TRADITIONAL ISLAM as understood by the vast majority of ulama' of the Ahli Sunnah wal Jamaah

 

بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

 

PERANAN  PEMIKIRAN MOHD NATSIR DALAM KONTEKS

MEMODENKAN  PEMIKIRAN UMAT

 

OLEH:

 

MUHAMMAD ‘UTHMAN EL-MUHAMMADY

 

Pak Natsir, atau al marhum Mohammad Natsir (lahir di Alahanpanjang, Sumatera Barat, 17 -7-1908 - meninggal 6 Faebruari 1993) adalah seorang negarawan Muslim, ulama dan intelektuil, pembaharu dan ahlis siasah Muslim Nusantara yang disegani. Hidupnya yang penuh dengan kegiatan yang berfaedah dan membina umat itu, apa lagi di Nusantara, jelas dalam banyak bidang keagamaan, intelektuil dakwah, budaya dan siasah. Pemergiannya sukar diganti. Ia bukan sahaja berjasa kepada rantau ini dengan kegiatan sosial dan siasah sampai pernah menjadi Perdana Menteri Indonesia, serta dakwahnya, dengan terasasnya Majlis Dakwah Indonesia, bahkan ia juga berjasa dalam bidang Islam peringkat antarabangsa sampai ia mendapat kurnia Kurnia Raja Faisal.

 

Dalam nota ini insya’Allah akan diberikan perhatian kepada beberapa aspek pemikirannya dan bagaimana ianya memainkan peranan dalam meletakkan pemikiran umat dalam konteks zaman moden antaranya sebagaimana yang boleh dilihat dari bukunya “Kapita Selekta” dan juga “Fiqhu’d-Da’wah” dalam hubungan dengan persoalan ini. 

 

Dalam bukunya yang pertama (diselenggarakan oleh Sati Alimin, penerbitan Sumur, Bandung, 1961) jld 1 daftar isinya menunjukkan jangkauan ilmunya yang meliputi kebudayaan-falsafah, pendidikan, dan agama, demikian pula buknu itu jld ke 2 nya (terbitan Pustaka Pendis, Jakarta) yang terdiri daripada  ceramah-ceramah dan wawancara-wawancaranya, dan tulisan-tulisannya di akhbar mencakupi bidang-bidang politik agama, dan budaya  serta falsafah.

 

 

 

Faktor-Faktor Mendasar Dalam Pembentukan Kebudayaan:

Berbicara tentang “Islam dan Kebudayaan” (“Kapita Selekta,” jld 1 hlm 3 dst) beliau menyatakan antaranya beliau  menulis tentang akal, pengetahuan dan agama (yang beliau  tulis tahun 1936)  seperti berikut:

 

     1.Agama Islam menghormati akal manusia dan mendudukkan akal itu pada tempat yang terhormat serta menyuruh agar manusia mempergunakan akal itu untuk menyelidiki keadaan alam.

     2.Agama Islam mewajibkan pemeluknya , baik laki-laki maupun perempuan menuntut ilmu.”Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang      lahad” kata Nabi Muhammad s.a.w.

     3.Agama Islam melarang bertaklid-buta , menerima sesuatu sebelum diperiksa , walaupun datang darinya dari kalangan sebangsa dan       seagama, atau dari ibu-bapa dan nenek-moyang sekalipun.” Dan jangan engkau turut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan

      atasnya, kerana sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu

      semuanya akan ditanya tentang itu.”(Q.s.Bani Isra’il:36).

     4.Agama Islam menyuruh memereksa kebenaran , walaupun datang

     nya dari kaum yang berlainan bangsa dan kepercayaan.

     5.Agama Islam menggemarkan dan mengerahkan pemeluknya pergi

      meninggalkan kampung halaman berjalan ke negeri lain, memperhu

      bungkan silaturrahim dengan bangsa dan golongan lain, saling ber

      tukar rasa dan pemandangan .Wajib atas tiap-tiap Muslimin yang

      kuasa , pergi sekurangnya sekali seumur hidupnya mengerjakan

      haji.Pada saat itu terdapatlah pertemuan yang  karib antara segenap

      bangsa dan golongan di atas dunia ini.Keadaan itu menimbulkan

      perhubungan persaudaraan dan perhubungan kebudayaan (akkultu

      rasi) yang sangat penting ertinya untuk kemajuan tiap-tiap bangsa.

      Sekian sebagai kutipan ringkas dari ajaran Agama Islam , yang

      menjadi sumber kekuatan , yang mendorong terbitnya satu kebuda

      yaan , yang akan kita perbincangkan dengan ringkas di bawah ini.”

 

Ini disusuli dengan kenyataan-kenyataan tentang khaifah-khalifah Islam memberi perlindungan dan galakan kepada ahli-ahli ilmu pengetahuan  dan seni tanpa memandang bangsa dan agama.Disebutkan  bagaimana khalifah Abbasiyyah yang kedua al-Mansur yang taat beragama  yang alim dalam ilmu fiqh, menggemari ilmu bintang dan perubatan.Disebutkan bagaimana an-Naubakht ahli ilmu bintang  yang dulunya beragama majusi memeluk Islam dengan penyaksian baginda sendiri, dan hidup di istana meneruskan kegiatan-kegiatannya dala,m ilmu  bintang itu.Disebutkan bagaimana minat khalifah terhadap falsafah Yunani Purba sampai dikirimkan oleh raja Rumawi waktu itu supaya dikirimkan kitab fisika dan kitab ilmu mathematik ke Baghdad.Kitab-kitab itu dikaji dan diterjemahkan serta disebarkan isinya dalam tamadun Islam.Beliau menyebut  bagaimana Georgy Bakhtisyu’ ahli perubatan bangsa Siria  yang mendapat kurnia dari Khalifah al-mansur kerana ilmunya yang mendalam.Demikian pula halifah-khalifah kemudiannya seperti harun al-Rasyid dan al-Ma’mun mementingkan agama, pengetahuan, dan falsafah.Disebutkan bagaimana kitab-kitab kenegaraan karangan Plato dan kitab ilmu hitung dari Euclides dan kitab-kitab ilmu bintang Ptolemy diterjemahkan dan dikaji.

 

Kemudian Pak Natsir menyebut bagaimana pengarang-pengarang Islam berjasa dalam bidang-bidang ilmu pengetahuan mereka masing-masing seperti  al-Kindi yang mahir dalam falsafah ,  ilmu hisab dan muzik, al-Farabi ahli mantik, falsafah, serta politik.Disebut oleh beliau jasa Ibn Sina dalam falsafah dan perubatan, dan Ibn Rusyd , Ibn Majah, serta Ibn Miskawaih  dalam bidang mereka masing-masing.

 

Selepas menyebut banyak perkara tentang perkembangan budaya ilmu pengetahuan dalam Islam Pak Natsir bertanya di hujungnya: ”Bilakah kembalinya masa yang demikian wahai Pemuda Islam?” kerana beliau mengharapkan keagungan budaya ilmu pengetahuan dan kemajuan agama bergabung dalam umat ini yang memberi kegemilangan kepadanya.

 

Falsafah dan Akhlak

 

Dalam karangannya tentang Ibn Miskawaih (hlm 10 dst) (yang ditulisnya tahun 1937) beliau mengakhiri karangan itu dengan menyebutkan :

    “Kalau ada pemuda-pemuda kita yang sedang menelaah kitab-kitab

      Sigmund Freud , psychoanalist yang termasyhur di Weenen (Vienna-

               Sixteen) itu, silakanlah pula menyelidiki umpamanya” Tahdhibul Akhlak

(karangan Ibn Miskawaih-p) mudah-mudahan akan menambahkan

penghargaan dari kalangan kita Muslimin kepada pujangga kita dari

zaman itu, yang sampai sekarang hanya dapat penghargaan rupanya

dari pihak “orang lain” saja.”(hlm 11-12).

 

“Mudah-mudahan akan menjadi sedikit ubat untuk penyembuhkan

penyakit “perasaan kecil” yang melemahkan ruhani .yang umum ada

di kalangan kita kaum Muslimin di zaman sekarang”.

 

Ahli Falsafah, Perubatan dan Metafisika:

 

Dalam tulisannya tentang “Ibn Sina” (hlm 13 dst) (yang ditulisnya pada tahun 1937) selepas daripada berbicara dengan ringkas tentang kedudukan ibn Sina sebagai failasuf dan ahli perubatan dalam sejarah perkembangan pengetahuan  dunia, beliau menyatakan bahawa falsafah tidak menggoncangkan keimanan Ibn Sina.Bahkan beliau menulis bagaimana sikap Ibn  Sina bila ia berhadapan dengan kesulitan-kesulitan dalam ilmunya, katanyta:

 

     “Malah sering, apabila ia betemu dengan suatu masalah yang sulit,

       sangat susah difikirkan, ia terus pergi berwudhu’ dan pergi ke

       mesjid, sembahyang dan berdo’a mudah-mudahan Allah mem

       berinya hidayah .Sesudah itu ia terus menelaah dan berfikir

       kembali, kerana ia tetap insaf akan kelemahannya sebagai manu

       sia , dan berkeperluan akan pertunjuk dan hidayah dari Allah

       subhanahu wa ta’ala.”

 

Selepas menulis sedikit tentang Ibn Sina beliau menulis:”Dalam umur 57 tahun berpulanglah Ibn Sina dalam bulan Ramadan tahun 428 H.bersamaan dengan bulan Julai 1037 M.meninggalkan pusaka yang sedang menantikan ahli-ahli waris yang lebih dekat, yakni: Pemuda-Pemuda islam yang menaruh himmah, dan bercita-cita tinggi!” (hlm

15).

 

Kepakaran Dalam Fiqh, Falsafah, Akhlak, Siasah dan Muzik

 

Dalam menulis tentang “al-Farabi” (hlm 16 dst) (yang ditulisnya pada tahun 1937)  yang berjasa dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi serta muzik  dan akhlak, beliau membuat kenyataan:

 

    “Abu Nasr al-Farabi hidup dengan akhlak yang tinggi, tidak amat

      mementingkan kesenangan dunia, tapi amat menyintai falsafah,

      ilmu dan seni,.Pernah ia berkerja di istana Amir Saifud-Daulah

      di Halab (Aleppo)… Hidup bersahaja di alam maddah (materi)

       sebagai fakir, tetapi memegang kendali dalam runahi sebagai

      raja”.

 

Gabungan Kematangan Rohani, Intelektuil, dan Akhlak Yang Memuncak

 

Kemudian beliau menulis pula berkenaan dengan Imam Hujjatul-Islam al-Ghazali rd. pada bulan April 1937.Di dalam tulisannya itu beliau membicarakan imam agung ini dengan jasanya dalam pengetahuan, falsafah, akhlak dan tasawwuf, dalam bidang terakhir ini beliau terkenal dengan kitab Ihya’nya.

Dalam berbicara tentang ilmu, pengelaman pancaindera dan akal, akhirnya Imam al-Ghazali berbicara tentang kelemahan semuanya untuk mencapai hakikat terakhir; akhirnya manusia memerlukan hidayat dari Tuhan Sendiri bagaimana tingginya ilmunya sekalipun.

 Beliau berbicara bagaimana soal sebab-musabab dibicarakan beratus-ratus tahun dahulu mendahului  David Hume, juga beliau membicarakan kritikan Imam al-Ghazali terhadap falsafah Barat dalam “Tahafu al-falasifah”nya.

Bahagian akhirnya beliau menulis:

     “Dalam tahun 505 H.(1111 M) Imam al-Ghazali mendapat husnul-

        khatimah , meninggalkan pusaka yang tak dapat dilupakan oleh

        kaum Muslimin dan meninggalkan juga pangkal perpecahan

        paham antara mereka yang setuju dengan  yang tak setuju dengan

        buah fikirannya ialah suatu hal yang galib diterima oleh setiap

        orang yang berjalan di muka merintis jalan baru, yang mende

         ngarkan suara keyakinan yang teguh yang berbisik di dalam hati,

         dan tidak hendak turut-turut kehilir kemudik seperti pucuk aru

         dihembus angin.”(hlm 23).      

Beliau menyebut bagaimana imam utama ini menyelamatkan akidah Islam daripada serangan pemikiran falsafah Yunani Purba, antaranya dalam”Tahafut al-Falasifah” yang terkenal itu.

 

Beliau menyebut pendapat Dr Zwemmer tentang kedudukan Imam al-Ghazali sebagai seorang daripada empat orang yang paling berpengaruh dalam dalam islam, Nabi Muhammad saw,Imam  al-Bukhari dalam hadith, Imam al-Asy’ari dalam akidah, dan kemudian akhirnya Imam al-Ghazali.

          

 

Jiwa Saintifik Yang Dipupuk oleh Islam

 

Tulisan-tulisan beliau itu disusuli  dengan huraian-huraian berkenaan dengan jasa kebudayaan Islam dalam sejarah dunia,  seperti  misalnya jasa Ibn Haitham  berhubungan dengan persoalan dasar-dasar yang memungkinkan kamera diciptakan, jauh  sebelum kemunculan ahli ilmu Barat seperti Leonardo da Vinci  dan lainnya.Beliau menyebutkan bagaimana kritikan Ibn Haitham (di Barat dipanggil Alhazen)  terhadap ahli-ahli pengetahuan Yunani misalnya Euclides dan Ptolemy  tentang penembusan dan perjalanan cahaya menimbulkan revolusi dalam ilmu itu pada zamannya.Ibn Haitham menyuatakan bahawa yang menyebabkan kita melihat objek-objek ialah kerana cahaya dari barang-barang itu sampai ke mata kita, maka dilihat objek-objek melalui lensa mata  itu, dan bukanlah cahaya itu dikirim oleh mata kepada objek-objek itu srebagaimana yang dikatakan oleh Euclides dan Ptolemy.Disebutkan bagaimana pengaruh Ibn Haitham dalam bidangnya itu mempengaruhi para ilmuan Barat seperti Leonardo da Vinci, Johann Kepler, Roger Bacon dan lainnya.

 

Beliau menyebutkan bagaimana jiwa menyiasat alam ini timbul daripada didikan Quran, antaranya dalam ayat yan g bermaksud:”Dan janganlah engkaun turut saja  apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, kerana sesungguhynya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan ditanya tentangnya”(Q.s.Bani Israel:36).

 

Beliau menyebut pendapat ilmuan Islam yang bernama Abu Musa Jabir Ibn Hayyan  yang bermaksud:

      “Pendirian-pendirian yang berdasarkan ‘kata si anu’ ertinya perka

       taan yang tidak disertakan bukti penyelidikan , tidak berharga

       dalam ilmu kimia.Suati kaedah dalam ilmu kimia ini dengan tidak

       ada kecualinya, ialah bahawa dalil yang tidak berdasarkan bukti

       yang nyata , harganya tidak lebih dari satu omongan yang boleh-

       jadi benar dan boleh-jadi keliru.Hanya bila seseorang membawa

       kan  keterangan dengan bukti yang nyata , penguatkan pendirian

       nya, barulah kita boleh berkata  :pendirian tuan dapatlah kami

       terima!”  (hlm 27).

 

Sikap ilmiah dan suka memerhati dan menyelidika ilmuan Muslimin beliau nyatakan seperti berikut:

 

      “Adapun tentang pendirian, serta  mencari dan menentukan 

        ijtihad ,adalah telah jadi darah daging dalam kalangan Islam.

        Perhatikan betapa teliti, hemat serta cermatnya kaum Mus

        limin mengumpul, memilih, dan menyaring hadith-hadith

        yang bakjal jadi dasar untuk fatwa dan pendirian dalam

        Hukum Agama .Diperiksa isi perkataannya, diteliti sanad

        dan  musnadnya, diatur biografi yang sesungguhnya tentang

        peribadi dan akhlak seorang rawi .Agama manakah, falsafah

        mazhab apakah dan kebudayaan aliran manakah yang telah

        mendidik pengikutnya kepada ruh intiqad yang sampai

        demikian tinggi tingkatnya?” (hlm 27).

 

 

Beliau menjawab katanya:”Tak lain yang mendidik kami (Muslimin-p) sampai demikian, adalah Agama kami yakni Agama fitrah,  Agama yang cocok dan selaras dengan fitrah kejadian manusia!”

 

Kemudian beliau menyebut tentang  keadaan Muslimin yang sudah kehilangan ciri-ciri budaya ilmiah sedemikian itu  dengan katanya:

 

       “…Setelah kaum Muslimin kehilangan pokok yang tak ternilai

       harganya itu, harkat mereka di langit kebudayaan makin lama

       makin turunlah.Keberanian yang tadinya hidup berkobar-kobar

       bertukarlah dengan perasaan kecil, rasa-kurang-harga …Ruh

       segar dan gembira menghadapi hidup tadinya, menjadilah ruh

       yang tunduk-ringkuk, penyembah kubur dan tempat-tempat

       keramat, menjadilah budak jimat dan air-jampi.Tangan yang

       tadinya begitu giat menyelidik, memeriksa alam supaya memberi

       manfaat kepada umat manusia  lantas terkulai tak ada himmah,

       selain dari menghitung untaian tasbih penebus bidadari di dalam

       sorga! “ (hlm 28).

 

Yang beliau kehendaki ialah, seperti yang dikatakannya :”Jalan untuk membongkar ruh taklid ini satu-satunya ialah memperlihatkan dengan tidak sembunyi-sembunyi dan terus-terang kekeliruan-kekeliruan khurafat dan bid’ah itu.Memperlihatkannya ini berkehendak kepada munazarah dan mujadalah yang bukan kecil, menuntut tenaga, kecakapan , keuletan serta kebijaksanaan yang amat besar..

“Kita telah sama-sama melihat bagaimana akibatnya kebudayaan yang terlepas dari pimpinan dan jiwa Tauhid yang suci-bersih, serta Akhlak dan Inbadat yang sehat.Semua ini ada hubungannya antara satu dengan yang lain, hubungan yang bergantung dan bersangkut-paut…

Akal Dan Agama    

Dalam tulisannya “Hayy ibn Yaqzan” yang ditulis pada bulan Disember 1937 (hlm 30-36) beliau memberi huraian tentang roman falsafah oleh Ibn Tufail yang diakui sebagai kitab yang paling aneh dalam abad pertengahan (dengan mengutip kata-kata sarjana terkenal     Carra de Vaux: “sans contest l’un livres les plus curieux du moyenage”).

Ianya berkenaan  dengan roman falsafah yang menakjubkan berkenaan dengan cerita seorang anak bernama Hayy ibn Yaqzan yang terdampar di sebuah pulau yang kemudiannya disusui oleh kambing hutan, yang kemudiannya membesar dan menjadi dewasa dengan mempunyai ilmu pengetahuan dan hikmat kebijaksanaan hasil daripada penggunaan pancaindera dan akal yang tajam mengamati alam dan alam sekitar dengan penuh ketajaman akal dan budi serta hati nurani.

 

Dengan akalnya yang tajam dana perasaan yang sentisitif maka Hayy ibn Yaqzan membuat rumusan tentang adanya Tuhan Yang Wajib Ada, tiap-tap sesuatu itu ada pembuatnya, tiap-tiap sesuatu benda itu ada bentuknya yang ditentukan oleh pembuatnya, dan bahawa rupa sesuatu itu sesuai dengan tuntutan kesediaan asal yang ada pada zatnya sendiri, demikian seterusnya.Akhirnya hiduplah Hayy ibn Yaqzan dengan cara yang benar mengikut akalnya, sehingga pada umurnya yang ke 35 tahun baharu ia bertemu dengan Asal, ahli agama yang rasa kecewa dengan menausia tidak hidup dengan sebenarnya mengikut agamanya.Akhirnya ke dua orang itu bersahabat baik.Kedua-duanya mendapati bahawa akal yang sejahtera yang berfikir sampai kepada natijah yang diajarkan oleh agama.hanya akal sahaja belum cukup untuk mengatur hidup manusia  dengan pencipta dan makhlukNya.ia memerlukan panduan agama dan wahyu.

 

Kemudian kedua orang yang mewakili agama dan akal ini berusaha untuk menyeru manusia kepada kehidupan berdasarkan kepada kebenaran dan kebaikan., tetapi seruan mereka tidak mendapat penerimaan yang baik, lalu mereka memencil diri untuk ibadat kepada Allah.

 

Roman falsafah ini sangat menarik tentang hubungan antara wahyu dan akal manusia dan peranannya dalam menyelamatkan manusia.Ianya bukan semata-mata kisah yang menarik tanpa falsafah, berlainan daripada cerita “Robnson Crusoe” yang tidak mempunai apa-apa falsafah yang mendalam dan menyelamatkan.

 

Antara nabi Muhammad saw dan Charlemagne

 

Tahun 1938 beliau menulis responsnya selepas membaca buku “Mahomet et Charlemagne” oleh Henri Pirenne yang membandingkan kesan-kesan perjuangan nabi Muhammad dengan kesan-kesan yang ditinggalkan oleh Charlemagne.Dinyatakannya bahawa selepas kedatangan bangsa Jermania ke Rom bangsa yang datang itu berubah dipengaruhi oleh budaya  golongan yang mereka kuasai seolah-oleh mereka dihisap olehnya.Kata Pirenne :”Orang Jermania jadi Rumawi setelah ia masuk ke negeri Rum sebaliknya orang Rumawi menjadi ke-Araban setelahnya dia ditaklukkan Islam””.(hlm 38).

Beliau menegaskan:

“Dengan masuknya Agama  Islam , timbullah satu dunia yang baharu di sekitar Laut Tengah  yang tadinya berpusat ke Kota Roma sebagaim sumber peradaban dan kebudayaan.Sampai ke masa kita sekarang ini –demikian Pirenne meneruskan keterangannya—masih tetap ada perpecahan dengan masuknya Islam ke Eropah Selatan ini.Semenjak itulah Laut Tengah menjadi pertemuan dari dua budaya yang berlainan  dan bertentangan …”(hlm 38).

Mengapakah bangsa Arab yang membawa agama Islam itu tidak demikian bila mereka berhadapan dengan bangsa Rumawi itu? Jawabnya bangsa jermania masuk dengan pedang dan kekerasan, sedang Orang Islam masuk dengan senjata jasmani didampingi dengan senjata ruhani.

 

Kata Pak Natsir lagi:”Senjata  ruhani inilah yang menyebabkan kita orang Timur , yang walaupun bagaimana hebatnya ditindas oleh bangsa  Barat, tapi tetap tidak dapat dihancur-leburkan kebudayaan dan peradaban kita oleh orang barat itu  sampai sekarang…”Ini pesanan yang paling bermakna bagi umat Islam yang sedang berhadapan dengan gelombang globalisasi sekarang ini.

 

Mencari Kekuatan Dalam Seni Sastera:

 

Bapak Mohamad Natsir juga memberi perhatian kepada penulisan sastera zamannya.Dalam tahun 1940 di atas tajuk “Pemandangan tentang Buku Roman” (hlm 41 dst ) selepas beliau menyatakan kekesalannya dengan cerita-ceritas roman masa itu yang kurang memuaskannya dari segi seni dan mesejnya, yang tidak begitu mempunyai makna apa-apa, yang terpengaruh dengan Barat, beliau membuat kenyataan seperti berikut:

 

     “Dan lapangan pekerjaan untuk pujangga kita , amat luas sekali.

      Baik dalam kalangan syair ataupun prosa.Buku-buku bacaan

      yang memberi didikan amat sedikit.Pembacaan kanak-kanak

      hampir nihil.Kita kekurangan kitab nyanyi yang menarik dan

      teratur.Dibandingkan dengan anak-anak Eropah, dalam pem

      bacaan dan nyanyian , anak-anak kita amat miskin.

 

     “Tidak heran, kerana penulis-penulis untuk bacaan kanak-kanak

      di kalangan kita boleh dikatakan baru sedikit  sekali, dibandingkan

      dengan keperluan yang amat besar.Alangkah baiknya sekiranya

      pujangga-pujangga kita meletakkan Conan Doyle dan Manfaluti

      barang sebentar dan mencarim inspirasi dalam gudang lagu-lagu

      lama dan cerita-cerita lama bangsa kita sendiri , yang sekarang

      masih banyak yang belum dipedulikan.Banyak yang mungkin

      disaring , diperbagus dan dirombak oleh Pujangga Muda Indo

       nesia!” (hlm 47).

 

Kata beliau lagi dalam soal perkembangan kebudayaan ini:

 

     “Memang tidak ada halangan mencari inspirasi keluar negeri.

      Kebudayaan itu tidak monopoli satu bangsa, dan tidak mungkin

      dipagar rapat supaya jangan keluar dari satu kaum.Tidak bisa

      dan tidak perlu (kalau beliau menulis sekarang sudah tentu beliau

      faham keadaan dunia tanpa sempadan dan memberi respon yang

      konstruktif-p)Barat boleh mengambil inspirasi ke Timur, Timur

      boleh mengambil inspirasi ke Barat.Akan tetapi tidak semua

       sumber-sumber itu mengeluarkan air yang jernih, yang memberi

      manfaat kepada kita.Baik buat orang, belum tentu baik buat kita.

      Jadi di sini perlu rupanya pujangga kita memakai saringan sedikit

      , apalagi sebagai Pujangga Muslim.!"  (hlm 47).

 

Selepas itu beliau menyebut tentang keperluan dibaca Perjalanan Ibn Battutah, buku-buku sejarah Indonesia, riwayat umat islam bermula dengan Nabi saw, buku-buku tentang kesusasteraan Islam   zaman keemasannmya, disebutnya “Diwan” oleh Goethe, dan “Divine Comedy” oleh Dante.Walaupun beliau mengaku beliau bukan pujangga, tetapi hasil tulisannhya tidak mengecualikan beliau dari golongan pujangga dalam pengertiannya yang tersendiri.

 

Dalam hubungan dengan seni sastera dan cita-cita beliau tentangnya boleh dilihat daripada pidatonya pada hari Iqbal 21 April, 1953 di Jakarta (Capita Selecta, jld 2. 98 dst).

Pengamatannya tentang Iqbal sangat menarik berkenaan dengan keindahan puisinya  serta cita-cita keagamaan, budaya, dan siasahnya yang dinyatakannya sebagai faktor yang menyebabkan lahirnya negara islam Pakistan.Terjemahannya ke atas puisi Iqbal yang didasarkan atas terjemahan Arabnya dari Al-Adzami sangat indah dan menawan seperti baqhagian-bahagian dari “Syikwa” dan “jawabi-Syikwa”.Misalnya dalam hubungan dengan harapannya kepada para pemuda, beliau menterjemahkan puisi Iqbal demikian:

 

    “(harapan kepada pemuda)

   Aku harapkan pemuda inilah yang akan sanggup

   membangunkan zaman yang baru

   memperbaru kekuatan  iman

   menjalankan pelita hidayat

   menyebarkan ajaran khatamul-anbiya’

   menancapkan (i.,e menanamkan) di tengah medan pokok ajaran

                                    Ibrahim

   Api ini akan hidup kembali dan membakar

   jangan mengeluh jua , hai orang yang mengadu

   Jangan putus asa , melihat lengang kebunmu

   Cahaya pagi telah terhampar bersih

   Dan kembang-kembang telah menyebar harum narwastu

……

   Khilafatul-Ard akan diserahkan kembali ke tanganmu

   Bersedialah dari sekarang

   Tegaklah untuk menetapkan engkau ada

   Denganmulah Nur Tauhid akan disempurnakan kembali

   Engkaulah minyak atar itu , meskipun masih tersimpan dalam

                                         kuntum yang akan mekar

   Tegaklah, dan pikullah amanat ini atas pundakmu

   Hembuslah panas nafasmu di atas kebun ini

   Agar harum-harum narwastu meliputi segala

   Dan janganlah dipilih hidup ini bagai nyanyian ombak

   hanya berbunyi ketika terhempas di pantai

   Tetapi jadilah kamu air-bah , mengubah dunia dengan amalmu

   Kipaskan sayap mu di seluruh ufuk

   Sinarilah zaman dengan  nur imanmu

   Kirimkan cahaya dengan kuat yakinmu

   Patrikan segala dengan nama Muhammad

 ………

Dan kemudian beliau memberi tanggapannya berkenaan dengan Iqbal sebagai seorang penyair,  pendidik, ahli hukum, ahli kritik seni, ahli siasah dan failasuf sekali-gus.

 

Dalam ntulisannya ini Pak Natsir menunjukkan dirinya sebagai pencinta Iqbal yang sangat faham tentang kesenian persajakan dan citanya yang dituang dalam poersajakannya itu.

Dalam tahun-tahun lima puluhan penulis ini teringat bagaimana ia tertarik dengan sajak-sajak Iqbal terjemahan Pak Natsir yang disiarkan dalam “Majallah Pengasuh” terbitan Majlis Ugama Islam Kelantan waktu itu.Dan minat beliau kekal sampai sekarang terhadap Iqbal yang bermula dengan membaca puisi terjemahan beliau itu.

 

Dalam hubungan dengan pendidikan, antara lainnnya, sebagaimana yang beliau ceramahkan pada pideatonya di depan mahasiswa P>T>I>I> Medan 2 Disember 1953  (Capita Selecta.2. 115-116) seperti berikut:

  “Saudara-saudara! Pernah di Indonesia sistem uzlah dilakukan,

   terlepas dari soal jazan (zaman-p).Sistem itu dipakai oleh umat

   Islam di bawah pimpinan alim ulama.Mereka mengambil sistem

   uzlah untuk mempertahankan diri , mempertahankan kubu-kubu

   pertahanan jiwa, berupa pesantren-pesantren , berupa mesjid-mesjid,

   di mana ‘uzlah itu dapat disempurnakan.Ini yang dijalankan oleh

   Tuanku Imam Bonjol umpamanya!

 

   Ada orang pada masa itu mengatakan bahawa belajar bahasa

   Belanda haram hukumnya, berdasi itu juga tidak boleh, sebab

   menyerupai orang-orang kafir.Mereka mengharamkan sekolah-

   sekolah H.I.S. yang didirikan oleh penjajah.<Mereka bentuk sistem

   sendiri

   Di situlah timbul potensi di Indonesia dan berkembanglah satu

   dinamik yang besar untuk menjelaskan persoalan-persoalan yang

    sampai sekarang masih dirasai lazatnya oleh kita semua, yaitu

    pemimpin-pemimpin yang berasal dari pesantren-pesantren.

    (kemudian beliau menyebut percubaan pendidikan di Mesir)

  ….

   Yang ada di Barat itu terutamanya adalah tenknik dan effisiensi .

   Akan tetapi hasil atau akibat dari memakai itu, disedari atau tidak

   ialah intisari dari apa yang hendak dipertahankan jadi hancur.Ia

   menceburkan diri  dalam air untuk berenang, tetapi terbawa hanyut

   dalam air itu sendiri.

   Dengan itu Islam hanya tinggal hayya ‘ala ‘s-salah, hayya ‘alal-

    falah sahaja lagi.Ini  akibatnya menceburkan diri maksud meme

    gang kemudi , akan tetapi hanyut ke hilir.Kesudahannya yang

    hidup di sana itu ialah pikiran yang statis, yang tidakbergerak

    sedikit juga.

    ‘Uzlah yang dipakai oleh zaman (asal jaman) memang akhirnya

    dapat memperlindungi sesuatu yang ada dalam negeri dari

    kerusakan alam fikiran.

    Tapi yang demikian adalah ujung dari sikap tidak berani

     menghadapi ruh dan iktikad dari luar lantas menutup pintu erat-

     erat.Kesudahannya yang hidup di sana itu juga adalah alam

     alam pikirann yang statis  yang tidak bergerak.Tidak ada dinamik

     nya untuk mencari dan menjelajah, dinamik yang menjadi sifat

     putera-putera Islam dahulu.Tidak akan timbul lagi Al-Farabi

     dan Ibn Sina ke-2 oleh sikap yang serupa itu.

     …..

     dan salah satu aliran pokok pikiran yang ditarik  untuk menge

      tengahi  kedua pendirian ekstrim itu ialah pikiran dari Jamalud

      Din Afghani dan Mohammad Abduh yang memberikan satu

      pedoman kepada umat Islam seluruh dunia sekarang ini.Di situ

      ada pikiran yang berharga , berupa pusparagam yang di

      dalamnya kelihatan pokok dan pangkal.Cubalah saudara-

      saudara lihat dan saudara-saudara pelajari sendiri.

 

Kesimpulan: Muslimin membina hidup dan tamadun Islam yang berjaya di zaman moden

 

Ringkasnya, sebagaimana yang dilihat di atas, Pak Natsir mahu melihat umat Islam kembali kepada jati dirinya sebagai Muslimin dengan aqidahnya,   hidup kerohanian dan akhlaknya,  dengan peraturan Syariatnya dalam hidupnya, dengan membina tamadun dan budayanya; kerja-kerja itu adalah dengan mengambil kira kemenafaatan-kemenafaatan hidup sezaman yang perlu digunakan bagi menjayakan Islam itu.Beliau mahu timbul kembali ciri-ciri agung manusia <Muslimin mulai dari zaman nabi saw sampai ke zaman Khulafa al-Rasyidin dan kemudiannya dalam kalangan salafussalih, juga beliau inginkan timbulnya ahli-ahli ilmu pengetahuan yang memandu Muslimin seperti contoh-contohnya Imam al-Ghazali, Ibn Sina, al-farabi, al-Maskawaih dan sebagainya;  dan pendidikan hendaklah berjalan dalam rangka ajaran yang mengambil kira ilmu-=ilmu keagamaan dan ilmu-ilmu semasa yang digarap dengan jayanya.

 

Beliau mahu Muslimin hidup dalam dunia moden dengan menguasai pengetahuan-pengetahuan moden dan menjayakan Islam dan tamadunnya di tenaghj-tengfah cabaran dunia sekarang ini tanpa mengamalkan ‘uzlah yang  disebutannya itu.

 

Pada akhir hayatnya beliau menumpukan perhatian kepada Dewan Da’wah Islamiah Indonesia yang bergerak cergas sampai sekarang dalam menghadapi penghakisan Islam umat dan cabaran Kristianisasi.Pandangan-pandangannya tentang dakwah boleh dilihat pada bukunya “Fiqhud-Da’wah”, (1984, Pustakan al-Ameen,Kuala Lumpur).Dan kalau beliau hidup sekarang beliau akan mengajak kita menguatkan peribadi , keimanan, ketaqwaan dan ketrampilan bagi menghadapi globalisasi, yang pada masa beliau belum kelihatan dengan jelas.Wallahu a’lam.

 

 

       

August 10, 2002

 

Dikemaskini pada : 07-Nov-02 08:48 AM

Home page for TRADITIONAL ISLAM:

www.geocities.com/traditionalislam/, traditionalislam.freeservers.com/, or traditionalislam.tripod.com