| |
AJARAN
DAN PEMIKIRAN SESAT
DALAM
KONTEKS ISLAM
OLEH:
MUHAMMAD
‘UTHMAN
EL-MUHAMMADY
Ajaran
atau pemikiran sesat yang terkait dengan agama Islam boleh menyentuh bvidang
akidah, hidup kerohanian atau ibadat, akhlak, dan hukum. Kalau disebut dari segi
bidangnya, maka ianya menyentuh usul al-din, fiqh dan akhlak atau tasawwuf. Insha
Allah dalam nota ringkas ini akan disebutkan beberapa aspek kesesatan dalam
bidang-bidang berkenaan dengan bebereapa cirinya, juga faktor-faktor yang
memungkinnya; sebagai tambahan akan disebutkan juga pemikiran-pemikiran sesat dari kacamata Islam
demi untuk menjadi panduan dalam hidup beragama.
Kesesatan
“Sesat”
dalam “Kamus Dewan” memaksudkan “tidak mengikut jalan yang betul, tersalah,
tersilap (jalan), tersalah, terkeliru (perbuatan, kepercayaan dll), menyimpang
dari jalan yang benar”.
Dalam
kitab “al-Mufradat fi Ghara’ib al-Qur’an” oleh al-Isfahani rh (1)
dinyatakan dengan agak panjang maksud istilah “al-dalal” iaitu: keadaan
terseleweng daripada jalan yang benar (at-tariq al-mustaqim) dan berlawanan
dengan bimbingan hidayah Ilahi. Dinyatakan bahawa keadaan “dalal” ialah
tiap-tiap keadaan terseleweng daripada perjalanan yang betul (al-manhaj) baik
dengan sengaja atau dengan terlupa, banyak atau sedikit. Dinyatakan dalam
hubungan dengan ini bahawa jalan yang benar (at-tariq al-mustaqim) yang
berupa jalan yang diredhai itu sangat sukar.
Dalam
kitab yang sama dinyatakan bahawa dari segi lain kesesatan (“dalal”) ada dua
bahagian, iaitu kesesatan dalam ilmu nazari - ilmu yang bersifat teori - seperti
kesesatan dalam hubungan dengan pengenalan atau
ma’rifat terhadap Allah dan KeesaanNya, pengenalan terhadap kenabian
dan hal-hal yang sepertinya; ini sebagaimana yang diisyaratkan dalam ayat:
ومن
يكفر بالله و
ملائكته
وكتبه ورسله
واليوم الاخر
فقد ضل ضلالا
بعيدا
Yang
bermaksud “Dan sesiapa yang kufur terhadap Allah dan para malaikatNya,
kitab-kitabNya, para RasulNya, dan Hari Akhirat, maka sesatlah ia dengan
kesesatan yang sejauhnya (dari kebenaran) (2)
Dan
keduanya kesesatan dalam ilmu-ilmu amaliah seperti ilmu
tentang hukum-hukum syara’ berkenaan
dengan amalan-amalan ibadat.
Dan
“kesesatan yang jauh” (“al-dalal al-ba’id”) isyarat kepada kekufuran
seperti yang tersebut dalam ayat yang di atas itu “sesiapa yang kufur”, dan
ayat yang satu lagi ialah ayat:
في
العذاب و
الضلال
البعيد
Yang
bermaksud: "Mereka itu berada dalam azab (di akhirat) dan kesesatan yang
sejauhnya (di dunia)” (3)
Dan
ayat yang satu lagi ialah:
ان
انتم الا في
ضلال كبير(4).
قد
ضلوا من قبل
واضلوا كتيرا
وضلوا عن سواء
السبيل(5)
Yang
bermaksud: "Kamu tidak lain melainkan berada dalam kesesatan yang besar.
Mereka telah sesat dahulunya dan menyesatkan ramai (orang lain) dan mereka itu
tersesat daripada jalan yang betul."
Kalau
difahamkan bahawa kesesatan itu terdiri daripada dua jenis ini-bahagian
ilmu nazari dan ilmu ‘amali- maka kita boleh cerakinkan
lagi kesesatan itu kepada bahagian-bahagian seperti: akidah, ibadat, akhlak, dan
hukum. Dan nampaknya kesesatan itu ada kalanya menyentuh akidah sampai kepada
kekufuran (na’udhu billahi min dhalik), dan ada
yang sampai kepada had sesat tanpa
membawa kepada kekufuran.
Tanpa
menyentuh agama-agama lain selain daripada Islam, dengan memahami Islam yang
memandang dirinya sebagai agama sebenarnya dari Allah, maka kesesatan
yang dikaitkan dengan Islam, atau pemeluknya asalnya Islam, dalam
teks-teks klasik seperti “al-Farqun bainal-Firaq” oleh ‘Abd al-Qahir
al-Baghdadi rh, “Maqalat al-Islamiyyin” oleh Abul-Hasan al-Asy’ari rd,
“al-Milal wan-Nihal” oleh al-Syahrastani rh, termasyuk juga Ibn Khaldun rh
dalam ‘al-Muqaddimah”nya, ada
beberapa jenis yang besar iaitu:
-
Mu’tazilah
-
Jabariah
-
Khawarij
-
Murji’ah
-
Syi’ah
Rafidhah
-
Batiniah
Tanpa
berpanjang kalam tentang golongan-golongan
ini, kita boleh katakan bahawa kebanyakan daripada firkah-firkah ini sekarang
tinggal namanya sahaja, dan ianya tidak berkembang; yang masih ada dengan
namanya dan doktrinnya ialah Syiah Imamiah dan juga pecahan-pecahan Syiah yang
ghuluw atau pelampau. Bagaimanapun trend-trend pemikiran mereka masih terdapat
masakini yang boleh mengancam akidah Ahlis-Sunnah wal-Jamaah. Akidah yang
terjamin benar dan pemikiran yang terjamin benar adalah akidah Ahlis-Sunnah
wal-Jamaah dan pemikiran
yang berekembang dalam “perimeter”nya secara selamat.Oleh itu maka
pengecaman tentang akidah Ahlis-Sunnah wal-Jamaah secara jelas dan nyata serta
pemikiran yang terasuh di dalam kawalannya sahaja yang boleh menjamin seseorang
daripada terjebak ke dalam kesesatan dari
segi fahaman dan juga amalan an nilai-nilainya.
Mu’tazilah
-
mengajarkan
hamba pencipta amalannya sendiri secara bebas merdeka, dan ia diberikan
ganjaran mengikut amalannya. (bebrbeza daripada Ahlis-Sunnah yang
mengajarkan manusia mengusahakan perbuatannya, atas usahanya itu ia diberi
balasan, dan manusia tertakluk kepada Qada danb Qadar)
-
mengajarkan
kita tidak boleh berpegang kepada ijma’ ulama
-
mengajarkan
sikap tidak mementingkan hadith(aliran anti hadith adalah percikan pengaruh
Mu’tazila)
-
mengajarkan
sikap terlalu “rasional” dalam pendekatan agama (Ahlis-Sunnah pun
bersikap rasional dalam batasan-batasannya) tetapi bukan “terlampau
sebagaimana golongan Mu’tazilah.
-
tentang
Tuhan mereka mengajarkan Allah melihat dengan ZatNya, berilmu dengan ZatNya,
mendengar dengan ZatNya demikian seterusnya (berlainan dengan Aqhlis-Sunnah
yang mengajarkan Allah melihat dengan sifat melihatNya, berilmu dengan sifat
IlmuNya, mendengar dengan sifat mendengarNya demikian seterusnya).
-
mengajarkan
Tuhan tidak boleh dilihat dengan matakepala di akhirat (berlainan
daripada Ahlis-Sunnah yang mengajarkan Tuhan dilihat dengan mata kepala oleh
mu’minin di akhirat).
Jabariah
-
mengajarkan
manusia tidak ada usaha dan ikhtiar
-
manusia
seperti bulu ditiup angin (berbeza daripada Ahlis-Sunnah yang mengajarkan
manusia ada usaha bukan
di”paksa” melakukan sesuatu.Ia diberi balasan mengikut usahanya; yang
“menjadikan” amalan
perbuatannya ialah Allah; yang “mengusahakan” amalan itu ialah manusia).
Khawarij
-
orang
yang melakukan dosa menjadi kafir (berbeza daripada Ahlis-Sunnah yang
mengajarkan manusia menjadi fasik dengan melakukan dosa, bukan kafir,
kecuali ia mengharuskan dosa).
-
menganggap
semua golongan selain daripada mereka halal darahnya.
Murji’ah
Syiah
Syiah
banyak cawangannya; semuanya berpunca daripada pendewaan mereka yang melampau
melebihi batas terhadap Ali rd. Antara akidah Syiah Imamiah yang paling berpengaruh sekarang ini ialah:
-
ajaran
mereka tentang imam maksum; bahawa dalam kalangan mereka ada 12 orang imam
yang sirinya bermula dengan Ali rd, Hasan dan Husai rd dan seterusnya
sampailah kepada Hasanal-Askari dan Muhammad bin Hasan al-Askari yang mereka
percaya maksum semuanya dan melebihi nabi dan rasul dari segi darjatnya. (Pada Ahlis-Sunnah yang maksum hanya nabi dan rasul bukan
imam-imam).
-
ajaran
tentang Mushaf Fatimah-iaitu Quran yang dikatakan mereka diwahyukan kepada
Fatimah selepas wafat Rasulullah saw dan Ali rd menjadi tukang
tulisnya.Isinya dikatakan tigakali ganda besarnya daripada Mushaf Uthman rd.
(Ijma’ dalam Ahlis-Sunnah bahawa tidak ada Quran lain selain daripada
Quran yang ada sekarang yang terjamin dan terkawal oleh Allah sendiri
seperti yang tersebut dalam ayat yang bermaksud “Sesungguhnya
Kamilah yang menurunkan Quran
yang memberi peringatan dan sesungguhnya Kamilah Yang menjaganya”.) Ajaran
ini menyebabkan seseorang terkeluar daripada ajaran Islam.
-
ajaran
mereka bahawa para sahabat rd menjadi murtad selepas wafat Rasulullah s.a.w
melainkan empat orang sahaja atau selebihnya tidak sampai sepuluh orang.(Ini
berlawanan dengan ajaran
Ahlis-Sunnah yang mengajarkan para sahabat rd orang-orang yang adil semuanya,
dan mana-mana yang ada melakukan kesilapan
di kalangan mereka diampunkan, seperti yang diisyaratkan dalam hadith sahih
tentang ahli Badar dan juga hadith-hadith lain, selain daripara ayat Quran
yang menyebut “as-sabiqun al-awalun” terdiri daripada Muhajirin dan
Ansar).
-
ajaran
mereka tentang ar-raj’ah
iaitu manusia dihidupkan semula
sebelum kiamat untuk menerima balasan daripada imam mereka kemudian selepas
itu baharu mereka mati semula, lepas itu baharulah berdiri kiamat. (Tidak ada
akidah demikian dalam ajaran Ahlis-Sunnah wal-Jamaah).
-
ajaran
mereka tentang taqiyyah, iaitu kepura-puraan
sehingga dikatakan ada riwayat di kalangan mereka bahawa jaafar Sadiq
ada menyatakan “Taqiyyah adalah dari agamaku dan agama datuk nenekku” -
iaitu
dari Nabi Muhammad s.a.w. - na’udhu billlahi mindhalik). (Dalam Ahlis-Sunnah diajarkan bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. bersifat dengan sifat
sidk, amanah, tabligh dan fatanah, dan bukannya sifat taqiyyah yang bermakna
kepura-puraan.
-
mereka
mengajarkan nikah mut’ah diharuskan, dengan ada
kelebihan-kelebihannya.Nikah mut’ah ialah nikah seseorang dengan seseorang
perempuan dengan had masa tetentu, tanpa wali atau saksi.Ini dilarang dengan
ijma’ dalam umat ini dan ianya pernah berlaku beberapa waktu kemudian
diharamkan oleh Nabi s.a.w.
Batiniyah
-
Secara
amnya golongan yang mengajarkan bahawa bentuk-bentuki amalan lahir dan hukum
lahir seperti sembahyang puasa,
haji dan seterusnya tidak mempunyai makna apa-apa, boleh dilanggar, yang
penting ialah hakikat batinnya. (Ini berlawanan dengan Quran dan Sunnah serta
ijma’ yang mementingkan lahir batin kedua-duanya sekali).
-
Orang
yang berpegang kepada ajaran yang membatalkan Syara’ ini terkeluar
daripada agama Islam, na’udhu
billahi min dhalik. Imam al-Ghazali rd menyebut dalam “al-Ihya’”
bahawa golongan yang sedemikian
lebih berat daripada kafir asli.
Ajaran-ajaran
dan pemikiran-pemikiran sesat yang dikaitkan dengan
tasawwuf: Antaranya yang timbul
dalam konteks Malaysia:
-
Ajaran
Tuhan dalam diri berdasarkan kepada hadith kudsi “Dalam
sirr itu Aku”
dan penafsirannya yang zindik (banding dengan hadith dalam “Ihya’”
yang menyebut “Tuhan
dalam hatikamu”.
-
Ajaran
bahawa manusia itu Tuhan, “dia
Tuhan, kamu Tuhan, aku Tuhan, semua Tuhan”
dikatakannya itu hakikat.
-
Ajaran
bahawa yang dilihat oleh mata ini “Tuhan
belaka”
didakwa kononnya itu tasawwuf
tinggi, ilmu hakikat.
-
Ajaran
yang mengajarkan Syurga Neraka dalam diri,
bahkan semua alam dalam diri, tidak ada Syurga Neraka,
tidak ada Arasy Kursi, dan lainnya.
-
Tidak
ada kiamat, sebab takkan Tuhan bodoh hendak menghapuskan semua ini selepas
dijadikanNya.
-
Ajaran
yang menyebut hukum Syara’
itu “kulit”
tidak perlu dipatuhi oleh orang muntahi yang “sampai
kepada hakikat”.
Dengan itu sembahyang puasa haji dan sebagainya dan juga hukum haram
halalnya tidak perlu diamal. Na’udhu
billahi min dhalik.
-
Ajaran
yang mengajarkan Quran yang ada ini kertas sahaja, Quran sebenar Quran
hakikat dalam hati manusia.
-
Yang
mengajarkan bila dalam suluk tidak wajib sembahyang Jumuat,
sebab “penyakit
hati lebih berat daripada penyakit jasmani”.
-
Ajaran
yang menyebarkan bahawa makna Quran yang sebenar ialah yang batin, makna
dalam tafsir seperti “Jalalain”
tidak perlu dipakai, ijma’
ulama tidak perlu dipakai. (Quran memang ada takwilnya
sebagaimana yang disebut dalam “Lataif
al-Isyarat”
oleh al-Qusyairi rd dan dalam “al-Ihya’”
bab bacaan Quran oleh Imam
-
al-Ghazali
rd, tetapi maknanya yang ada dalam tafsir-tafsir yang diakui seperti “Jalalain”,
“Baidhawi”,
“al-Jamal”
dan lainnya wajib dipakai dalam perkara-perkara yang wajib dan mesti
diterimapakai.
-
Ajaran
yang menyebarkan bahawa guru yang berkenaan seperti Khidhir, seperti Musa
mesti taat kepadanya maka murid mesti taat kepada “yang
seperti Khiudhir”
ini.
-
Ajaran
yang menyebarkan bahawa kata-kata
guru tertentu seperti Quran, kalau melanggarnya seperti melanggar wahyu
Quran.
-
Ajaran
yang menyebarkan guru tertentu itu “bayangan
Mahadi”,
atau “akan
menjadi Mahadi”.
-
Ajaran
yang menyebarkan bahawa kumpulan tertentu “jamaah
sebenar”
seperti “jamaah
Rasulullah”
dan di dalamnya ada “orang-orang
seperti Sahabat-sahabat Nabi”
dan di dalamnya ada orang “seperti
Abu Bakar”
-
Ajaran
yang menyebarkan ada orang tertentu yang ilmunya “seperti
Nabi Yusuf”
mengetahui takwil tentang apa-apa yang berlaku.
-
Ajaran
yang menyebarkan bahawa jamaah tertentu kalau orang keluar daripadanya “akan
mati murtad”,
atau “mati
munafiqin”
na’udhu
billahi min dhalik.
-
Ajaran
yang menyebarkan bahawa kalau
seseorang balik ke kampong daripada berada dalam sesuatu jamaah maka orang
itu “murtad
secara rohani”.
-
Ajaran
yang menyebarkan ada di alamnya orang-orang seperti “Nabi
Isa”,
“Nabi
Musa”,”Khidhir”
dan sebagainya.
Pemikiran
berkaitan dengan Hukum
-
Ajaran
yang menyebarkan bahawa “semua
orang boleh berijtihad sendiri tidak wajib ikut mazhab tertentu daripada
mazhab-mazhab yang empat”
seperti yang tertera dalam kitab “Hal
al-Muslim mulzam b’t-tiba’
al-madhhab al-mu’ayyan
mina-Madhahib al-arba’ah”
karangan Syaikh Muhammad al-Khojandi al-Ma’sumi.
-
Ajaran
yang menyebarkan bahawa orang yang mengikut mazhab tertentu seperti yahudi dan Nasara yang menjadikan “rahib-rahib
dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah”
(Surah at-Taubah: ayat 32).
-
Ajaran
yang mengajarkan bahawa boleh seseorang melihat terjemahan Quran dan
terjemahan hadith dan membina hukum sendiri daripadanya tanpa merujuk kepada
kitab-kitab hukum Islam, apa lagi ada internet yang boleh didapati
terjemahan Quran dan hadith daripadanya.
-
Ajaran
yang menyebarkan memadai difahami usul al-din daripada terjemahan Quran dan
hadith secara bersendirian tanpa mempelajari usul-al-din bahkan usul’ah
sebab Nabi saw dan para Sahabat
tidak mengajar usul al-din.
-
Ajaran
yang menyebarkan bahawa amalan-amalan wirid, tahlil beramai-ramai, dan
lain-lain sebagainya yang ada dalam mazhab Syafi’I
antaranya - disebut Syafi’I
sebab ini mazhab di Nusantara - adalah bid’ah
dhalalah yang menepati maksud
hadith yang bermaksud “semua
yang dhalalah dalam Neraka”.
-
Ajaran
yang disebarkan bahawa tasawwuf bid’ah
tidak ada dalam Islam dan tidak diamalkan oleh nabi saw dan para Sahabat dan
orang-orang salaf yang soleh.
-
Ajaran
yang disebarkan bahawa orangt-orang yang hidup tidak sampai
pahala amalannya kepada si mati walaupun diniatkan untuk mereka,
kerana ini berlawanan dengan ijma’
sebagaimana yang disebut dalam “Mausu’atul-Ijma’”
karangan Sa’di
Abu Jaib dan dalam “Majmu’
Fatawal-Kubra “
oleh Ibn Taimiyah dalam “kitab
al-Jana’iz”
jilid 3.
Pemikiran
Moden Yang Menyesatkan Dari Perspektif Islam
-
Sekularisme:yang
mengajarkan pemisahan total antara hidup jasmani dan rohani, keagamaan dan
keduniaan.Memang ada yang bersifat keduniaan antara kegiatan-kegiatan
manusia tetapi semuanya terletak dibawah kawalan hukum agama.
-
Materialisme:
yang mengajarkan hakikat sebenar yang ada hanya benda samaada dalam erti
fisik klasik sesuatu yang bertempat dan ada beratnya atau fisik kuantun yang
mentakrifkan benda sebagai gelombang (waves) atau zarah (particles).Benda
memand ada tetapi hakikat tertinggi adalah bukan bersifat material, seperti
Tuhan dan alam ghaib yanhg memang ada, dan dalam agama ianya lebih reali
daripada alam benda.
-
Pascamodenisme:
yang mengajarkan semuanya nisbi, tidak tetap mutlak dan menentu, metanaratif
dalanm bentuk agama-agama besar tidak berguna, dan nilai-nilai baik dan
buruk tidak boleh dipakai.Ini menyanggahi akidah Ahlis-Sunnah yang
mengajarkan ada ajaran yang mutlak yang tidak berubah-ubah seperti
Tauhid,wahyu, kenabian, dan akhirat, ada bentuk-bentuk ibadat yang tetap dan
pasti, ada yang baik dan buruk yang tetap dan tentu.
-
Saintisme:
yang mengajarkan hanya teori-teori dan penemuan-penemuan sains sahaja yang
boleh dipakai sebagai ilmu yang benar, yang lain
yang bercanggah dengannya seperti kenyataan-kenyataan dalam ajaran
agama dan teks-teks suci mesti ditolak atas alasan bercanggahan dengan sains
dan teori-teorinya.Ini bercanggah dengan epistemologi atau faham il,mu Sunni
yang mengajarkan adanya tempat yang wajar untuk sains dalam skimanya tetapi
kebenaran-kebenaran yang mutlak dalam agama dan wahyu bukan bidang yang
boleh dihakimi oleh sains dan teori-teorinya.
-
teori-teori
tentang asal usul manusia dan agama dalam kajisosial yang perlu diawasi.
-
teori-teori
dalam sains seperti evolusi dan yang sepertinya
yang perlu diawasi, termasuk kenyataan-kenyataan tentang tenaga
(energy), dan benda (matter).
-
teori-teori
psikologi seperti konsep seks
yang menentu segala dalam fahaman Freud, penafsiran pengelaman jiwa oleh
Jung dan yang sepertinya yang perlu diawasi.Kita boleh mempelajarinya untuk
bahan bandingan tetapi untuk menjadi pegangan diperlukan pengamatan yang
tajam dan kewaspadaan intelektuil yang tinggi.
Empat
Wacana Agung Yang Menentukan di Nusantara
Sebagaimana
yang saya telah nyatakan dalam pertemuan Dunia Islam Dunia Melayu di Melakan
baharu-baharu ini, demi untuk menjaga
jatidiri Sunni Nusantara di kalangan Muslimin rumpun Melayu ini, kebenaran
pegangan dan amalan mereka serta
keseragaman identiti intelektuil dan aksiologi atau faham nilainya, maka perlu
diteruskan tiga wacana agung, dengan
tambahan-tambahan seperlunya mengikut suasana yang dihadapi:
-
Segi
akidah semenjak awal lagi kita dipandu oleh wacana intelektuil dan rohani
Sunni dengan ajaran Imam Abul-Hasan al-Asy’ari
rd - dengan tambahan-tambahan
seperlunya sesuai dengan perkembangan pengetahuan semasa.
-
Segi
hukumnya kita dipandu oleh wacana ilmu oleh Imam Syafi’I
rd dengan tambahan-tambahan seperlunya.
-
Segi
kerohanian dan akhlak kita dipandu oleh wacana agung Imam al-Ghazali rd,
dengan tambahan-tambahan seperlunya.
-
Keempatnya
saya hendak menambah sebagai syor, iaitu
untuk pemerkasaan hidup budaya dan tamadun kita beryusaha untuk
dipandu oleh wacana agung Ibn Khaldun rh dengan ‘al-Muqaddimah’nya,
dengan tanmbahan-tambahan seperlunya.
-
Dengan
berpandukan Quran dan Sunnah dan wacana-wacana agung ini serta dengan
tambahan-tambahan ilmu pengetahuan dan teknologi semasa yang kita pilih
untuk kemanafaatan kita, kita akan selamat dalam menjaga kesejahteraan hidup
di dunia dan akhirat. Allahumna amin.
Cadangan-Cadangan
-
Perlu
disebarkan akidah Ahlis-Sunnah wal-jamaah dengan
huraian-huraian yang senang diterima dan berkesan untuk semua golongan
sasaran baik di kalangan orang awam dan juga kalangan akademik dan media
serta pelajar.
-
Saluran
pendidikan ini ialah melalui sistem pendidikan dan juga media dan
pemanafaatan institusi-institusi seperti masjid-masjid dan
persatuan-persatuan belia.
-
Pendedahan
eipstemologi Sunni atau faham ilmunya secara menyeluruh perlu diberikan
dalam seminar-seminar dan yang sepertinya pada peringkat negeri, kebangsaan,
bahkan serantau, demi untuk memandu umat ini dalam berpegang kepada
keyakinan ini dalam menghadap pelbagai arus dan gelombang pemikiran sesat
samaada yang berasal daripada masyarakat Islam
sendiri ataun yang datang dari luar.
Kesimpulan:
Sebagai
kesimpulannya inilah makna kesesatan dan ciri-ciri ajaran sesat dalam konteks Islam Sunni yang perlu diketahui
dan disedari dalam bentuk-bentuk klasik dan modennya.Maka perlu dibentuk
kewaspadaan intelektil yang tinggi di kalangan umat Islam demi untuk menjaga
kebenaran dan kesahihan pegangan, amalan dean pemikiran mereka dalam menghadapi
hidup yang mencabar termasuk cabaran globalisasi yang bukan sahaja akan
menngubahkan wajah hidup kita dalam ekonomi dan pengetahuan tetapi juga dalam
masalah akidah dan pegangan kalau
tidak dihadapi dengan baik dengtan izin Ilahi.Allahumman amin.
Wallahu
a’lam.
Nota
hujung:
(1)
al-Mufradat h.306-308
(2)
Surah an-Nisa’:
ayat 136
(3)
Surah Saba: ayat 8
(4)
Surah Mulk: ayat 9
(5)
Surah Al Ma’idah:
ayat 77
|