalan bagi nurnya-iaitu
nur Muhammad- maka nur wajahnya –s.a.w.- yang sejati, pada zatnya, tidak
terpisah daripadanya sesaatpun malam dan siang, walhal nur bagi bulan muktasab,
dipinjam (daripada cahaya matahari) sekali berkurang dan sekali terselindung.
(jam’ al-Wassa’il Sharah al-Shama’il.hal.47). Dalam
huraian Shaikh al-Munawi rh tentang
baginda itu lebih cantik daripada bulan sebagaimana yang ternyata dalam
kitab Shama’il al-Tirmidhi, beliau menyatakan:itulah wajah baginda
pada sisi tiap-tiap orang ; dan dalam riwayat ibn al-Jauzi dan lainnya
dari Jabir juga ‘pada mataku’ ganti bagi ‘pada sisiku’ (‘indi’) ;
dalam riwayat Abu Nu’aim dari Abu Bakr adalah wajah baginda itu seumpama pagar
atau kandungan bulan (‘daratul-qamar’) dan bagi riwayat Darimi dari
al-Rabi’ binti al-Mu’awwidh katanya : Aku melihatnya aku mel,ihat mnatahari
sedang naik memancar.Dalam riwayat ibn al-Mubarak dan ibn al-jauzi dari ibn
‘Abbas bahawa baginda tidak ada baying (‘lam yakun lahu zill’), dan
baginda tidak berdiri dalam matahari melainkan cahaya b aginda mengatasi cahaya
matahari., sebagaimana yang ada dalam Baijuri.(Sharah al-Muhaddith al-Shaikh
al-Munawi pada Shama’il Tirmidhi,I. halaman 47). Dalam
huraian Shaikh al-Munawi lagi, dalam menghuraikan kata-kata bermaksud: seperti
cahaya keluar antara celah-celah gigi baginda,katanya : tidak perlu
kepada kata ‘seperti’ (‘ka’) tambahan, seperti yang dilakukan oleh
pensyarah (‘Shama’il’) , bagaimana demikian, kerana itu (yang keluar di
celah-celah gigi baginda)adalah nur hissi (atau cahaya lahiriah, bukan maknawi,
abstrak), dan kata beliau kalau
tidak hissi maka bagaimana digunakan ru’iya-dilihat.Ertinya ia bukan ma’nawi.
(ibid.I.55-56). Dalam
hubungan dengan kenyataan dalam al-Shasma’il bila nabi s.a.w. datang ke
Madinah menjadi cerah (tiap-tiap sesuatu) ,kata Mulla ‘Ali al-Qari
iaitu :menjadi cerah tiap-tiap juzuk dari kota Madinah dengan nur yang
hissi-atau cahaya lahiriah yang dipandang dengan mata—atau juga cahaya
ma’nawi kerana dengan masuknya baginda maka ada cahaya hidayah yang am dan
terangkat kerananya berbagai jenis kegelapan , dengan isyarah bahasa menunjukkan
teramat sangat (al-mubalaghah) , yang tiap-tiap sesuatu dari alam ini mengambil
cahaya dari Madinah pada hari itu.Ataupun pencerahan itu ialah kiasan bagi
kesukaan yang amat sangat bagi para penduduk kota itu – serta dengan tidak
mempedulikan (dalam suasana itu) kepada mereka yang berseteru (dengan baginda
dan Islam).Beliau juga menyebut pendapat al-Tibbi
yang memandang itu adalah cahaya secara hissi. (Mulla ‘Ali al-Qari,
Sharah al-Shama’il al-Tirmidhi, II.209). Dalam
syarah al-Munawi berkenaan dengan potongan yang sama dalam al-Shama’il
Tirmidhi katanya :Yang asah ialah maksudnya tiap-tiap juzuk daripada
juzuk-juzuk kota Madinah itu menjadi cerah dengan cahaya secara hakikatnya
(bukan kiasan lagi) bukan tajrid (bukan secara abstrak lagi) , bagaimana tidak,
walhal baginda itu zat dirinya pada keseluruhannya adalah cahaya (‘wa qad
kanat dhatuhu kullaha nuran) maka Allah taala telah berfirman : Telah datang
kepada kamu dari Allah Nur dan Kitab yang nyata, maka baginda adalah cahaya yang
menjadikan cerah bagi sekelian alam, dan baginda adalah lampu yang cerah
mengeluarkan cahaya. (Sharah al-Munawi atas al-Shama’il Tirmidhi, di tepi
syharah Mulla ‘Ali al-Qari, II.55). Dalam
al-Mawahib al-Laduniyyah –Hashiyah Shama’il
al-Tirmidhi karangan Shaikh Ibrahim al-Bajuri (men.1276 Hijrah) terdapat beberapa kenyataan yang mencerahkan. Dalam hubungan
dengan potongan yang bermaksud:iaitu orang yang melihat baginda
secara badihah (belum mengenalinya ) akan merasa hebat dengannya-iaitu
melihat baginda sebelum menilik kepada akhlaknya yang teramat tinggik dan hal
dirinya yang teramat berharga, merasa gerun dengannya, kerana ada padanya sifat
jalal atau kehebatan dari sisi Tuhan (sifat al-jalal al-rabbaniyyah) dan apa
yang ada padanya dari kehebatan dari sisi Tuhan (lima ‘alaihi minal-haibah
al-ilahiyyah). Kemudian
beliau mengutip kata-kata dari ibn al-Qayyim:Perbezaan antara kehebatan dan
takabur (pada seseirang insan) ialah :kehebatan itu adalah kesan daripada
beberapa kesan yang banyak yang memenuhi kalbu orang itu kerana merasa kehebatan
Allah (bi ‘azamati al-rabb) dan kasih kepadaNya, serta merasa Ketinggian
HebatNya (wa ijlaliHi); maka bila hati seseorang penuh dengan yang demikian
bertempatlah padanya nur, turunlah atasnya rasa ketenangan dan kebeningan
(al-sakinah), dan dipakaikanlah kepadanya selendang kehebatan ; maka (dengan
yang demikian) jadilah percakapannya nur, ilmunya nur, kalau ia diam, maka ada
atas dirinya kehebatan dan keagungan (al-waqar), dan bila ia berkata-kata Ia
menarik hati manusia
dan pandangan mereka.Adapun sikap takabur itu adalah kesan daripada
sekian banyak kesan yang memenuhi kalbu , daripada kejahilan, kezaliman, dan
ujub atau heran kepada diri sendiri.Maka bila kalbu dipenuhi dengan yang
demikian, terkeluarlah daripadanya kehambaan (‘ubudiyyah) dan turunlah ke
atasnya kegelapan zulmat, sifat marah, maka berjalannya antara manusia dengan
bongkak, mu’amalahnya dengan mereka secara takabur , tidak memulakan memb eri
salam (kepada orang lain)…(dalam al-mawahib al-laduniyyah –hashiyah
al-Shaikh Ibrahim al-Bajuri ‘ala al-Shama’il al-Muhammadiyyah lit-Tirmidhi-hal.16).
Dalam
kitab yang sama (hal.19) dalam hubungan dengan potongan dalam al-shama’il
yang bermaksud: Adalah baginda salla’llahu ‘alaihi wa sallam
bercahaya-cahaya wajahnya seumpama bercahayanya bulan sewaktu penuh purnama
–lalatul-badr-iaitu malam kesempurnaannya, kerana nabi s.a.w. menghapuskan
kegelapan kufur sebagaimana bulan menghilangkan kegelapan malam, dan
sesungguhnya datang riuwayat (juga) misalan baginda seumpama matahari dengan
memandang kepada matahari itu lebih lengkap dalam pencerahan kegimalangan
cahayanya , dan pencerahan dengan cahayanya itu ada juga datang misalan baginda
seumpama kedua-duanya (matahari dan juga bulan)
dengan memandang kepada keadaan nabi s.a.w. menghimpunkan dalam dirinya
tiap-tiap segi kesempurnaan , dan misal umpama itu adalah sekadar untuk
mendekatkaqn kepada faham, kalau tidak tidak ada apa-apa yang menyamai baginda
dalam gambaran sifat-sifatnya. Dalam
teks yang sama (hal.24) dalam
hubungan dengan kenyataan Jabir bahawa ia melihat Rasulullah s.a.w. pada
malam bulan penuh purnama ---aku
melihat kepada baginda dan kepada bulan padaku baginda lebih cantik daripada
bulan.(ahsan minal-qamar), kata al-Baijuri: Yang
demikian itu adalah pada tiap-tiap
orang yang melihat baginda sa.aw.Hanyasanya bagimnda itu lebih cantik kerana
nurnya mengatasi nur bulan (li’anna dau’ahu yaghlibu ‘ala dau’I
al-qamar) , bahkan mengatasi cahaya matahari (bal wa ‘ala dauy’i al-shamsi);
bahkan dalam satu riwayat ibn
Mubarak dan ibn al-Jauzi baginda itu tidak ada baying, dan bila baginda berdiri
dalam sinaran cahaya matahari maka cahayanya mengatasi cahaya matahari, dan bila
ia berdiri dalam cahaya lampu maka cahayanya mengatasi cahaya lampu itu.
(ghalaba dau’uhu ‘ala dau’i al-siraj). Dan
berkenaan dengan cahaya yang keluar
dicelah-celah gigi nabi s.a.w. al-Baijuri menafsirkan bahjawa itu cahaya hissi
bukan hanya ma’nawi, sebab kalimah ru’iya itu merujuk kepada melihat.
(ibid.hal.27). Dan
dalam hubungan dengan kenyataan kota Madinah
cerah dengan cahaya dengan kedatangan nabi s.a.w. beliau
memahaminya cahaya yang hissi selain daripada yang ma’nawinya. (ibid.
hal.196). Dalam
hubungan dengan hadith yang kuat sandarannya dalam Tirmidhi berkenaan dengan
Allah mengenakan cahayanya atas sekelian makhluk, dan yang mengenanya dan yang
tidak mengenannya ialah seperti berikut: حَدَّثَنَا
الْحَسَنُ
بْنُ
عَرَفَةَ حَدَّثَنَا
إِسْمَعِيلُ
بْنُ
عَيَّاشٍ عَنْ
يَحْيَى
بْنِ أَبِي
عَمْرٍو
السَّيْبَانِيِّ
عَنْ عَبْدِ
اللَّهِ بْنِ
الدَّيْلَمِيِّ
قَال
سَمِعْتُ عَبْدَ
اللَّهِ بْنَ
عَمْرٍو يَقُولُ
فَأَلْقَى
عَلَيْهِمْ
مِنْ نُورِهِ
فَمَنْ
أَصَابَهُ
مِنْ ذَلِكَ
النُّورِ
اهْتَدَى
وَمَنْ
أَخْطَأَهُ
ضَلَّ
فَلِذَلِكَ
أَقُولُ
جَفَّ
الْقَلَمُ
عَلَى عِلْمِ
اللَّهِ
Diriwayatkan
kepada kami oleh al-Hasan bin ‘Arafah, Isma’il bin ‘Iyash meriwayatkan
kepada kami dari Yahya bin Abi ‘Amru al-Syaibani, dari ‘Abdullah bin
al-Dailami, katanya Aku mendengar ‘Abdullah bin ‘Amru berkata:Aku mendengar
Rasulullah salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya Allah
‘Azza wa jalla menjadikan sekelian makhluk dalam zulmah, kemudian Ia
melemparkan ke atas mereka daripada NurNya, maka sesiapa yang terkena daripada
Nur itu dia mendapat hidayat dan sesiapa yang tidak terkena Nur itu atasnya ia
tersesat.Dengan itu maka aku berkata: Qalam sudah kering atas Ilmu Allah.Kata
Abu ‘Isa (Tirmidhi): hadith hasan. (http://www.hadith.al-islam.com/Display/Display-asp?Doc=2&ID=41787&SearchText…) Hadith
ini ialah berkenaan dengan takdir
Ilahi tentang taraf-taraf makhluk mendapat cahaya-nur- dari Tuhan
dalam kehidupannya dan agamanya.Dengan ini maka boleh difahamkan bahawa
hidup mukminin adalah berdasarkan hakikat cahayanya, dan Nabi s.a.w.
adalah mukmin yang pertama sekali yang mendapat bahagian cahaya itu, dan
ia melebihi orang lain dengan
sifatnya sebagai cahaya- termasuklah melebihi walaupun malaikat yang terjadi
daripada cahaya.Maka Nabi s.a.w. adalah makhluk pertama yang mendapat cahaya itu
melebihi para malaikat dan lainnya.
Dalam
kitab Al-Anwar al-Muhammadiyyah mkin al-Mawahib al-laduniyyah karangan
Syaikh Yusuf bin Ismai’l al-Nabhani (Dar al-Fikr, tanpa tarik) disebut oleh
beliau beberapa maklumat berkenaan dengan Nur Muhammad.Antaranya ialah seperti
berikut: Maksud
yang pertama (dalam Kitab al-Anwar al-Muhammadiyyah…) :Ketahuilah bahawa
bilamana berhubung Iradat Allah Taala bagi mengadakan makklukNya maka Ia
menzahirkan H akikat Muhammadiyyah dari anwarNya (dengan Q!udrat dan
IradatNya-uem) kemudian Ia menimbulkan daripada (nur itu) alam-alam semuanya,
alam tingginya dan alam rendahnya, kemudian Ia memasyhurkan kenabian baginda
walhal Adam belum ada lagi, melainkan sebagaimana yang disabdakan oleh baginda
salla’llahu ‘alaihi wa sallam-(ia adalah) antara roh dan jasad (yakni belum
ada lagi) , kemudian terpancarlah daripada baginda (yaitu nurnya itu-uem) para
arwah , maka ia adalah dari jenis yan g tinggi mengatasi semua jenis, dan ia
adalah bapa akbar (punca terbesar) bagi sekelian yang wujud (al-ab al-akbar
li-jami’ al-maujudat);dan bila habis edaran masa dengan Nama yang Batin pada
haknya salla’Llahu ‘alaihi wa sallam( bagi berpindah) kepada wujud jasadnya
dan pertambatan roh dengannya, berpindahlah hukum zaman itu kepada Nama yang
Zahir, maka zahirlah Muhammad salla’Llah u ‘alaihi wa sallam dengan
keseluruhan (dirinya dan hakikat)nya, dengan jisim dan rohnya sekali. Maka
(makna yang sedemikian itu boleh
terdapat) dalam (riwayat) Sahih Imam Muslim, bahawasanya baginda bersabda:
Sesungguhnya Allah Taala memaktubkan takdir sekelian makhluk (maqadir al-khalq)
sebelum dijadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun (melambangkan
masa yang terlalu amat lama yang tidak boleh ditentukan oleh manusia-uem) dan
‘ArasyNya berada di atas air.Dan termasuk ke dalam jumlah yang termaktub
(demikian itu) ialah bahawa Nabi Muhammad adalah
khatam al-Nabiyyin. (Maka dalam
hubungan dengan hakikat yang sedemikian itulah
ada riwayat-uem) dari al-‘Irbad bin Sariyah dari Nabi salla’Llahu
‘alaihi wa sallam bahawa baginda bersabda: Sesungguhnya aku di Sisi Allah
adalah khatam sekelian para nabi walhal Adam masih terbujur dalam jasadnya,
terbujur jasaadnya, belum tertiup roh padanya.Dan (ada riwayat hadith) dari
Maisarah al-Dabbi katanya: Aku bertanya kepada baginda :Wahai Rasulullah,
bilakah tuanhamba men jadi nabi? Jawabnya: Sewaktu Adam masih antara roh dan
jasad.(hal.9) Dalam
Sahih Muslim dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam bahawa baginda
bersabda: Sesungguhnya Allah azza wa jalla memaktubkan takdir sekelian makhluk
sebelum dijadikan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahundan ‘ArasyNya
berada di atas air, dan termasuk ke dalam jum;lah yang termaktub
dalam Ibu Kitab ialah bahawa Nabi Muhammad adalah khatam sekelian anbia.(
ibid.hal.9). Dan
dari al-‘Irbad bin Sariyah dari Nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam:
sabdanya: Sesungguhnya aku di sisi Allah adalah khatam anbiya’ walhal Adam
terbujur dalam jasadnya iaitu terbujur sebelum ditiupkan roh padanya.
(ibid.hal.9-10). Hadith-hadith
yang menunjukkan kedudukan hakiki dan kelebihan nabi salla’Llahu ‘alaihi wa
sallam juga dibicarakan oleh al-Imam Suyuti (men.911 Hijrah) dalam kitabnya
al-Hawi lil-Fatawi , (Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah , Nbeirut.,
1421/2000 ) dalam jilid 2 hal.136
dan seterusnya. Beliau menulis antaranya: Hadith
dari Saidina ‘Umar bin al-Khattab, Anas, Jabir, ibn ‘Abbas, ibn ‘Umar, Abi
Darda’, Abu Hurairan dan lainnya (meriwayatkan) bahawa nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam memberitahu
yang baginda itu btertulis (namanya) atas ‘Arasy dan tiap-tiapo langit, dan
tiap-tiap pintu Syurga, atas daun-daun Syurga: ‘la ilaha illa’Llah
Muhammadun Rasulullah’ Dan tidak termaktub yang demikian itu dalam alam
malakut melainkan atas daripada
nama-nama anbia lainnya [dan itu tidak lain] melainkan un tuk para malaikat
menyaksikannya dan [untuk mereka mengetahui] hal keadaan baginda diutus kepada
mereka[ juga selain daripada diutus kepada manusia]. Dan
ibn ‘Asakir mengeluarkan riwayat daripada Ka’b al-Ahbar bahawa Adammemberi
wasiat kepada anaknya Syith katanya: Tiap-tiap kali kamu berzikir menyebut nama
Allah maka sebutkan juga dengannya nama Muhammad ; sesungguhnya aku melihat nama
baginda itu termaktub atas tiang ‘Arasy walhal aku di antara ruh dan jasad,
kemudian aku mengerling lihat lalu aku dapati tidak ada mana-mana tempat di
langit melainkan tertulis padanya nama Muhammad.Dan aku tidak melihat dalam
Syurga sebuah istana dan bilik melainkan tertulis padanya nama Muhammad, dan aku
melihat namanya tertulis atas leher idadari…
(hal 136-137 al-Hawi). Imam
al-Suyuti seterusnya menyatakan seperti berikut: Dan
al-Subki menyatakan dalam kitab karangannya bahawa baginda salla’Llahu
‘alaihi wa sallam diutus kepada sekelian anbia –Adam dan nabi-nabi
kemudiannya , bahawa baginda salla’Llahu ‘alaihi wa sallam adalah nabi bagi
mereka dan Rasul atas mereka semuanya, dan boleh diambil dalil tentang yang
demikian itu daripada hadith nabi salla’Llahu ‘alaihi wa sallam ‘Aku sudah
nabi walhal Adam [masih] antara ruh dan jasad’ dan h aditnyya ‘Aku
dibangkitkan kepada umat manusia seluruhnya’ (bu’ithtu ilan-nas
kaffatan’).Katanya [yakni kata al-Subki]:Dan kerana ini Allah mengambil janji
atas semua nabi-nabi untuk nabi Muhammad, seperti dalam firman Allah:
{bermaksud] ‘Dan Allah mengambil perjanjian …adakah kamu berikrar dan
mengambil sebagai perjanjian denganKu , mereka berkata kami berikrar, firmanNya
Saksikanlah, Aku bersama kamu sebagai saksi’ [Ali ‘Imran.81][Kata Imam
al-Suyuti]:Dikeluarkan hadith oleh ibn Abi Hatim dari al-Suddi tentang ayat itu,
katanya: Tidak dibangkit seseorang nabi mulai dari Adam melainkan Allah
mengambil janjinya supaya ia benar-benar beriman dengan Muhammad .Dan ibn
‘Asakir mengeluarkan hadith dari ibn ‘Abbas , katanya: Terus-menerus Allah
mengutamakan dan mendahulukan nabiu Muhammad salla’Llahu ‘alaihi wa sallam
sampai kepada Adam dan nabi-nabi selepas daripadanya …(ibid.II.137) Dan
al-Hakim mengeluarkan hadith dari ibn ‘Abbas katanya: Allah mewahyukan kepada
‘Isa :Berimanlah engkau den gan Muhammad dan suruhlah sesiapa yang bertemu
dengan baginda itu dari umatmu supaya beriman dengannya, kalaulah tidak kerana
Muhammad Aku tidak jadikan Adam, Syurga, dan Neraka. Kata
al-Subki:Kita tahu melalui khabar [hadith] yang sahih hasilnya kesempurnaan
–sebelum Adam dijadikan lagi- bagi nabi kita Muhammad salla’Llahu ‘alaihi
wa sallam dari sisi Tuhannya, dan Tuhan telah kurniakan kmepada baginda itu
nubuwwah dari waktu itu lagi[waktu Adam pun belum ada] , kemudian Allah
mengambil dari para nabi iktu janji unbtuk beriman dengan Muhammad, untuk
memberitahu kepada mereka bahawa bagfinda itu terdahulu dean terkedepan daripada
mereka, dan baginda itu nabi dan rasul bagi mereka, dan pada makna mengambil
janji itu ada makna istikhlaf [yakni para nabi lain itu bertindak atas nama
Muhammad] , kerana itu masuklah di dalamnya [dalam kata-kata tentangnya] lam al-qasam dalam
‘latu’minunna bihi’ dan ‘wa
latansurunnahu’ [maknanya kamu benasr-benar beriman dengannya dan kamu
benar-benar menolongnya bila sampai masanya].(ibid.II.137) Kemudian
Im am al-Suyutoi seterusnya menyebut tentang kelebihan nabi s.a.w. diambil janji
untuknya, bagaimana nabi-nabi lain menjadi makmum sembahyang di belakaqngnya
pada malam Isra’ Mi’raj, kemudian
bagaimana nabi ada dua wazir di langit Jibril dan Mika’il, dan di bumi dua,
iaitu Abu bakar dan ‘Umar, berdasarkan hadith yang dikeluarkan oleh ibn
al-Mundhir, ibn Abi Hatim, al-tabarani, ibn Marduyah, dan Abu Nu’aim dalam
‘al-Dala’il’.
Pada
tahap ini penulis ingin menukilkan catatan Dr GF Haddad dalam artikelnya “The
Light of Muhammad” dalam http://www.abc.se/~m9783/nurn_e.html dan dalam
artikelnya “The First Thing that Allah created was my nur” dalam http://www.abc.sel/~m9783/fiqhi/fiqha_e30.html;
Antara
para ulama yang disebut oleh beliau
yang membicarakan soal Nur Muhammad ialah Qadi ‘Iyad yang terkenal dengan
kitab al-Shifanya, Imam
al-Suyuti dalam Tafsir Jalalainnya Firuzabadi
dalam Tanwir al-Miqbasnya atau tafsir ibn ‘Abbasnya Imam
Fakhru’d-Din al-Razi , mujaddid abad ke 6 Hijrah, dengan Tafsir al-Kabirnya Qadi
al-Baidawi dengan Tafsir
al-Baidawinya Al-Baghwi
dengan Ma’alim al-Tanzilnya Pengarang
tafsir Abi Su’ud dengan huraiannya Al-Tabari
dengan Tafsir at-tabarinya Pengarang
Tafsir al-Khazin dengan huraiannyaAl-Nasafi dengan Tafsir
al-Madariknya Al-Sawi
dengan syarahnya atas al-jalalain Al-Alusi
dengan Ruh al-ma’aninya Ismail
Haqqi dengan syarahnya atas Tafsir Ruh al-Ma’ani Al-Qari
dengan Sharah al-Shifanya Suyuti
dengan al-Riyad al-Aniqanya Ibn
Kathir dengan Tafsirnya Qadi
‘Iyad dengan al-Shifanya Al-Nisaburi
dengan tafsirnya Ghara’ib al-Qur’an Al-Zarqani
dengan Sharah al-mawahib al-laduniyyahnya Ibn
Hajar dengan al-Isabahnya Tirmidhi
dengan Sunannya Baihaqi
dengan Daala’il al-Nubuwwahnya Ibn
hajar haitami dengan D ala’il al-Nubuwwahnya Bukhari,
Muslim dan Imam Ahmad dengan kitab hadith mereka
masing-masing yang memberi gambaran tentang nabi s.a.w. Al-Hakim
dengan al-Mustadraknya Ibn
Kathir dengan Tafsirnya dan Maulid
Rasul Allahnya Ibn
Ishaq dengan SirahnyaDhahabio dengan Mizan al-I’tidalnya Al-Tabari
dengan al-Riyad al-Nadiranya Al-Shahrastani
dengan al-Milal wan-Nihalnya ‘Abd
al-Haq al-Dihlawi dengan Madarij al-Nubuwwahnya (dalam Bahasa Parsi) “Abd
al-Hayy al-Lucknowi dengan al-Athar al-marfu’ fi al-akhbar al-maudu’anya ‘Abd
al-Razzaq dengan Musnadnya ‘Abidin
(Ahmad al-Shami) men.1320 H. dengan klomentarnya atas syair ibvn Hajar al-Haitami al-Ni’;matul-Kubra ‘alal-‘Alamin
Al-‘Ajluni
(Isma’il bin Muhammad, men.1162) dengan
Kashf al-Khafa’nya Bakri
(Sayyoid Abu al-hasan Ahmad ibn ‘Abd Allah
men.abad ke3 H) dengan al-Anwar fi Maulid al-Nabi Muhammad salla’Llahu
‘alaihi wa sallamnya Diyarbakri
(Husain bin Muhammad, meninggal 966 H.) yang memulakan kitabnya Tarikh
al-Khamis fi Ahwal Anfasi Nafisa dengan kata-kata Segala
puji-pujian tertentu b agi Allah yang menjadikan cahaya nabiNya sebelum daripada
segala sesuatu…” Fasi
(Muhammad ibn Ahmad men.1052 H.) dengan kitabnya Matali’ al-Masarrat Shaikh
‘Abd al-Qadir al-Jilani men.561 H. dengan kitabnya Sirr al-Asrar fi Ma
Yuhtahu ilaihi al-Abrar (hal.12-14 edisi Lahore) yang menyatakan : Ia memberi
dalil bahawa baginda adalah punca bagi segala sesuatu yang maujud , dan Allah
Maha Mengetahui. Haqqi
(Ismail , men.1137) menukil hadith itu dalam tafsirnya Ruh al-Bayan Ibn
Hajar al-Haitami (men.974 H>) dengan Fatawa Hadithiyyahnya Syaikh
Ismail al-Dihlawi (men.1246 H>) dengan risalahnya Yek Rauzah di mana
beliau menyatakan :Sebagaim ana yang diisyaratkan oleh riwayat : perkara yang
awal dijadikan Allah adalah nurku. Sulaiman
al-Jamal (men.1204 H) yang menukil hadith tentang nur Muhammad awal-awal
dijadikan Allah, dalam syarahnya ke atas al-Busiri berjudul al-Futuhat
al-Ahmadiyyah bi al-Minah al-Muhammadiyyah. ‘Abd
al-Qadir al-Jili dengan Namus al-A’zam wa al.-Qamus al-Aqdam fi Ma’rifat
Qadar al-Bani sallka’lahu ‘alaihi wa sallam menyebut hadith nur
Muhammad. Kharputi
(‘Umar bin Ahmad, men.1299) dalam syarahnya terhadap al-Busiri menyebutnya. Maliki
al-Hasani (Muhammad ibn ‘Alawi ) menyebutnya dalam syarahnya terhadap kitab
al-Qari Hasyiyah Al-Maurid al-Rawi fi Maulid al-Nabi.Pada halaman 40
beliau menyatakan “Sanad Jabir adalah sahih tanpa pertikaian, tetapi ulama
bnerbeza pendapat tentang teksnya kerana khususiahnya,.Baihaqi juga meriwayatkan
hadith itu dengan beberapa kelainan.” Ini
antara teks-teks yang disebut oleh beliau dalam tulisannya. Kesimpulan: Daripada
pembentangan riwayat-riwayat di atas berdasarkan dokumentasi para mufassirin dan
muhaddithin yang merupakan imam-imam dalam bidangnya, ada beberapa kesimpulan
yang boleh dibuat.Antaranya ialah: bahawa Nabi Muhammad s.a.w.
sudah ada hakikatnya, nurnya, sebelum sekelian makhluk dijadikan.Bahkan
nurnyalah yang merupakan makhluk pertama yang
dijadikan oleh Tuhan, sebagai kekasihNya. Ia juga
punca bagi sekelian makhluk yang lain, baik alam tinggi atau alam bawah
atau alam rendahnya, alam yang
boleh dipandang dengan mata atau alam yang tidak boleh dipandang dengan mata.Ia
makhluk yang terawal dicipta dan yang terkemudian sekali dibangkit dengan jasad
dan rohnya dalam sejarah alam ini.Namun kewujudannya sebagai nabi dan rasul
diketahui oleh sekalian nabi dan rasul dalam seluruh sejarah umat manusia,
antaranya, khususnya jelas daripada hadith-hadith berkenaan dengan Isra’ dan
Mi’raj yang banyak dinukil oleh ibn Kathir dalam Tafsirnya berkenaan dengan
ayat awal Surah bani Isra’il. Nampaknya
tidak timbul keperluan untuk sesiapa
terlintas pada mindanya dan terfikir bahawa ulama tafsir, hadith, sirah,
syama’il dan lainnya yang berbicara berkenaan dengan nabi
meminjam idea itu daripada mana-mana punca lain; tidak ada tercatit dalam
sejarah berlaku “peminjaman” idea ini dalam ulama kita, kecuali ada
penyelidikan kemudian yang mengikuti
kaedah yang boleh diterima oleh ahli ilmu kita.Nampaknya ia timbul daripada
sumber Ahlis-Sunnah sendiri.Ini jelas sampai para nabi dan rasul membuat perjan
jian dengan Tuhan untuk
beriman kepadanya dan membantunya bila ia zahir dalam sejarah
perjuangannya.Riwayat tentangnya berada dalam generasi-generasi anbia dalam
sejarah nampaknya diterima oleh ulama yang berotoritas dalam ilmunya. Dalam umat
ini. Kalau
terlintas diminda bahawa ini adalah tidak menasabah pada akal, maka banyak
perkara yang boleh dikatakan tidak menasabah pada akal yang berfikir secara
‘biasa’, misalnya teori quantum tentang
dunia yang ada ini dengan benda-bendanya tidak “pejal’ bahkan ia
samaada bersifat sebagai gelombang atau
zarrah yang tidak menentu sifatnya, samaada gelombang atau zarrah. Yang
kelihatan pejal, keras pada pandangan mata, pada neraca teori quantum adalah
tidak demikian. Kalau mengikut fikiran secara ‘biasa” e=mc2 adalah tidak
menasabah; tetapi pada ahlinya ia bukan sahaja ‘menasabah’ tetapi ada
kebenarannya yang sangat nyata. Atau lihat sahaja benih manusia yang terpancar
ke dalam rahim, kemudian selepas sembiulan bulan lebih kurang ia menjadi manusia
kecil yang bergerak, hidup, demikian seterusnya, kemudian
berkata-kata dalam beberapa
bulan.Orang boleh berkata sekarang : itu memang
demikian. Ya, memang demikian yang berlaku dalam sunnah Tuhan.Demikian
pula kita boleh sebutkan demikian sunnah Tuhan dalam hubungan
dengan kejadian alam daripada
nur Nabi kita s.a.w. Kalau
terlintas pada minda tentang hal yang demikian berlawanan dengan kejadian
manusia, dan nabi juga, daripada tanah, maka perspektifnya ialah: pada
hakikatnya tanah itupun asalnya daripada ‘nur’, yang kemudian
dimanifestasikan dalam bentuk tanah dan lainnya.Tetapi asalnya daripada
zat-sebelum-benda yang satu itu, nur itu, sebagaimana yang dihuraikan oleh
kosmologi ulama Sunni kita.Allah memberi rahmat kepada mereka. Dengan
itu ‘nur’ nabi itu bukan sahaja maknawi, secara bahasa misalan, tetapi
memang hakikatnya ia nur, yang melintasi sekelian nur, sehingga ia makhluk yang
berupa nur yang daripadanya dijadikan nur-nur yang lain dan zat-zat yang lain. Kalau
sekarang mereka berbicara tentang alam dari segi electron, proton, neutron,
‘quarks’, ‘photon’ dan apa lagi, maka pada kita, sekalin daripada itu
sedmua, dasar segalanya adalah asalnya ‘nur’ nabi kita.Yang lain-lain itu,
bila b enar poada pengamatan ilmiah yang mentaati syarat-syaratnya boleh
diterima. Kalau
terlintas untuk minda sesiapa membuat tanggapan bahawa ini pantheisma, ini juga
tidak timbul, sebab pantheism adalah falsafah Barat yang baharu timbul dalam
abad ke IX yang memaksudkan serba-Tuhan, semuanya juzuk-juzuk daripada
Tuhan, walhal ini bukan demikian.Yang diajarkan ialah bahawa Tuhan menjadikan
nur baginda sebagai makhluk terawal, yang menjadi punca segalanya kemudian
baginda muncul dengan jasadnya dan rohnya bila tiba gilirannya di akhir zaman. Inilah
antara yan g terlintas pada penulis yang kurang pengetahuan ini untuk
menukilkan riwayat-riwayat dari punca-punca para ulama yang muktabar
dalam umat ini untuk kefahaman dan pegangan bersama.Mudsah-mudahan kita semua
mendapat rahmat dan barakah dariNya.Amin ya Rabbal-‘alamin.Wallahu’a’lam. |
Dikemaskini pada : 10-Feb-04 08:49 AM
|